BERSAMA RH QIROAT CENTRE

Dedikasi Ke warga RH Qiroat Centre

Harapan RH Qiroat Centre

Harapan RH Qiroat Center di masa hadapan adalah untuk mengembangkan lagi pasarannya dari Malaysia ke Singapura, Indonesia, Australia dan China. Selain itu untuk menambah baik Infrastruktur yang sedia ada kepada yang lebih baik dengan mengenalkan sistem franchise supaya lebih ramai yang dapat terlibat secara langsung bersama RH Qiroat Centre. RH Qiroat Centre juga berharsat untuk memperluaskan agihan Al- Quran yang boleh di hantar melalui Kargo.

2023
26 SEPTEMBER
Rakaman
RAKAMAN 12 VIDEO

RH telah melakukan rakaman video sebanyak 12 video untuk untuk kegunaan media sosial RH Qiroat Centre. Rakaman telah dilakukan bermula pukul 11 pagi sehingga pukul 7 malam. Dan setiap 1 video adalah berdurasi selama 10 minit. 

9 SEPTEMBER
Pelancaran
PELANCARAN SEMUA MEDIA SOSIAL
PELANCARAN SEMUA MEDIA SOSIAL

RH Qiroat Centre telah melancaran akaun sosial media secara rasminya pada 9/9/2023. Berikut link untuk menyertainya:

Youtube:https://www.youtube.com/channel/UCHx9Vzz6h49ugPj5xuCHrKA

Tiktok: https://www.tiktok.com/@rhqiroatcentre_

Instagram:https://www.instagram.com/rh_qiroat_centre/

Facebook: https://www.facebook.com/RHQiroat.Official

Twitter: https://twitter.com/rhqiroatcentre

DIJEMPUT UNTUK LIKE< FOLLOW & SUBSCRIBE!

OGOS
Program
PERCUMA BACAAN TAJWEED
  • Riwayat Syukbah toriq Toyibbah dengab Syekkah Rehab.
OGOS
Program
PERCUMA BACAAN TAJWEED
  • Riwayat Syukbah toriq Syatibiyah dengan Syekkah Rehab
OGOS
Program
PERCUMA BACAAN TAJWEED
  • Riwayat Hafs toriq Toyyibbah dengan Syekkah Rehab
JULAI
Program
PERCUMA BACAAN TAJWEED
  • Riwayat Hafs toriq Shatibiyah dengan Syekkah Samya.
JULAI
Program
MANTAPKAN BACAAN TAJWEED AL - QURAN OLEH RH QIROAT CENTRE SEHINGGA DISEMBER 2023 - PROGRAM PERCUMA UNTUK WARGA RH QIROAT CENTRE

RH Qiroat Centre memandang berat terhadap bacaan yang berkualiti dari segi sebutan huruf, sifat huruf dam makhraj supaya warga RH Qiroat Centre membaca Al- Quran dengan betul dan cantik. Dengan itu, tumpuan pada tahun 2023 ini adalah BACAAN AL-QURAN DENGAN BETUL.

ADVANCE TAJWEED PADA BULAN JANUARI

Bermula dengan advance tajweed iaitu misalnya mengenali berhenti pada huruf yang dhomah/ baris depan yang sebelumya terdapat huruf mad. Maka bacaan:

  1. Mad arid lis sukun dibaca 2/4/6 (3 bacaan)
  2. Mad arid lis sukun dibaca dengan isymam (3 bacaan)
  3. Membaca secara raum pada 2 harakat sahaja.(1 bacaan)

Jika sambung pada Surah Al Fal dan Surah Taubah ada 13 cara bacaan

Jika berhenti pada 3 huruf sukun, kita perlu menguatkan bacaan secara Nabr

KENAPAKAH RH QIROAT CENTRE MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA BACAAN TAJWEED AL - QURAN YANG BETUL?

Ini adalah kerana, ramai warga RH Qiroat Centre telah mengenali dan membaca dari Toriq Syatibiyyah sehingga Toriq Toyyibah 

RH Qiroat Centre telahpun membuat sehingga 10 Toriq Syatibiyyah kepada warga RH Qiroat Centre. Untuk Toriq Toyyibah pula , RH Qiroat Centre telah membuka pelbagai kelas dan membaca riwayat/Qiroat:

  1. Riwayat Qoloon
  2. Riwayat Warsh Asbahani
  3. Riwayat Warsy Azraq
  4. Qiroat Ibn Kathir
  5. Qiroat Aasim
  6. Qiroat Kisaei
  7. Qiroat Jaafar
  8. Qiroat Yaccub (baru bermula 2 sesi pada Oktober 2023)
  9. Qiroat Kholaf Al- Ashir

Hanya yang belum selesai untuk Toriq Toyyibah adalah:

  1. Qiroat Abu Amr
  2. Qiroat Ibn Amir
  3. Qiroat Hamzah

KERJASAMA DENGAN BAIT AL- FURQAN

Kerjasama dengan Bait Al- Furqan sebanyak 3 kali bermula pada Ogos 2022, Bait Al- Furqan telah menjalankan program ini sebanyak 3 sesi dan berharga RM 300.00. Sesi ini telah dihadiri oleh ramai termasuk kawan - kawan dari Singapura.

Pada bulan ramadhan, bulan April tahun  2023 ini RH Qiroat Centre telah membuka peluang kepada warga RH Qiroat Centre secara percuma. Tajaan percuma untuk 3 kelas ini telah datang daripada wang arwah Kasmini bin Kasim (semoga roh beliau diampuni Allah dan ditempatkan bersama para solihin, Amin.)

Pada bulan julai 2023 RH Qiroat Centre memberi 4 kelas  secara percuma setiap minggu kepada muslimat untuk membetulkan bacaan al Quran 30 juzuk yang dijangka tamat pada akhir 2023. 

Dengan itu , RH QC membuka 4 kelas percuma

  1. Riwayat Hafs toriq Shatibiyah dengan Syekkah Samya.( sedang berjalan setiap Isnin malam)
  2. Riwayat Hafs toriq Toyyibbah dengan Syekkah Rehab
  3. Riwayat Syukbah toriq Syatibiyah dengan Syekkah Rehab
  4. Riwayat Syukbah toriq Toyibbah dengab Syekkah Rehab.

Group Belajar Tajwid  

Pada bulan Ogos 2023, RH Qiroat Centre telah menaja 25% dan duit arwah Kasmini binti Kasim 25%, RH Qiroat Centre menawarkan kepada  warga RH Qiroat Centre. Dengan 3 program bersama Bait Al- Furqan, RH Qiroat Centre mengharapakan sesiapa yang hadir dapat berkongsi ilmu yang dipelajari daripada Bait Al- Furqan kepada kawan- kawan dan keluarga. 

15 JUN
Website
PENUBUHAN WEBSITE
PENUBUHAN WEBSITE

RH Qiroat Centre telah menubuhkan website pada 15/6/2023. Website ini ditubuhkan adalah untuk memperkenalkan lagi nama RH Qiroat Centre yang memperjuangkan bidang Qiroat pada mata dunia dan juga memudahkan warga RH Qiroat Centre dan semua untuk mengetahui tentang perkembangan yang terjadi di RH Qiroat Centre.

JUN
Francaisi
PROGRAM FRANCAISI BERSAMA RH QIROAT CENTRE

RH Qiroat Centre telah mengembangkan sayap dengan menawarkan peluang untuk memasuki bersama RH Qiroat Centre untuk menjadi  francaisi. 

Tujuannya adalah supaya RH Qiroat Centre mendapat ramai lagi pelajar dan dapat mengembangkan ilmu Qiroat dan bagi mereka yang tidak mahir juga boleh   membetulkan bacaan dalam program Tajweed.

SYARAT MENJADI FRANCAISI 

RH Qiroat Centre meletakan 2 syarat sahaja untuk bagi yang suka untuk menjadi francaisi:

A. MODAL

  1. Modal  dibayar hanya sekali sahaja dan di timbal balik oleh RH Qiroat Centre dengan Qiroat 10, toriq Shatibiyah atau toriq Toyibbah. Setiap Qiroat akan diajar secara berasingan olrh guru - guru Arab oleh RH Qiroat Centre
  2. Modal yang berbayar, akan menentukan samaada Francaisi mahu mengambil pakej Toriq Syatibiyyah sahaja ataupun mahu mengambil kedua- duanya iatu Toriq Syatibiyyah dan Toriq Toyyibah.

B.YURAN PERKHIDMATAN

  1. Bayaran yuran perkhidmatan adalah ketika Francaisi membawa masuk pelajar ke program RH Qiroat Centre. 
  2. Yuran ini akan ditetapkan mengikut riwayat/Qiroat yang diambil oleh pelajar kepada RH Qiroat Centre.
  3. Yuran bagi pelajar- pelajar di luar negara adalah 2x ganda apa yang dibayar oleh rakyat Malaysia.

C.KEBAIKAN/FAEDAH KEPADA FRANCAISI  

Program ini menyenangkan Francaisi sebab Francaisi boleh terus beroperasi dengan adanya tenaga pengajar Arab yang berkelayakan di RH Qiroat Centre.

Setiap pelajar Francaisi ada pilihan untuk belajar Tajweed (membetulkan bacaan) atau memilih 1 daripada 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah atau Toriq Toyyibah.

MEI
Pertukaran
PERTUKARAN ZOOM KE VOOV

Penukaran aplikasi pautan dari Zoom ke woov terdapat beberapa kelewatan dalam implementasi sistem baru woov yang percuma.

MEI
Koleksi
KOLEKSI RH QIROAR CENTRE

RH Qiroat Centre telah kembangkan koleksi - koleksi produk milik RH Qiroat Centre kepada produk fizikal seperti:

  1. Buku khatam RH Qiroat Centre 
  2. Buku doa RH Qiroat Centre
  3.  Sampul serbaguna 
  4. Telekung 
  5. Sejadah
  6. Fail sijil sanad
April
Khatam
MAJLIS KHATAM PERDANA RAMADHAN

Mengadakan khatam kebiasaanya pada  27 Ramadhan untuk setiap satu Riwayat/ Qiraot

Khatam Al-Quran perdana ini adalah bacaan tadarus Toriq Toyibbah.

APRIL
Program
PROGRAM TADARUS RAMADHAN BERBAYAR

RH Qiroat Centre juga menawarkan kepada warga RH Qiroat Centre untuk bertadarus Al- Quran Toriq Toyyibah selama 25 hari dan khatam pada hari 27 di dalam Ramadhan. 

Ramai yang menyertai program ini dan riwayat/Qiroat ditawarkan adalah:

  1. Riwayat Qoloon
  2. Qiroat Kisaei
  3. Qiroat Ibn Kathir
  4. Qiroat Jaafar (percuma)
APRIL
Percuma
KELAS PERCUMA DENGAN BAYT AL- FURQAN

Pentadbir harta arwah Kasmini binti Kasim telah menginfakkan semua duit simpanan pekerjaan  kepada RH Qiroat Centre, maka RH Qiroat Centre telah membayar kepada Bait Al- Furqan untuk mendapatkan khidmat mereka untuk mengajar dengan duit arwah. Ini adalah program pertama yang mana RH Qiroat Centre menggunakan sepenuhnya arwah Kasmini. 

Semoga Allah mengampuni beliau dan rohnya ditempatkan bersama orang - orang yang beriman. Amin.

APRIL
Program
PROGRAM PERCUMA HADITH 40

PERCUMA - HADITH 40 BERSIJIL SANAD

Program Hadith 40 Imam Nawawi bersijil sanad ini memakan masa selama 6 jam untuk mempelajari kesemuanya. Program ini sebenarnya beryuran sebanyak RM 100.00 kerana setiap hadirin akan diberikan sijil sanad. RH Qiroat Centre telah memberikan secara percuma kepada warga RH Qiroat Centre pada bulan Ramadhan ini. 

APRIL
Aktiviti
AKTIVITI BULAN RAMADHANTADARUS OLEH RH QIROAT CENTRE

PERCUMA - TADARUS AL-QURAN QIROAT JAAFAR

RH Qiroat Centre membuka Qiroat Jafar bertadarus beramai dan khatam di bulan Ramadhan.

MAC
Tawaran
TAWARAN BULAN RAMADHAN

Ramadhan untuk tahun 2023, kita menawarkan :

Toriq Toyibbah Riwayat Qoloon, Riwayat Warsh Asbahani Qiroat Ibnu Kathir, qiroat Kisaii, Qiroat Jaafar.

JANUARI
Fokus
FOKUS BACAAN ADVANCE TAJWEED

RH Qiroat Centre mulakan tahun dengan fokus kepada bacaan tajwid dan berbagai lagi undang-undang untuk membaca al Quran. RH Qiroat Centre memulakan dengan sesi advance tajwid, belajar teori, peraturan dan usul. Di ikuti latihan membaca dan pembetulan bacaan. RH Qiroat Centre membuka juga sesi preview sebelum RH Qiroat Centre membukanya kepada orang ramai. Pelajar- pelajar juga diberikan  3 sesi tutorial.

2022
DISEMBER
Penutup
PENUTUP 2022

Pada tahun ini, RH Qiroat Centre telah membuka akaun Bank Islam. 

Selain itu, RH Qiroat centre juga memperkenalkan 2 program utama  iaitu:

  1. Program Integrasi
  2. Program Toturial

Disamping itu juga, Sheikh Nabil telah dilantik sebagai pemeriksa di RH Qiroat Centre. 

RH Qiroat Centre juga telah menjalinkan kerjasama dengan Bayt Al- Furqan dan telah menyediakan beberapa kelas hasil daripada kerjasama tersebut. 

Akhir sekali, tahun ini juga RH Qiroat Centre telah melancarkan majlis perasmian bagi Toriq Toyyibah yang telah dirasmikan oleh Yang Mulia Raja Azmi bin Raja Nazuddin (penasihat RH Qiroat Centre).

Pada penghujung tahun ini , RH Qiroat Centre juga telah mengadakan kuiz bagi program loyalti berbayar yang telah menyaksikan 2 orang pemenang telah dipilih bagi memenangi hadiah MEGA (mengerjakan umrah).

DISEMBER
Pemenang
PEMENANG PROGRAM LOYALTY BERBAYAR

RH Qiroat Centre telah mendapatkan pemenang bagi program loyalty berbayar. Mereka ini  yang telah berjaya menjawab kuiz yang disediakan oleh RH Qiroat Centre. Pemenang ini terdiri daripada 2 orang yang telah memenangi hadiah MEGA (mengerjakan umrah) iaitu:

  1. Puan Norhayati
  2. Puan Hamsah

Link video pemenang: https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/09/pemenang-hadiah-mega.mp4

DISEMBER
Program
PROGRAM LOYALTY BERBAYAR

RH Qiroat Centre telah melancarkan satu program loyalty berbayar yang mana boleh disertai oleh warga RH Qiroat Centre. Seluruh warga RH Qiroat Centre perlu menyertai kuiz yang disediakan oleh oleh RH Qiroat Centre bagi memenangi hadiah seperti:

  1. Hadiah Mega (mengerjakan umrah)
  2. Belajar Qiroat Aasim 30 juzuk secara percuma
  3. Belajar tajweed bagi 3 kelas percuma

Link: https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/06/LOYALTY-PROGRAM.mp4

4 NOVEMBER
Program
PROGRAM LUAR RH QIROAT CENTRE

Pada bulan September, RH telah mula mengajar Kholaf al Asyir kepada Rumah Jauharah, Klang pada setiap Jumaat malam satu minggu sekali. 

Kholaf Al- Ashir yang diajar adalah Toriq Toyyibah. 

SEPTEMBER
Objektif
OBJEKTIF TORIQ TOYYIBAH DILANCARKAN

OBJEKTIF RH QIROAT CENTRE MENGEMBANGKAN BACAAN QIROAT 10 TORIQ TOYYIBAH

RH Qiroat Centre telah mengikut jejak langkah Mekkah dan Madinah yang telah memilih wakil dunia untuk menjadikan consortium membaca jama'Toriq Toyyibah. Ini adalah hasrat untuk Mekkah dan Madinah untuk mengembangkan Qiroat 10 Toriq Toyyibah kepada dunia. Ini adalah kerana, Toriq Toyyibah juga mempunyai pelbagai cara bacaan yang mencabar dan mutawattir kepada Nabi Muhammad SAW. 

SEPTEMBER
Pelancaran
PELANCARAN TORIQ TOYYIBAH

RH Qiroat Centre melancarkan pembacaan Toriq Toyibbah untuk 10 Qiroat . Pelancaran Toriq Toyibbah telah di sambut terus oleh syarahan pertama Qiroat Aasim dalam Methodologi Qiroat 10. Kini Toriq Toyibbah syarahan telah sampai ke 7 (Oktober 2023), iaitu Qiroat Nafiq, Qiroat Ibnu Kathir, Qiroat Abu Amr , Qiroat Ibnu Amir, Qiroat Aasim, Qiroat Hamzah dan Qiroat Kisaei.

Semua syarahan Qiroat 7 untuk Toriq Toyyibah dan 10 syarahan untuk Toriq Syatibiyyah telah diselesaikan dan recordingnya terdapat di Youtube dan Linktree RH Qiroat Centre.

RH Qiroat Centre membuka peluang kepada kumpulan untuk belajar Toriq Toyibbah supaya  ramai tidak mengalami kesukaran dalam memahami khilaf - khilaf di dalam Toriq Toyyibah. 

RH Qiroat Centre melengkapkan infrastruktur

  1. Guru-guru telah dihantar untuk mendapat sanad 10 Qiroat Toriq Toyibbah. Yang mana telah ada Toriq Toyyibah , di hantar mantapkan dan ambil sijil sanad. 
  2. RH Qiroat Centre menyediakan Quran PDF yang disusun mengikut Qiroat yang disimpan di dalam group Telegram (khazanah) dan Quran yang di cetak bagi yang ingin memiliki hard copy.
  3. Pelajar-pelajar  yang terdiri daripada  guru dijemput bawah program infaq pelajaran di ajar secara percuma Toriq Toyibbah.
  4. Program Toriq Toyyibah ini telah diperkenalkan  sepanjang tahun 2022 dan seterusnya. 

Ketika  pelancaran, sistem RH Qiroat Centre telah kukuh dengan Toriq Toyibbah. RH juga telah pergi belajar dengan Sheikh Soleh yang menulis Al- Quran Toriq Toyibbah sehingga diberikan tawaran ekslusif  bagi membolehkan RH Qiroat Centre mencetak Al-Quran Toriq Toyibbah tersebut

Semasa pelancaran maka kumpulan-kumpulan kecil dan besar di buka bagi ramai mengenali bacaan Toriq Toyibbah. Kumpulan yang besar terdiri dari setiap kumpulan maksima 15 orang dan yang kecil 4 ke 6 orang.

Di Malaysia Toriq Toyibbah lebih dikenali sebali Toriq Jazari. 

Link Youtube:

Link Linktree:

OGOS
Kursus
KURSUS ONLINE ASAS ILMU TAJWEED
  • RH Qiroat Centre dengan kerjasama Bayt Al-Furqan telah menjalankan Kursus Online Asas Ilmu Tajweed.
  • Ada 3 sesi belajar dengan Bait Al- Furqan. Satu sesi mengambil masa 10 hari untuk menghabiskan satu buku latihan. 
  • Sesi kedua mengambil masa 10 hari juga untuk menghabiskan buku ke-2 latihan.
  • Sesi terakhir / ke-3 mengambil masa 10 hari untuk menghabiskan buku latihan.
6 OGOS
Kerjasama
KERJASAMA DENGAN BAYT AL FURQAN

RH Qiroat Centre telah berkerjasama dengan Bayt al Furqan kerana menyukai cara SH Nadir mengajar  tajweed Al- Quran yang fokus kepada setiap huruf dari segi makhraj dan semua-semua sifat-sifat huruf itu sendiri, Maka RH Qiroat Centre buka peluang untuk semua pelajar RH Qiroat Centre belajar bersama Bayt al Furqan.

Bagi yang ingin mengikuti recording tentang kerjasama bersama Bayt al Furqan sila klik link dibawah: https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/09/kerjasama-dengan-Bayt-al-Furqan.mp4

JUN
Kemasukkan
KEMASUKKAN GURU - GURU ARAB
KEMASUKKAN GURU - GURU ARAB
  • Kemasukkan 4 guru baru Sh Hazem, Sh Araffat, Sh Badwi, Sh Ragda
APRIL
Aktiviti
AKTIVITI BULAN RAMADHAN TADARUS OLEH RH QIROAT CENTRE
  • PERCUMA - TADARUS AL-QURAN QIROAT JAAFAR

RH Qiroat Centre membuka Qiroat Jafar bertadarus beramai dan khatam di bulan Ramadhan.

APRIL
Aktiviti
AKTIVITI BULAN RAMADHAN 2022 (SYARAHAN PERCUMA / USUL / PERATURAN TORIQ TOYYIBAH)
  • Tumpuan sekali ini di bulan Ramadhan 2022 adalah percuma pembentangan usul untuk beberapa Riwayat dan Qiroat hanya dalam Toriq Toyyibbah. Riwayat / Qiroat terbabit adalah Warsh Asbahani dan Azraq, Hamzah, Abu Amr. Aasim,, Jaafar, Kisaii, kholaf al Asyir
  • RH Qiroat Centre membuka Qiroat Jafar bertadarus beramai dan khatam di bulan Ramadhan juga Qiroat kisaii. Juga ada kelas percuma Hadith 40 Imam Nawawi bersanad yang di beri kepada ramai ketika bulan Ramadhan 2022
April
Infaq
INFAQ LEMBU KE MARKAZ SHEIKH NABIL DI MESIR
  • Di Bulan Ramadhan, sekitar April 2022, pertama kali kita menginfaq lembu ke Markaz Sh Nabil di Masjid Jamhari di Mesir untuk berbuka puasa pelajar Malaysia dan Indonesia yang belajar dengan Markas Sheikh Nabil, lebihan dari pembelian lembu itu di infaqkan sebagai tambahan Sh Nabil mengerjakan Umrah ketika Ramadhan.
  • Tumpuan sekali ini di bulan Ramadhan 2022 adalah percuma usul untuk beberapa Riwayat dan Qiroat hanya dalam Toriq Toyyibbah Warsh Asbahani dan Azraq, Hamzah, Abu Amr. Aasim,, Jaafar, Kisaii, kholaf al Asyir
  • RH Qiroat Centre membuka Qiroat Jafar bertadarus beramai dan khatam di bulan Ramadhan juga Qiroat kisaii. Juga ada kelas percuma Hadith 40 Imam Nawawi bersanad yang di beri kepada ramai ketika bulan Ramadhan 2022

Link: https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/06/video-ifftar-2023-1.mp4

22 Februari
Pemeriksa
SHEIKH NABIL SEBAGAI PEMERIKSA RH QIROAT CENTRE

 

  • Sh Nabil Mohamad telah lama dikenali oleh RH. Beliau yang banyak menggalakkan RH  utuk memulakan Qiroat Centre dan bersetuju untuk menjadi pemeriksa kepada RH Qiroat Centre. Hanya dengan pemeriksaan bacaan dan persoalan kepada usul dan peraturan, insya Allah setelah beliau berpuas hati, beliau berikan ijazah sanad beliau kepada pelajar yang lulus. 
  • Ramai pelajar dari RH Qiroat Centre yang menghadiri pemeriksaan ini. Ini adalah  satu cara yang di amalkan di Mesir dan melalui cara pemeriksaan ini boleh mendapatkan sijil sanad. RH juga belajar dengan ramai guru dan kesemua 10 Qiroat Toriq Shatibiyah dan Toyibbah  dengan guru-guru RH Qiroat Centre, juga melalui peperiksaan telah mendapat kesemua sijil sanad kedua-kedua Toriq dari Sheikh Nabil
21 JANUARI
Program
PROGRAM TOTURIAL

OBJEKTIF PROGRAM SOKONGAN/INTEGRASI

Kenapa adakan program Integrasi ini, mungkin hanya RH Qiroat Centre sahaja yang praktikkan program Integrasi ini dengan tujuan supaya "semua pelajar RH Qiroat Centre mantap, cekap dengan usul dan peraturan juga cekap dalam bacaan Riwayat atau Qiroat yang dipilih. Maka dengan kekukuhan bacaan dan peraturan dapat menyebarkan ilmu yang di perolehi kepada ramai. Di lain perkataan nya, RH Qiroat Centre mendidik tenaga pengajar bersesuaian dengan Hadith Nabi iaitu

"sebaik-baik seorang itu yang belajar Al Quran dan mengajarkan nya."

(Hadith riwayat Bukhari)

RH Qiroat Centre telah membukakan program sokongan/integrasi untuk memantapkan kefahaman setiap pelajar yang belajar di RH Qiroat Centre. 

  • Pada 10 Januari 2022, RH Qiroat Centre telah mula melantik graduan RH Qiroat Centre yang telah bersanad untuk menjadi guru-guru Tutors untuk RH Qiroat Centre. Tujuannya RH Qiroat Centre adalah untuk memantapkan pelajar-pelajar RH Qiroat Centre yang telah belajar dengan guru - guru Arab, cekap dari segi  peraturan, usul, cara membaca, method, theory, dalam  Qiroat yang diambilnya.
  • Maka bagi  pelajar yang membayar yuran dengan guru-guru Arab, mantapkan bacaan Qiroat mereka dengan syarahan Metodologi Qiroat 10 untuk usul dan peraturan dan memantapkan lagi bacaan dari kelas - kelas tutorial. Ini dinamakan  Program sokongan RH Qiroat Centre dan juga dipanggil program Integrasi.
  • Sokongan ini adalah melalui tertubuhnya Tutors yang berkelayakan maka pelajar boleh bertanya apa yang tak faham secara santai sehingga ada praktikal bacaan. Usul dan peraturan juga di perbincangkan untuk mantapkan seorang pelajar. Program tutorial adalan sokongan kepada program integrasi
10 JANUARI
Program
PROGRAM INTEGRASI

RH Qiroat Centre juga mempunyai syarahan daripada Ustaz Amiri dalam Metodologi Qiroat 10 yang  sampaikan dalam Bahasa Melayu iaitu berkenaan peraturan, usul, cara membaca, method, theory, dalam  Qiroat 10. Ketika ini (2023) kesemua Metodologi Qiroat 10 untuk Toriq Syatibiyyah telah selesai dan rakamannya ada di Youtube dan Linktree RH Qiroat Centre sebagai rujukan. Kini (2023) Metodologi fokus kepada Toriq Toyyibah iaitu yang telah diselesaikan Qiroat Imam Nafi', Qiroat Ibn Kahtir, Qiroat Abu Amr, Qiroat Ibn Amir, Qiroat Aasim dan Qiroat Hamzah. Dan pada 30 /9/2023 akan dimulakan bagi Qiroat Kisaei

Link Youtube:

Link Linktree:

 

JANUARI
Akaun
PEMBUKAAN AKAUN BANK ISLAM

RH Qiroat Centre telah membuka akaun Di Bank Islam, Bukit Jelutong untuk kegunaan RH Qiroat Centre setelah memperolehi sijil pendaftaran (SSM) pada Disember 2021.

2021
DISEMBER
Penutup
PENUTUP 2021

RH Qiroat Centre telahpun mempunyai identiti yang berdaftar dengan SSM. RH Qiroat Centre juga telah mempunyai akaun bank sendiri. Banyak program yang ditawarkan oleh RH Qiroat Centre kepada warganya secara percuma. Disamping itu, dengan ramai tenaga pengajar RH Qiroat Centre kesemua 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah telah ditawarkan kepada pelajar-pelajar.

DISEMBER
Program
PROGRAM PENUTUP

7 Program telah dilancarkan oleh RH Qiroat Centre secara percuma :

  1. Metodologi Qiroat 10 - Isnin ( 8.00 - 9.30 malam)
  2. Tadarrus Qiroat Hamzah- Selasa (5.15 - 6.30 petang)
  3. Tadabbur - Selasa ( 9.15 - 10.30 malam)
  4. I'rab - Rabu (8 - 9.30 malam)
  5. Waqaf Ibdida' diganti Asas Tajweed (2023) - Sabtu ( 10.30 - 12.00 tengah hari) 
  6. Hadith - Sabtu ( 5.00 - 6.15 petang)
  7. Solat dan wuduk - ( telah selesai) 
DISEMBER
Peringatan
PERINGATAN DAN MAKLUMAN

Pada akhir tahun 2021 telahpun tenaga kerja seramai 12 orang. Mereka telah dilatih dan dihantar untuk memperkukuhkan Qiroat -Qiroat. Yang mana belum mempunyai 10 Qiroat Pihak RH Qiroat Centre  meminta mereka menyelesaikan kesemua 10 Toriq Syatibiyyah. Guru - guru yang telah ada Toriq Syatibiyyah, diminta untuk meningkatkan Qiroat mereka  kepada  Toriq Toyyibah. Ada juga yang kurang arif untuk memberi penerangan tentang usul, peraturan dan takrirot, maka mereka ini juga belajar untuk meningkatkan kemahiran bagi menerangkan usul, peraturan dan takrirot. 

Disamping itu. RH Qiroat Centre juga menetapkan bahawa setiap guru WAJIB membuka kamera ketika mengajar. Pilihan samaada mahu membuka kamera atau menutup kamera hanya untuk pelajar perempuan. Ini adalah kerana, RH telah mendapat apabila seorang guru yang  menutup kamera, telah  mengajar seorang lagi pelajar yang membayar kepadanya  secara peribadi. Maka RH khuatir tumpuan menegur bacaan kepada pelajar RH Qiroat Centre  diabaikan. Dengan itu, RH Qiroat Centre memohon pelajar-pelajar agar tidak membuat pembayaran terus kepada guru - guru RH Qiroat Centre samaada untuk diri sendiri/ kawan-kawan/keluarga. Perjanjian telah dilakukan  antara RH Qiroat Centre dan guru-gurunya jika didapati mereka mengambil pelajar RH Qiroat Centre tanpa memberitahu, maka mereka akan dipecat/buang dari RH Qiroat Centre.

Bagi sesiapa yang terbabit, RH Qiroat Centre memohon untuk mereka tidak memasuki mana - mana program percuma seperti syarahan percuma untuk orang ramai, Tajweed percuma, Hadith Percuma dan sebagainya.   

DISEMBER
Tajaan
TAJAAN LAGU

2 lagu yang digunakan sepanjang RH Qiroat Centre beroperasi:

  1. Deen as salam oleh Mohamed Tarek https://youtu.be/wJeOf8dx5Lc
  2. Ya Maulana oleh Sabyan https://youtu.be/Ii1jvubIC8g
DISEMBER
Khatam
KHATAM QIROAT HAMZAH DI KOTA BHARU

Puan Noor Hayati Hambal dan RH telah tamat Qiroat Hamzah Toriq Syatibiyyah, Jama' dengan Ustaz Amiri . Masjid khatam ini telah diadakan di rumah Ustaz Amiri di Kota Bharu, Kelantan.

Sejerus kemudian, Haji Yem, isteri dan kakak iparnya telah mengambil Qiroat Aasim. 

Dr. Suzet, Puan Rose dan Puan Mazlina telah mengambil Jama' 10 Toriq Syatibiyyah bersama Ustaz Amiri juga. 

5 DISEMBER
Kelulusan
KELULUSAN PENDAFTARAN RH QIROAT CENTRE

Pada 3 /12/2021 RH Qiroat Centre menempah nama RH Qiroat Centre domin dengan Server Freak.

pada 5/12/2021 SSM telah meluluskan pendaftaran RH Qiroat Centre dengan mendapat sijil penubuhannya.

pada 6/12/2021 Toriq Toyyibah diperkenalkan oleh RH Qiroat Centre kepada semua kumpulan di WhatApps dan Telegram.

21 NOVEMBER
Qurantime
QURANTIME BERSAMA RH QIROAT CENTRE

RH Qiroat Centre telah membuka 1 akaun Telegram yang dinamakan Qurantime bersama RH Qiroat Centre. Disini pengasas RH Qiroat Centre telah memasukkan 1/2 ayat dan dihuraikan. Juga RH ada memasukkan sepotong hadith untuk renungan bersama. Ketika ini 1/9/2023 huraian telah mencapai ke episod 410. 

Link tentang Qurantime:https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/09/qurantime.mp4

Link ke group Qurantime:

 https://t.me/rhqcnotaqurantime

OKTOBER
Ustaz Nazri
USTAZ NAZRI - POSITIF COVID

Ustaz Nazri telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan kritikal. RH Qiroat Centre telah mengadakan majlis bacaan Yassin secara online yang dipimpin oleh adik beradik beliau sendiri. Insha Allah pada Februari 2022, beliau telah kembali bersama RH Qiroat Centre untuk syarahan Asas Tajweed 

2 SEPTEMBER
Pelancaran
PELANCARAN LOGO

RH Qiroat Centre telah melancarkan logo baru bagi menggantikan logo yang sebelum ini.

OGOS
Jemputan
JEMPUTAN BERKALA KEPADA USTAZ - USTAZ MALAYSIA

Sepanjang tahun ini RH Qiroat Centre (2021) menjemput ramai guru - guru yang terkenal untuk memberi syarahan- syarahan utama untuk orang ramai secara percuma 

  1. Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al- Hafiz - 
  2. Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al- Hafiz - 4 doa terbaik rasul ketika solat ( sesi ke-2)
OGOS
Program
PROGRAM WUDUK DAN SOLAT

Ustaz Azizi Yacub adalah Imam Masjid Bukit Jelutong dan bersetuju untuk mengambil topik wuduk, solat berjemaah dan tarannum. Solat berjemaah juga diselang - selikan dengan masalah - masalah yang dihadapi oleh jemaah seperti terlupa bilangan rakaat, lupa bacaan Surah Fatihah dan pelbagai lagi. Topik wuduk dilaksanakan secara fizikal dengan air dan secara tayammum dengan debu. Kedua - dua video ini ada di dalam Linktree dan Youtube RH Qiroat Centre. Dan program ini telahpun selesai pada ketika ini (2023).

Bagi yang ingin mengikuti recording tentang solat berjamaah dan wuduk sila klik link dibawah:

Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=NFpvdXLMeqs&list=PLbRSIsxEinxUk-AuJkjf5R5VcDSy52V9C&t=4s

Link Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#237346205

OGOS
Program
KEMASUKKAN PROGRAM BARU

2 program telah dimasukkan oleh RH Qiroat Centre:

Ustaz Nazri Shahrom - Wakaf dan Ibtida' telahpun selesai.

Bagi yang ingin mengikuti recording tentang Wakaf dan Ibtida' sila klik link dibawah:

Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=rm_d7kfc6Pk&t=72s

Link Linktree:

Nota- nota untuk Wakaf dan Ibtida' terdapat di group Telegram (khazanah)

Link Telegram: https://t.me/+fhyA8VnTYOI4Nzg1

Ketika ini (2023),  Ustaz Nazri mengajar  hari Sabtu dari pukul 10.30 - 12.00 tengah hari programnya Asas Tajweed yang menggunakan buku diatas.

Bagi yang ingin mengikuti recording tentang program asas tajweed sila klik link dibawah:

Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=gt-CUMs01sk&list=PLbRSIsxEinxW6mGwLSHbGztD7Onv2bDth&t=10s

Link Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#237098799

29 JULAI
Pelancaran
PELANCARAN MONTAJ & LINKTREE

RH Qiroat Centre telah melancarkan montaj dan Linktree secara rasminya oleh penasihat RH Qiroat Centre iaitu Yang Mulia Raja Azmi bin Raja Nazuddin.

Bagi yang ingin mengikuti recording tentang montaj dan linktree sila klik link dibawah:

Link Montaj: https://www.youtube.com/watch?v=x91BMWvwqVQ&t=391s

Link Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre 

23 JULAI
Program
KEMASUKKAN USTAZ FAZRUL

Ustaz Fazrul adalah terkenal sebagai pentadabbur di tv Astro dalam program Qurantime dan World Qurantime. Program di Astro telahpun tamat 30 juzuk.

Ustaz Fazrul telah bersama RH Qiroat Centre mendatabbur daripada Surah Al- Fatihah sehingga . Ketika ini beliau sudahpun berhenti dengan RH Qiroat Centre tetapi telah menggantikan dengan Ustaz Harfiz yang menyambungkan pelajaran daripada Ustaz Fazrul.

Bagi yang ingin mengikuti recording tentang program tadabbur Al-Quran sila klik link dibawah:

Link Ustaz Fazrul

1.Link Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#237097780

2.Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=aMvNovRX4uQ&list=PLbRSIsxEinxU72V3uK5OAXWiKbvSSaHmk&t=325s

Link Ustaz Harfiz:

1.Link Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#237097780

2.Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=rWrQOZCw9bQ&list=PLbRSIsxEinxU72V3uK5OAXWiKbvSSaHmk&index=5

22 JULAI
Syarahan
SYARAHAN HADITH RIYADHUS SHALIHIN PERCUMA

Pada 22 Julai kemasukkan Ustaz Syed Mohd Norhisyam bin  Al- Idrus yang mensyarahkan kitab Riyadus solihin. Ketika ini tahun 2023 beliau tidak lagi bersama RH Qiroat Centre tetapi recordingnya masih ada di dalam Youtube dan Linktree RH Qiroat Centre. Syarahan hadith ini masih diteruskan oleh Dr. Fauzi Deraman.

Bagi yang ingin mengikuti recording tentang syarah hadith 40 Imam Nawawi sila klik link dibawah:

Link ke Ustaz Syed Mohd NorHisyam:

1.Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#237345875

2.Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=oQbiZlJxXf4&list=PLbRSIsxEinxU7fbZMMYJx2cR96H-UeRkg&t=3s

Link ke Dr.. Fauzi Deraman:

1.Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#262147619

2.Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=v_VnBWRUr7I&list=PLbRSIsxEinxWIl7jtNn-Ce6ZHI2nrX160&t=3s

APRIL
Aktiviti
AKTIVITI BULAN RAMADHAN
AKTIVITI BULAN RAMADHAN

Menginfaq beberapa orang pelajar untuk menamatkan Qiroat Aasim. Mereka ini selalunya dipilih kerana mempunyai kumpulan peribadi untuk mengajar atau mereka adalah tenaga pengajar kepada surau, masjid atau kumpulan. RH Qiroat Centre memegang teguh kepada hadith Nabi SAW "sebaik - baik seseorang yang mempelajari Al-Quran adalah orang yang mengajarkannya"

APRIL
Khatam
KHATAM PERDANA RAMADHAN
KHATAM PERDANA RAMADHAN

RH Qiroat Centre mengadakan khatam perdana untuk warga RH Qiroat Centre pada 27 Ramadhan 2021.

Link: https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/06/Khatam-perdana.mp4

APRIL
Eksklusif
PEMBENTANGAN USUL BAGI TORIQ SYATIBIYYAH

RH Qiroat Centre menawarkan percuma syarahan/kelas berkaitan usul, peraturan dan teori oleh guru - guru RH Qiroat Centre dan Ustaz Amiri. Qiroat Toriq Syatibiyyah yang telah dibentangkan:

  1. Riwayat Qoloon
  2. Riwayat Warsy
  3. Qiroat Ibn Kathir
  4. Qiroat Abu Amr
  5. Qiroat Ibn Amir
  6. Qiroat Aasim
  7. Qiroat Kisaei
  8. Qiroat Jaafar (ad durah)

 

 

3 Qiroat Toriq Syatibiyyah dibaca secara bertaddarus dan diselesaikan dalam bulan Ramadhan:

  1. Qiroat Kisaei
  2. Qiroat Jaafar (ad durah)
  3. Riwayat Syukbah
APRIL
Pemenang
PEMENANG KUIZ DI BULAN RAMADHAN
PEMENANG KUIZ DI BULAN RAMADHAN

Pemenang kuiz Program Loyalty 2021 untuk yang dikeluarkan pada bulan Februari diumumkan diumumkan pada bulan Ramadhan.

Mereka adalah:

  1. Abuthahir bin Liakath Ali
  2. Abd Rahman bin Misran
  3. Megat Imran Ikram bin Megat Kamarruddin
  4. Zaiton Ahmad
  5. Nur Mawati binti Abdol
  6. Azreena binti Mohd Alwi
  7. Juita binti Mustafa
  8. Noorliza binti Mohd Latif
  9. Rahimah Azlee
  10. Azreena binti Mohd Alwi
  11. Siti Khadijah binti AbdullahKata

Link: https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/09/Pemenang-Quiz-Qiroat-.mov

APRIL - MEI
Kelas
PERTUKARAN JADUAL KELAS PADA BULAN RAMADHAN (13 APRIL 2021)

PERTUKARAN WAKTU KELAS KETIKA RAMADHAN

Kesemua kelas waktu malam telah ditukarkan kepada waktu 5.00 - 6.00 petang. 

 

MENYEMARAKKAN AKTIVITI RAMADHAN DENGAN PROGRAM PERCUMA

Pada bulan Ramadhan ini, kumpulan penginfaq telah diwujudkan bagi menyemarakkan dan membanyakkan aktiviti percuma RH Qiroat Centre sepanjang bulan Ramadhan.

14 FEBRUARI
Syarahan
KEMASUKKAN SYARAHAN METODOLOGI QIROAT 10 TORIQ SYATIBIYYAH
KEMASUKKAN SYARAHAN METODOLOGI QIROAT 10 TORIQ SYATIBIYYAH

Penerangan oleh Ustaz Amiri kepada setiap satu Riwayat dan Qiroat telah dibentangkan. Cara bacaan, usul, peraturan, teori, undang - undang khas (takrirot) kepada sesuatu Riwayat dan Qiroat diajar secara terperinci dengan nota - notanya.

Ketika ini, 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah telahpun selesai dan berada dalam recording Youtube dan Linktree RH Qiroat Centre. Semua syarahan ini masih ditaja oleh RH Qiroat Centre dan diberikan percuma kepada orang ramai.

Untuk syarahan Toriq Toyyibah, Qiroat Nafi', Qiroat Ibn Kathir, Qiroat Amr, Qiroat Amir, Qiroat Aasim telahpun selesai dan recording terdapat di Youtube dan Linktree RH Qiroat Centre.

4 September 2023 akan dijalankan syarahan bagi Qiroat Hamzah Toriq Toyyibah dan seterusnya. 

Link Youtube:

Link Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#237346205

19 FEBRUARI
Khatam
KHATAM KEDUA RH QIROAT CENTRE BERSAMA PELAJAR TCM

Khatam kedua RH Qiroat Centre bagi Qiroat Aasim yang bersanad yang terdiri daripada pelajar - pelajar TCM yang diketuai oleh Haji Masri.

Link video khatam: https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/09/khatam_resized.mp4

FERBUARI
Toriq Syatibiyyah
PERKENALKAN 10 QIROAT TORIQ SYATIBIYYAH

Dibawah ini adalah Imam - Imam Qiroat bagi 10 Qiroat:

1.QIROAT NAFI'

  1. Riwayat Qoloon
  2. Riwayat Warsy

2.QIROAT IBN KATHIR

  1. Riwayat Bazzi
  2. Riwayat Qunbul

3.QIROAT ABU AMR

  1. Riwayat Duri
  2. Riwayat Susi

4.QIROAT IBN AMIR

  1. Riwayat Hisyam
  2. Riwayat Ibn Zakwan

5.QIROAT AASIM

  1. Riwayat Syukbah
  2. Riwayat Hafs

6.QIROAT HAMZAH

  1. Riwayat Khalaf
  2. Riwayat Khallad

7.QIROAT KISAEI

  1. Riwayat Abu Harith
  2. Riwayat Duri

8.QIROAT ABU JAAFAR (AD DURAH)

  1. Riwayat Wardan
  2. Riwayat Jammaz

9.QIROAT YACCUB (AD DURAH)

  1. Riwayat Ruwais
  2. Riwayat Rauh

10.QIROAT KHOLAF AL ASHIR (AD DURAH)

  1. Riwayat Ishaq
  2. Riwayat Idris
FEBRUARI
Kemasukkan
KEMASUKKAN USTAZ - USTAZ
KEMASUKKAN USTAZ - USTAZ

RH Qiroat Centre berbincang dan memasukkan:

  1. Ustaz Hakim bin Kamal (kelas I'rab)
  2. Ustaz Amiri bin Ghani (kelas Qiroat Hamzah)
10 FERBUARI
Kuiz
LOYALTY PROGRAM - KUIZ

Pemenang kuiz  telah ditaja dibawah program Loyalty pada 10/2/2021. Ramai yang memenangi hadiah - hadiah ini di dalam bulan Ramadhan. Hadiah  yang disediakan  adalah:

  1. Tajweed percuma sehingga 5-10 kelas 
  2. Tajaan Qiroat Aasim bersijil sanad ke Rasulullah SAW
  3. Hadith 40 bersijil sanad ke Imam Nawawi
  4. Tajaan Al-Quran 
  5. Diskaun - diskaun diberi 50% kepada pelajar RH Qiroat Centre  untuk menyertai program - program berunsur patnership ataupun program - program yang disediakan untuk RH Qiroat Centre.
19 JANUARI
Khatam
KHATAM PERTAMA RH QIROAT CENTRE BERSAMA PELAJAR TCM

Khatam pertama RH Qiroat Centre bagi Qiroat Aasim yang bersanad yang terdiri daripada pelajar - pelajar TCM yang diketuai oleh Haji Masri.

JANUARI
Program
PROGRAM DI TAHUN 2021
PROGRAM DI TAHUN 2021

RH Qiroat Centre sibuk dengan mengambil guru - guru, membina sistem dalaman dan memberi syarahan - syarahan percuma melalui ustaz - ustaz Malaysia yang terkenal untuk memberi syarahan tentang Tadabbur, I'rab, Hadith, Tajweed dan lain - lain.

2020
DISEMBER
Penutup
PENUTUP 2020

Setelah pembentukan RH Qiroat Centre 11 November 2020, program pertama yang dijalankan adalah Hadith 40 Imam Nawawi secara bersanad. Ketika ini program - program dijalankan secara online. 

DISEMBER
Hari Keempat
HARI KEEMPAT SYARAHAN BERSANAD HADITH 40

2.00 : Sambung Dari Hadith Akhir Semlm

4.00 : Berhenti Rehat

4.10 : Mula Sesi Hadith

5.30 : Soalan

5.40 : Doa Dan Bersurai

 Hari Akhir Dan Mendapat Sanad Dari Ustaz.

Ketika Ustaz Kata Dia Berikan Sanad Hadith Yangg Diambil Dari Gurunya, Semua Jawab Kami Terima.

DISEMBER
Hari Ketiga
HARI KETIGA SYARAHAN BERSANAD HADITH 40

2.00 : Sambung  Seterusnya Dari Hadith Akhir Minggu Lepas

4.00 : Berhenti Rehat

4.10 : Mula Sesi Hadith

5.30 : Soalan

5.40 : Doa Dan Bersurai

DISEMBER
Hari Kedua
HARI KEDUA SYARAHAN BERSANAD HADITH 40

2.00: Sambung dr hadith akhir semlm
4.00: Berhenti rehat
4.10: Mula sessi hadith
5.30: Soalan
5.40: Doa dan bersurai

Contoh itiniri hadith bersanad

DISEMBER
Hari Pertama
HARI PERTAMA SYARAHAN BERSANAD HADITH 40

2.00 Ke 2.10 : Mula Majlis Hadith Dengan Pengenalan Kepada Ustaz

2.10 : Pengenalan Imam Nawawi Dan Seterus Nya Ke Hadith Pertama

4.00 : Berhenti Rehat

4.10 : Mula Sessi Hadith

5.30 : Soalan

5.40 : Doa Dan Bersurai

Contoh iteneri hadith bersanad

15 DISEMBER
Program
PROGRAM HADITH 40 BERSANAD

Contoh Sijil Hadith Bersanad

RH Qiroat Centre telah mengadakan kursus Hadith Imam 40 Nawawi bersijil sanad oleh Ustaz Muhamad Sarifudin bin Siddiq yang dijalankan selama 4 hari secara online setiap sabtu dan ahad dari pukul 2.00 - 5:30/6.00 petang. Beliau adalah seorang Hafiz dan kini memegang 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah dan Toriq Toyyibah, dan 4 shahzah . Beliau adalah pelajar dari Universiti Al Azhar, Cairo dalam bidang Jurisprudence dan kini menyiapkan Thesis Master di Universiti Al Azhar. Sanad hadith yang diperolehinya dari 2 orang Sheikh yang berbeza iaitu Sheikh Abdul Hakim dari Syiria dan Sheikh Hassan Shahin yang mana susur galur sanadnya paling hampir kepada Imam Nawawi iaitu keturunan yang ke-14. Sijil bersanad ini telah dihadiahkan kepada semua yang hadir selama 4 hari, mendengar dan membuka kamera. 

DISEMBER
Buku
BUKU RUJUKAN HADITH 40 BERSANAD

Buku ini adalah nipis dan ringkas, harganya adalah RM 10.00 dimana kita boleh mendapatkan kesemua 40 Hadith Imam Bukhari.

NOVEMBER
Pengajar
TENAGA PENGAJAR
TENAGA PENGAJAR

Pada bulan November , RH Qiroat Centre berkembang dari 2 guru  kepada 5 orang lagi. Pada masa yang sama, RH terus menemuduga lain- lain guru di Mesir.

November 11
Penubuhan
PENUBUHAN RH QIROAT CENTRE

RH Qiroat Centre ditubuhkan pada 11 November 2020 oleh pengasasnya iaitu Raja Hanaliza binti Raja Ahmad Tajudin ( RH )*. Pada peringkat awal RH Qiroat Centre memberi tumpuan kepada pengajian online untuk Qiraot AAsim, Riwayat Qoloon, Riwayat Warsh, Qiroat Ibnu Kathir (Toriq Syatibiyyah). Program ini dijalankan bersama guru- guru Arab, Mesir dan Syria. 

Ketika ini Covid-19 sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia maka semua pengajian telah dilakukan secara online.

RH Qiroat Centre juga telah mengikuti modul mengajar secara online. 

OKTOBER
Perbincangan
PERBINCANGAN DENGAN TCM
PERBINCANGAN DENGAN TCM

RH mula berbincang dengan Haji Masri (pengasas TCM) untuk mendapatkan pelajar untuk belajar di RH Qiroat Centre. Haji Masri bersetuju untuk memberi 30 daripada guru TCM 

OGOS - OKTOBER
Perbincangan
PENYEDIAAN PENUBUHAN RH QIROAT CENTRE

Penyediaan untuk penubuhan RH Qiroat Centre dimana RH mula menemuduga guru - guru Arab dari Mesir. Mereka perlu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dan mengetahui cara untuk memberi penerangan kepada usul, peraturan dan cara bacaan tentang mana-mana Qiroat yang menjadi pilihan pelajar. 

JANUARI 2017 - JUN 2020
Penglibatan
PENGLIBATAN PELAJAR

Pelajar - pelajar daripada Masjid Negeri dan kawan - kawan RH mula belajar salah satu daripada 10 Qiroat dan ada yang tamat kesemua Qiroat Toriq Syatibiyyah.  Sijil sanad mereka adalah daripada Sheikh Nabil.

Mereka terus menerus daripada tahun 2017 sehingga tahun 2020 meneruskan pelajaran dari semasa ke semasa belajar Qiroat apabila guru- guru Arab datang daripada Mesir. 

27 APRIL
Kepulangan
GURU MESIR KEMBALI KE MESIR

Setelah beliau berada selama 1 bulan di Malaysia, kes Covid-19 bertambah teruk dan Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan dimana pergerakan hanya dibenarkan di kawasan yang sama. Dengan itu, pengajian secara semuka ditangguhkan dan semua pelajaran dilaksanakan secara online. Sheikh ini terpaksa pulang ke negaranya kerana Aidilfitri menjelang tiba dan Sheikh tersebut ingin menyambutnya bersama keluarga di Mesir. RH dan kawan - kawan  telah mengumpulkan sejumlah wang untuk menghantar Sheikh itu pulang ke keluarganya dengan menggunakan Charter Flight dari Malaysia terus ke Cairo dan menjalankan kuarantin di hotel di Cairo. Bayaran untuk semua ini berjumlah RM 7,000 keatas. Tiket pulang ke Mesir yang dibeli pada awalnya tidak boleh digunakan lagi. 

APRIL
PKP
PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Oleh kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelas bersemuka telah ditukar kepada kepada kelas secara online. 

20 MAC
Kedatangan
KEDATANGAN SHEIKH DARIPADA MESIR

Dengan kedatangan Sheikh ini, sebahagian daripada ramai kawan - kawan RH telah menghabiskan bacaan kesemua 10 Qiroat. Bagi mereka yang baru mengenali Qiroat masih mengambil Qiroat Aasim. RH ketika ini hanya mengulangi Qiroat - Qiroat Toriq Syatibiyyah sehingga habis 10 Qiroat. Pelajaran juga telah dilakukan secara online dimana ketika itu beliau telahpun pulang ke Mesir. 

MAC (AWAL)
Covid-19
COVID-19

Berita tentang penyakit Covid-19 ini telah diwawarkan kepada dunia melalui kes - kes yang berbahaya daripada negara China.

28 FEBRUARI
Kepulangan
SYEKHAH KARIMAH KEMBALI KE MESIR
SYEKHAH KARIMAH KEMBALI KE MESIR

Syekhah Karimah telah pulang Mesir dan membawa banyak buah tangan daripada pelajar - pelajarnya.

27 FEBRUARI
Khatam
MAJLIS KHATAM DI KEDIAMAN RH

Majlis ini menyaksikan Syekhah Karimah mengkhatamkan pelajar - pelajar yang berbaki yang telah menamatkan 30 juzuk Qiroat- Qiroat pemilihan masing- masing di kediaman RH.

25 FEBRUARI
Khatam
MAJLIS KHATAM DI KEDIAMAN HAJI ISMAIL

Syekhah Karimah teah mengkhatamkan Hajah Jauhariah (isteri Haji Ismail) bersama kawan - kawannya di kediaman beliau.  

20 FEBRUARI
Khatam
MAJLIS KHATAM

Majlis Khatam kali ketiga yang diketuai oleh Sheikh Nabil Muhammad, telah diadakan di kediaman RH pada Januari 2020 yang melibatkan kawan - kawan RH dari lain - lain tempat. Majlis ini adalah hasil kerjasama partnership dengan rakan di Mesir.

3 JANUARI
Kedatangan
KEDATANGAN SHEIKH NABIL DAN SYEKHAH KARIMAH (ISTERI) KE MALAYSIA KALI KE-3

Kedatangan Sheikh Nabil dan isteri membuka peluang kepada ramai untuk meneruskan lain - lain Qiroat. Ramai yang mengambil Riwayat Warsy dan Qiroat Hamzah. Ada juga yang mengambil Qiroat Aasim. Ketika ini ramai kawan - kawan daripada  pelajar - pelajar yang menyertai program Qiroat - Qiroat yang belum diambil.  

2019
DISEMBER
Penutup
PENUTUP 2019

Di tahun ini, ramai kita menyaksikan kawan - kawan RH telah mempunyai 5 atau lebih sijil sanad Qiroat. Kini kawan - kawan RH telah menyukai Qiroat dan menunggu Sheikh Nabil dan Syekhah Karimah datang bagi meneruskan pembelajaran Qiroat. 

15 FEBRUARI
Kepulangan
SHEIKH NABIL DAN SYEKHAH KARIMAH (ISTERI) KEMBALI KE MESIR

Sheikh Nabil dan Syekhah Karimah (isteri) kembali ke Mesir setelah berada di Malaysia untuk 2 minggu. 

14 FEBRUARI
Khatam
MAJLIS KHATAM

Majlis khatam bersama pelajar - pelajar yang telah tamat pelajaran mereka yang diketuai oleh Sheikh Nabil. Pelajar yang terlibat adalah dalam kalangan  pelajar Sheikh Nabil dan Syekhah Karimah yang dahulu dan sekarang.  

14 JANUARI
Kedatangan
KEDATANGAN SHEIKH NABIL DAN SYEKHAH KARIMAH ( ISTERI )

Sheikh Nabil dan Syekhah Karimah (isteri) telah datang bagi kali ke-2 ke Malaysia. Kawan - kawan RH telah mengambil tambahan Qiroat dengan Sheikh Nabil dan isteri sehingga ada yang mempunyai 7 ke 8 Qiroat.

RH telah mengulang Riwayat Warsy Toriq Syatibiyyah.  

2018
DISEMBER
Penutup
PENUTUP 2018

Ketika ini bertambah ramai kawan - kawan RH yang telah belajar 3 ke 4 Qiroat di dalam tahun 2018.

24 APRIL
Kepulangan
KEPULANGAN SYEKHAH KARIMAH KE MESIR
KEPULANGAN SYEKHAH KARIMAH KE MESIR

Syekhah Karimah kembali ke Mesir setelah mengajarkan RH dan kawan - kawan tentang Qiroat sehingga tamat 30 juzuk Qiroat yang dipilih.

20 - 23 APRIL
Mengajar
SYEKHAH KARIMAH MENGAJAR & KHATAM

Syekhah Karimah meneruskan mengajar pelbagai Qiroat kepada kawan - kawan RH sehingga mereka tamat. Majlis khatam juga telah diadakan pada 20 April 2018.

1 JANUARI - 1 APRIL
Pengenalan
PENGENALAN KEPADA QIROAT

Kedatangan Sheikh Nabil dan isteri Syekhah Karimah (Ahlul Bait), RH telah belajar beberapa Qiroat disamping memantapkan lagi Qiroat yang pernah dipelajari. 

1. Riwayat Qaloon Jama' 4 wajah

2. Qiroat Amir Toriq Syatibiyyah

3. Qiroat Ibn Kathir Toriq Syatibiyyah

4. Qiroat Abu Amru Toriq Syatibiyyah

5. Qiroat Kisaei Toriq Syatibiyyah

6. Qiroat Jaafar (Ad- Durrah) Toriq Syatibiyyah 

7. Qiroat Yaccub (Ad- Durrah) Toriq Syatibiyyah

8. Qiroat Kholaf Al- Ashir (Ad-Durrah) Toriq Syatibiyyah

 

20 JANUARI
Kepulangan
KEPULANGAN SHEIKH NABIL KE MESIR DAN SYEKHAH KARIMAH MENERUSKAN MENGAJAR KAWAN -KAWAN RH

Walaupun Sheikh Nabil ke kembali semula ke Mesir, tetapi Syekhah Karimah masih berada di Malaysia untuk meneruskan pembelajaran Qiroat bersama RH dan kawan -kawannya. 

13 JANUARI
Khatam
MAJLIS KHATAM PERTAMA OLEH SHEIKH NABIL

Khatam pertama adalah di restoran Daifa, Sri Petaling yang menyajikan nasi Arab. Restoran ini amat eksklusif dan selalunya dikunjungi oleh VIP dan Sultan - Sultan. 

2017
DISEMBER
Penutup
PENUTUP 2017

Dengan kehadiran  Sheikh Nabil dan isteri, maka RH sibuk dengan mencari pelajar untuk mempelajari Qiroat juga bagi pelajar lama untuk mengambil Qiroat baru.  Bermulah era RH menyukai Qiroat dan berniat untuk meneruskan kepada 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah yang mutawattir ke Rasulullah saw. 

23 DISEMBER
Kedatangan
KEDATANGAN SHEIKH NABIL DAN SYEKAH KARIMAH (ISTERI)

Kedatangan Sheikh Nabil dan isteri pada akhir tahun 2017 untuk mengembangkan semua 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah. Ketika ini  kawan - kawan RH telah mula menyukai Qiroat - Qiroat lain. Ramai yang mengambil lain- lain Qiroat seperti:

  1. Riwayat Qoloon
  2. Riwayat Warsy
  3. Qiroat Ibn Kathir
  4. Lain - lain.   
12 OKTOBER - 16 NOVEMBER
Pengenalan
PENGENALAN KEPADA QIROAT

RH telah mendapat sijil sanad untuk Qiroat Hamzah Toriq Syatibiyyah 

OKTOBER
Khatam
KHATAM BERSAMA SHEIKH DARI MESIR

Majlis khatam telah dilakukan di kediaman RH yang mana majlis tersebut telah diketuai oleh seorang sheikh dari Mesir.

OKTOBER
Guru
KETIBAAN GURU MESIR KALI PERTAMA KE MALAYSIA

Ketibaan guru Mesir pada awal Oktober untuk mula mengenalkan ilmu Qiroat kepada kawan - kawan masjid dan ketika ini hanya Qiroat Aasim iaitu Riwayat Syukbah dan Riwayat Hafs diperkenalkan. Toriq Toyyibah (al Fil & Al Zur'an) yang mudahnya iaitu membaca mad jaiz munfasil sebanyak 2 harakat juga diperkenalkan secara teori, guru Arab telah memberi makluman tentang adanya 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah. 

5 MAC - 24 MEI
Pengenalan
PENGENALAN KEPADA QIROAT

RH telah pergi ke Mesir pada 5 Mac 2017 sehingga 24 Mei 2017 bersanad 

  1. Qiroat Asiim Toriq Shatibiyyah
  2. Qiroat Asiim Toriq Toyyibbah (Al Fil ) diperkenalkan juga kepada Al Zur'an
  3. Riwayat Qaloon Toriq Syatibiyyah
  4. Riwayat Warsy Toriq Syatibiyyah
  5. Qiroat Ibn Khathir Toriq Syatibiyyah
Scroll to Top