بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang sangat bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia. Tarikh ini juga membuktikan bahawa Malaysia sudah bebas daripada cengkaman penjajah dan mampu berdiri sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Pada 31 Ogos 2025, rakyat Malaysia telah menyambut Hari Kemerdekaan buat kali ke-68. Sememangnya setiap kali menyambut hari kemerdekaan kita semua akan mengingati dan berterima kasih kepada para – para pejuang yang telah berjuang sebaik mungkin bagi mendapatkan kemerdekaan.
Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam kebebasan penjajah, marilah kita sama – sama mengekalkan kemerdekaan ini bukan pada negara tetapi pada diri sendiri juga agar tidak terikat dengan kegiatan – kegiatan yang buruk.