Galakkan menuntut ilmu

Pengenalan

ILMU merupakan perkara yang sangat diperlukan oleh manusia khususnya umat Islam untuk mencapai kebaikan dan kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat.

Marilah Bersama dengan RH QC dalam menuntut ilmu. Ilmu sebaiknya dimulakan apabila seorang itu boleh berfikir sehingga ke akhir hayatnya, ialah kita terus menerus membaca, mengkaji serta menambahkan ilmu hinggalah ke akhir hayat. Para salafussoleh dan ulama’-ulama’ terdahulu, mereka memandang bahawa ilmu itu akan hidup dan berkembang terus dengan cara belajar dan membaca al Quran.

Sebuah kata-kata masyhur oleh Imam Ibn Abdul Barri:

Kamu sentiasa menjadi ‘alim selagi mana kamu menjadi pelajar, maka apabila kamu merasa cukup, kamu telah menjadi jahil.

Imam Malik juga ada mengatakan:

Tidak wajar bagi seorang yang mempunyai ilmu meninggalkan pelajarannya. Telah dikatakan kepada Ibn Mubarak: “Sampai bilakah kamu menuntut ilmu?”. Beliau lantas menjawab, “Hingga ke akhir hayat dan boleh jadi ada kalimah yang berguna kepadaku yang belum aku tulis lagi.”

Alangkah indahnya jawapan Imam Sufian terhadap soalan:

“Siapakah di antara manusia yang paling berhajat kepada ilmu?”. Maka berkatalah Imam Sufian, “orang yang paling alim di kalangan mereka”.

Kata-Kata Hikmah Berkaitan Kepentingan Ilmu

  1. Telah berkata Ibn Abbas RA: “Aku merendah diri ketika menuntut ilmu maka aku dimuliakan ketika diminta mengajarkan ilmu”.
  2. Telah berkata Abu Darda’ RA: “Aku mempelajari satu masalah ilmu itu lebih aku suka daripada qiyamullail”.

  3. Telah berkata Ibn al-Mubarak RA: “Aku hairan dengan orang yang tidak pernah menuntut ilmu. Bagaimana dia boleh mendakwa dirinya mulia?”.

  4. Telah berkata Imam al-Syafi’e RA: “Menuntut ilmu itu lebih baik daripada melakukan ibadah sunat”.

Justeru itu alangkah cintanya para ulama’ terdahulu terhadap ilmu dan alangkah besarnya ilmu di dalam jiwa mereka. Oleh itu marilah menjemput keluarga dan kawan-kawan kita yang ada untuk mengikut dan meneladan jejak langkah mereka.

Kesimpulannya

  1. Islam mendidik umatnya supaya terus-menerus menuntut ilmu.
  2. Menuntut ilmu adalah fardhu di atas setiap individu muslim.
  3. Menuntut ilmu di nilai sebagai amal jihad di sisi Allah Subhanahuwata’ala dan mendapat pahala di sisi-Nya.
  4. Islam menyeru umatnya menuntut ilmu agar lebih dekat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahuwataala.
  5. Tanpa Ilmu manusia buta, tanpa iman manusia sengsara.
  6. Contohilah ulama’ terdahulu di atas kesungguhan mereka mencari ilmu. InsyaAllah usaha-usaha kita itu akan mendapat keberkatan dan keredaan Allah Subhanahuwataala.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap Muslim."

Di RH Qiroat Centre terdapat pelajaran berikut :

  1. Tajweed, perbetulkan bacaan al Quran dr segi sifat, makhraj dan sebutan.
  2. Qiroat 10 mutawtir samada toriq Shatibiyah atau toriq Jazari, (Toyibbah )
  3. Bahasa Arab Fushah dan A’miyah.

Mari lah bersama RHQC dalam 6 program syarahan setiap bulan untuk orang ramai yang  ditawar secara PERCUMA.

Leave a Comment

Scroll to Top