PERKONGSIAN HADITH RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hadith ini sebagai galakan kepada seluruh umat Islam untuk mencari malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat dan kesungguhan untuk terus mencari malam Lailatul Qadar untuk memohon keampunan dan rahmat dari Allah s.w.t.

Diakhir bulan Ramadhan sememangnya wujud perasan letih dan penat dalam kalangan kita akan tetapi pada akhir – akhir inilah Allah s.w.t menyediakan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar untuk direbut oleh umat Islam.

Marilah kita bersama – sama menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t agar ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top