بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hadith ini mengenai tanda-tanda pagi hari selepas malam Lailatul Qadar. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa matahari terbit pada pagi tersebut dalam keadaan tidak menyilaukan, umpama bejana (tidak terlalu panas/terang). Merupakan petunjuk atau tanda khusus yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w mengenai keistimewaan malam tersebut.
Hadith ini juga adalah menjadi salah satu rujukan utama ulama mengenai tanda-tanda Lailatul Qadar. Disebabkan itulah, kita sangat dituntut untuk mencari malam Lailatul Qadar dengan bersungguh – sungguh.
Marilah kita bersama – sama menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t agar ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.
