Pengenalan
RH Qiroat Centre mempunyai program sokongan/integrasi iaitu bagi semua program yang beryuran terutamanya untuk pembelajaran Qiroat 10 Toriq Syatibiyyah atau Toriq Toyyibah.
Apakah program sokongan/integrasi
Apakah program sokongan/integrasi yang dijalankan oleh RH Qiroat Centre?
Program sokongan/integrasi adalah:
- Metodologi 10 Qiroat secara percuma ( usul, peraturan dan tatacara )
- Tutorial – dimana graduan RH Qiroat Centre mengajar secara detail usul, peraturan dan tatacara dan juga memberi panduan dari segi bacaan
Ini adalah apabila pelajar belajar dengan guru Arab, mereka diajar usul, peraturan dan tatacara untuk membaca Qiroat yang dipilih sehingga 30 juzuk Qiroat itu. Walaubagaimanapun, jika mereka tidak berapa faham samaada dari segi usul, peraturan dan tatacara, maka program sokongan/integrasi adalah di dalam syarahan Metodologi 10 Qiroat secara percuma (di dalam Youtube & Linktree). Syarahan ini dijalankan dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Amiri.
Jika pelajar itu masih menghadapi masalah daripada segi bacaan misalnya terhadap bacaan tashil, isymam, raum, idgham dan sebagainya maka mereka ini memasuki kelas- kelas tutorial yang mana kelas ini memberikan bimbingan dari segi usul, peraturan dan tatacara dan cara praktikal bacaan.
Kesimpulannya
Program sokongan/integrasi ini adalah ulung kali diserapkan di RH Qiroat Centre dan juga di Malaysia. Program ini adalah bertujuan untuk memantapkan seseorang dari segi usul, peraturan dan tatacara dan kecekapan bacaan dari segi tajweed dan khilaf. Ini adalah untuk menepati hadith Rasulullah s.a.w
Rasulullah s.a.w bersabda
“Sebaik – baik kalian adalah yang mengajar Al-Quran dan mengajarkannya”.
Riwayat Imam Bukhari
RH Qiroat Centre berobjektifkan bahawa semua graduan RH Qiroat Centre boleh mengembangkan ilmu dan mengajar kepada saudara mara dan kawan-kawan.
