Cara Mempelajari al-Quran

Pengenalan

Al-Quran perlu dipelajari dengan cara berguru ataupun bertalaqqi. Ini berdasarkan peristiwa di mana Nabi SAW diajar oleh Jibril AS secara bertalaqqi. Di samping itu, Nabi SAW akan belajar al-Quran dengan Jibril AS setiap tahun sekali melainkan pada tahun kewafatan Baginda SAW iaitu sebanyak dua kali sebagaimana yang tercatat di dalam hadith yang sahih.

Daripada Fatimah RA berkata, bahawa Nabi SAW telah berbisik kepadaku:

أَنَّ جِبْرِيلَ كَانَ يُعَارِضُنِي بِالقُرْآنِ كُلَّ سَنَةٍ، وَإِنَّهُ عَارَضَنِي العَامَ مَرَّتَيْنِ، وَلاَ أُرَاهُ إِلَّا حَضَرَ أَجَلِي

Maksudnya: “Jibril membacakan al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril membacakan al-Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat bahawa ajalku telah datang”.

Daripada hadith ini, jelaslah bahawa al-Quran perlu dipelajari melalui cara bertalaqqi atau berguru. Ini juga merupakan sunnah para salaf yang diamalkan oleh para sahabat apabila mereka mengambil atau mempelajari terus daripada Nabi SAW. Setelah itu, Nabi SAW mengutuskan para sahabat ke beberapa buah tempat untuk mengajarkan al-Quran kepada orang lain. Ini juga yang diamalkan oleh generasi selepas daripada sahabat seperti tabi’in, tabi’ tabi’in dan selepas daripada mereka.

Kesimpulan

RH QIROAT CENTRE, menyediakan guru Arab yg mengajar secara individu atau kumpulan. Program beryuran ni mendatangkan 2 program sokongan dari RH QIROAT CENTRE yang juga di beri nama program Integrasi.

Boleh masuk ke YouTube dan link tree RH QIROAT CENTRE untuk mendapatkan syarahan usul, peraturan dan tatacara setiap Qiroat dan juga dari Toriq Syatibiyah dan ToriqToyibbah.

Juga ada program bimbingan dalam kelas – kelas tutorial di ajar secara perlahan sehingga memahami Qiroat atau Riwayat dipilih dalam Bahasa Melayu.

Maka marilah memasuki RH QIROAT CENTRE bertalaqqi bersama guru- guru Arab, boleh juga untuk perkemaskan bacaan tajweed supaya cantik bacaan dengan makhraj dan sifat huruf yang betul.

Wassalam.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top