بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kelebihan bagi orang yang berpuasa secara ikhlas kepada Allah s.w.t akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun jarak perjalanan.
Yang dimaksudkan dengan kalimah ” pada jalan Allah ” ialah seseorang yang berpuasa hanya untuk mengharapkan keredhaan daripada Allah s.w.t sahaja. Selain itu juga, seseorang yang sanggup berpuasa ketika menyertai peperangan yang menegakkan kalimah Allah s.w.t.
Marilah kita bersama – sama menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t agar ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.