PERKONGSIAN HADITH RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hadith ini membincangkan tentang kebolehan berpuasa atau berbuka bagi orang yang bermusafir pada bulan Ramadhan. Hadith ini turut menjelaskan bahawa sahabat Nabi ﷺ dibenarkan memilih untuk terus berpuasa atau berbuka tanpa saling mencela. Ini menunjukkan kelonggaran dan toleransi dalam ibadah ketika bermusafir.

Hadith ini menekankan kelapangan dalam hukum syarak dan adab menghormati perbezaan pendapat dalam perkara cabang (furu’) agama. Walaupun berbuka dibenarkan tetapi berpuasa tetap afdhal jika mampu untuk mengelakkan kesukaran menggantinya di kemudian hari.

Marilah kita bersama – sama menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t agar ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top