السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
RHQC mengucapkan selamat datang ke bulan Rejab, bulan pendamaian, ketenangan. Bersempena dengan bulan Rejab ni, ayat Al Quran dan Hadith berkaitan:
Dari penyemakan bahawa ayat Al Quran menerangkan bulan Rejab, bulan dilarang untuk peperangan:
Surah al-Taubah ayat 36 :
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah SWT ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya).”
al-Bukhari (4054) :
“Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.”
Tentang amalan khusus Nabi saw di bulan Rejab, kajian menunjukkan tiada ibadah khusus Rejab dilakukan oleh Nabi saw.
Justeru itu alangkah cintanya para ulama’ terdahulu terhadap ilmu dan alangkah besarnya ilmu di dalam jiwa mereka. Oleh itu marilah menjemput keluarga dan kawan-kawan kita yang ada untuk mengikut dan meneladan jejak langkah mereka.
Bahawa Nabi saw apabila masuknya bulan Rejab, Baginda saw bersabda:
“Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kepada kami pada bulan Ramadhan”. Baginda saw bersabda lagi: “Malam Jumaat adalah mulia dan harinya terang benderang
(Musnad Imam Ahmad, no. Hadith 2228)
Hadith ini sanadnya teramat lemah kerana padanya terdapat dua orang perawi yang bermasalah serta dalam masa yang sama kita tidak boleh menyandarkannya kepada Rasulullah saw. Walaubagaimanapun matan atau teks hadith tersebut tidak mempunyai masalah jika kita ingin berdoa dengannya. Ini kerana di dalam berdoa, kita dituntut untuk berdoa dan meminta apa sahaja kepada Allah SWT selagi mana perkara yang diminta itu tidak bertentangan dengan syariat Islam
Marilah kita memanfaatkan bulan Rejab ini dengan doa, dan kebaikan dan tingkatkan bersilaturahim
