Laman Website Rasmi RH Qiroat Centre

Pengenalan

RH QIROAT CENTRE (RH QC), telah menyediakan sebuah webpage baru yang mengandungi  semua aktiviti yang dijalankan di sini. Berikut adalah url website rasmi RH QC rhqcislamichub.com. Ini untuk melambangkan perkembangan pesat yang dilakukan oleh RH QC, dari hanya memberi servis untuk pembelajaran Tajweed, belajar bacaan Qiroat 10 Syatibiyah dan Bahasa Arab Fushah dan A’Miyah. Kini RH QC melebarkan sayap dengan meningkatkan lagi servis bacaan al Quran dari Toriq Syatibiyah ke Toriq Toyyibbah, Toriq Toyyibbah sedang sibuk di perkenalkan ke dunia (negara-negara Islam seluruh dunia) dengan Mekah dan Madinah menjemput wakil dari seluruh dunia membaca secara jamak. Dengan membaca jamak. Masa di ambil lebih singkat dan insya Allah sehabis nya tahun ini, mereka khatam dan pewakil-pewakil perlulah merangka strategi untuk negara-negara masing-masing mengembangkan dan membaca Toriq Toyibbah.  Di Malaysia ia dikenali oleh sebagai Toriq Imam Jazari.

Program RH Qiroat Centre

Rasulullah saw meninggalkan 2 perkara al Quran dan Sunnah nya. Maka kita mengikut sunnah Nabi adalah membaca al quran. Kesemua 10 Qiroat Toriq Syatibiyah (sughro) dan 10 qiroat Toriq Toyibbah (qubro) adalah mutawathir, bermakna bacaan itu bersanad dan berpegang penuh kepada Rasulullah. RH Qiroat Centre juga telah mempelbagaikan produk kepada buku doa, buku khatam dan juga jualan lain seperti telekong, sejadah, lapik sejadah kecil.

 

Bagi makluman RH QC juga menyediakan cara bacaan perseorangan dan kumpulan untuk semua servis beryuran yang ditawarkan.

6 Program Percuma

Selain dari itu, kita ada 6 program percuma untuk orang ramai mengikutnya:

Pertama: Methodologi Qiroat 10

Kini dalam syarahan Toriq Toyyibbah ( Abu Amir). Methodologi ialah perkenalan kepada peraturan membaca setiap satu Qiroaat, usul, tatacara fahami setiap satu Usul. Untuk 10 Qiroat, Toriq Syatibiyah telah di selesaikan dan semua recording ada di link tree atau youtube RH Qiroat Centre.

Kedua : Membaca Qiroat Hamzah

Ketiga : Tadabur Al Quran

Keempat : Irab Al Quran

Kelima : Tajweed Asas

Keenam : Hadith Riyadhus Salihin

Ketujuh : Solat dan wudhu secara tayamum atau air

Semuanya ada di dirakam di link tree atau sama saperti link diatas juga.

Kesimpulannya

Tuan, Puan semua boleh bersama-sama mengajak rakan-rakan atau sedara-mara untuk memasuki program- program  ini yang sangat bermanfaat kepada ramai. Jika mahukan poster aktiviti, sila daftarkan diri ke telegram di bawah ini :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top