Selamat Datang Bulan Sya’ban

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bulan Sya’ban merupakan bulan ke-8 dalam tahun hijrah. Ianya juga merupakan bulan ke-2 selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Bulan ini juga dikenal sebagai bulan persediaan dan persiapan untuk melakukan kebaikan sebanyak mungkin bagi memerangi hawa nafsu.

Di bulan Sya’ban juga terjadi beberapa peristiwa diantaranya:

  1. Malam nisfu Sya’ban

Sunat bagi kita semua untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban (15 Sya’ban) dengan melakukan solat sunat, berzikir, membaca Al-Quran dan sebagainya kerana malam tersebut merupakan malam yang mustajab dan penuh dengan rahmat Allah s.w.t

Daripada Muaz bin Jabal dan Abu Musa Al-Asy’ari r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; “Sesungguhnya Allah pada malam Nisfu Sya’ban memerhati (mengawasi) seluruh mahluk-Nya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (HR Ibnu Majah)

Pada malam nisfu Sya’ban, Allah s.w.t telah membuka 300 pintu rahmat dan mengampuni hamba – hambanya yang tidak syirik. Disebabkan itulah, kita semua haruslah menghidupkan malam nisfu Sya’ban dengan amalan yang terlipat kali ganda kepada Allah s.w.t

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad saw bersabda: “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !” Kata Nabi Muhammad: “Hai Jibril, apakah erti malam ini ?” Jibril menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan / pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka pada pergaduhan dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.

 

2. Pertukaran arah kiblat

Setelah sampai di Madinah, Rasulullah s.a.w dan sahabat melakukan solat dengan berkiblatkan Baitulmaqdis selama kira – kira 16 ke 17 bulan. Pada 15 Sya’ban tahun ke-2 Hijrah semasa Rasulullah s.a.w melakukan solat Asar secara berjemaah di Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat).telah berlakunya peristiwa pertukaran arah kiblat daripada Masjidil al-Aqsa di Baitulmuqadis (Bait al-Maqdis) ke arah Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah al-Mukaramah.

Selain itu juga, bulan Sya’ban merupakan bulan yang paling dicintaikan oleh Rasulullah s.a.w dan baginda sentiasa berpuasa pada bulan Sya’ban. Nabi s.a.w banyak melakukan puasa sunat pada bulan Sya’ban berbanding bulan – bulan yang lain.

Daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina Aisyah r.a katanya: “Rasulullah saw sering berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka (puasa berterusan ) dan Baginda saw berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa (berbuka terus). Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda SAW lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.”

RH Qiroat Centre mengajak semua untuk melakukan amalan yang berlipat kali ganda pada bulan Sya’ban sebagai persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah. Semoga setiap amalan yang dilakukan diangkat oleh Allah s.w.t pada bulan Sya’ban ini.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top