BERSAMA RH QIROAT CENTRE
Dedikasi Ke warga RH Qiroat Centre
Harapan RH Qiroat Centre
Harapan RH Qiroat Center di masa hadapan adalah untuk mengembangkan lagi pasarannya dari Malaysia ke Singapura, Indonesia, Australia dan China. Selain itu untuk menambah baik Infrastruktur yang sedia ada kepada yang lebih baik dengan mengenalkan sistem franchise supaya lebih ramai yang dapat terlibat secara langsung bersama RH Qiroat Centre. RH Qiroat Centre juga berhasrat untuk memperluaskan agihan Al- Quran yang boleh di hantar melalui Kargo.

Tawaran terbaru daripada RH Qiroat Centre iaitu Twin Program Qiroat Abu Amru.
Tawaran ini masih dibuka kepada semua yang berminat.
Kelas akan dibimbing oleh Sheikh Dr. Ehab.

RH Qiroat Centre membuka peluang Bagi Twin Program Abu Amru.
Bagi kumpulan pertama sudah penuh dan ditutup.
Kelas ini akan dibimbing oleh Sheikh Dr. Ehab.

RH Qiroat Centre telah mengadakan majlis khatam bagi Riwayat Qoloon Toriq Toyibbah pada 06 Julai 2025. Majlis khatam diadakan secara atas talian yang dibimbing oleh Sheikh Dr Ehab. Tahniah diucapkan kepada semua peserta khatam.

RH Qiroat Centre ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru Hijriah 1447 H" kepada seluruh umat Islam. Semoga Allah s.w.t menambahkan keimanan, pengetahuan, rezeki dan keampunan kepada kita semua.

Qiroat Abu Jaafar bagi Twin Program telah khatam pada 25 Jun 2025. Qiroat ini merupakan qiroat kedua yang khatam bagi program ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta khatam ini.

Tahniah kepada semua peserta khatam bagi Riwayat Sussi Toriq Toyibbah yang khatam pada 23 Jun 2025. Insha allah mereka semua ini akan turut khatam di Masjidil Haram nanti pada bulan Oktober.

RH Qiroat Centre membuka kelas Percuma bagi Qiroat Aasim Toriq Toyibbah yang bermula pada 13 Jun 2025. Kelas ini akan diajarkan oleh RH dan akan diadakan pada:
Hari: Setiap Jumaat
Masa: 8 hingga 9.30 Malam
Sesi ini adalah terbuka kepada semua dan anda semua dijemput hadir.

RH serta seluruh kakitangan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1446 H. Maaf zahir & batin sekiranya terhadap sebarang kesilapan. Selamat menunaikan ibadah qurban buat semua umat Islam.

Qiroat pertama yang khatam bagi Twin Program iaitu Qiroat Kisaei bagi kumpulan pertama pada 03 Jun 2025. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta khatam.

Hari ini 29 Mei 2025, telah memasuki bulan Zulhijjah bagi tahun 1446 H. Tidak lama lagi kita semua akan merayakan Aidil Adha di seluruh dunia.

RH Qiroat Centre bersama Francaisi RHQC telah bekerjasama dengan pihak Mursyid al Haramain dengan menawarkan tawaran "Qurban Mekah". Penyembelihan akan diuruskan oleh pihak agensi sendiri di Mekah dan akan menghantar video/gambar kepada peserta sebagai bahan bukti.

Disebabkan permintaan ramai terhadap program Umrah terus dijalankan, RH Qiroat Centre telah membuka kembali pakej Umrah kedua.
Pakej ini hasil kerjasama RH Qiroat Centre bersama Mursyid al Haramain.
Pelbagai keistimewaan yang terdapat pada pakej Umrah ke-2 ini.
Marilah bersama menyertai pakej Umrah ke-2 yang akan bertolak pada 8 Oktober 2025.

RH Qiroat Centre telah membuka tawaran buat kali kedua bagi "Program Twin Sanad" sehingga akhir April ini.
Program ini adalah membolehkan pelajar membaca mana - mana Qiroat secara berpasangan dengan guru Arab.
Dan yuran boleh dikongsi oleh kedua - dua pembaca.

RH Qiroat Centre ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1446 Hijrah kepada semua warga RH Qiroat Centre.
Dengan rendah hatinya, RH dan seluruh kakitangan ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekhilafan daripada pihak kami.

Pada 28 Mac 2025 bersamaan 27 Ramadhan 1446 Hijrah, RH Qiroat Centre telah mengadakan majlis khatam perdana bagi 5 kelas yang dijalankan sepanjang Ramadhan.
Majlis khatam perdana telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang meriah daripada semua warga RH Qiroat Centre.
RH Qiroat Centre sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta khatam yang terlibat serta ribuan terima kasih atas kehadiran semua dalam menjayakan majlis khatam perdana ini.

Pada 21 Mac 2025 bersamaan 20 Ramadhan 1446 Hijrah, RH Qiroat Centre telah mengadakan majlis Perjanjian Tandatangan Francaisi yang diadakan di ibu pejabat RH Qiroat Centre.
Majlis berlangsung pada pukul 3 hingga 4 petang. Majlis telah dihadiri oleh tetamu - tetamu daripada kedua - dua belah pihak bagi memeriahkan lagi majlis.

RH Qiroat Centre ingin mengucapkan salam Nuzul al-Quran kepada semua warga RH Qiroat Centre.
Marilah bersama RH Qiroat Centre dalam mengembangkan Qiroat 10 Toriq Syatibiyyah dan Toriq Toyibbah.

RH Qiroat Centre bekerjasama dengan pihak Tiram Travel bagi membuka peluang kepada semua warga untuk menyertai program Umrah anjuran bersama RH Qiroat Centre.
Pelbagai aktiviti beserta pakej yang berbaloi akan diberikan kepada peserta - peserta yang terlibat.
Pakej ini telah mendapat sambutan yang hebat dan telahpun ditutup.
Inshaallah mereka semua akan bertolak pada 8 Oktober 2025.

Tabung Infaq Lembu Ramadhan 2025 telah ditutup. Dana yang diperolehi daripada orang ramai sangatlah membantu.
Dana tersebut telah diserahkan kepada Sheikh Nabil untuk membeli seekor lembu bagi dijadikan juadah berbuka puasa pelajar - pelajar Malaysia & Indonesia di Cairo, Mesir.
Terima kasih diucapkan atas sumbangan infaq anda semua. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.

Sempena Ramadhan ini, berlaku perubahan waktu kelas bagi beberapa kelas yang dijalankan sempena Ramadhan iaitu:
- Kelas I'rab & Tadabbur (Ustaz Hakim) = Rabu 5.15 - 6.15 p.m
- Kelas Tadabbur al-Quran (Ustaz Harfiz) = Isnin 5.15 - 6.30 p.m
- Kelas Tadarus Warsy Azraq (Ustaz Amiri) = Selasa 5.15 - 6.30 p.m

Beberapa kelas di RH Qiroat Centre telah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada bulan Ramadhan.
Kelas - kelas yang ditangguhkan adalah:
- Kelas Tutorial
- Kelas Percuma Hadith Riyadhus Shalihin
- Kelas Percuma Sirah Nabi
- Kelas Percuma Pemantapan Bacaan Tajweed

RH Qiroat Centre ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada seluruh warga RH Qiroat Centre.
Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah dan mendapatkan keampunan daripada Allah s.w.t sepanjang bulan Ramadhan ini.

Setiap tahun, RH Qiroat Centre akan membuka tabung "INFAQ RAMADHAN" yang bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi penyediaan juadah berbuka puasa kepada pelajar - pelajar Malaysia dan Indonesia yang berada di Cairo, Mesir.
Bagi anda yang berminat untuk menginfaq sila lakukan pada no. akuan dibawah:
BANK ISLAM: 12186010016964

Sebagai peringatan kepada semua muslimin dan muslimat bahawa kita bakal memasuki bulan Ramadhan tidak lama lagi.
Menjelang 10 hari lagi untuk memasuki bulan Ramadhan, marilah kita semua mempersiapkan diri untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan dengan amalan yang berlipat kali ganda.

RH Qiroat Centre (RHQC) ingin mengucapkan salam Nisfu Syaaban kepada seluruh warga RH Qiroat Centre.
Bersamalah kita meningkatkan ibadah pada bulan ini bagi menuju ke bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu Ramadhan.

RH Qiroat Centre telah menutup pendaftaran bagi semua Program Ramadhan 2025 pada hari ini.
Kelas usul dan peraturan akan dijalankan pada bulan Februari 2025 ini.
Terima kasih atas kesudian anda semua dan selamat belajar.

Sebagai peringatan bahawa kita semua akan memasuki bulan Ramadhan ynag penuh keberkatan dalam tempoh 20 hari lagi.
Bersama RH Qiroat Centre sempena Ramadhan dengan pelbagai program keagamaan dan keilmuan.

Kelas Is al Al-Quro'k yang diadakan pada hari Ahad ( 12.30 - 1.30 tgh ) telah bertukar waktu kepada hari Selasa ( 9.30 - 10.30 pg ).
Kelas ini merupakan kelas Integrasi Qiroat yang membolehkan pelajar mengetahui dan bersoal jawab bersama pakar Qiroat.
Kelas ini merupakan kelas bimbingan daripada Ustaz Thoriq.
Kelas ini adalah secara beryuran. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 5 bagi satu sesi.
Link kelas adalah seperti berikut: https://us06web.zoom.us/j/81218883245?pwd=96XSsSdRXJoVbIwbsghMmaaUw2VbZA.1
Meeting ID: 812 1888 3245
Passcode: 30

Kelas Sirah Rasulullah s.a.w serta 40 Nabi & Rasul yang diadakan pada hari Ahad (11 - 12.30 tgh) telah bertukar pada hari Selasa (8.30 - 9.30 pg).
Kelas ini merupakan kelas yang dianjurkan oleh RH Qiroat Centre secara PERCUMA bagi memahami dan menghayati kisah - kisah para Nabi & Rasul.
Kelas ini telah disyarahkan oleh Ustaz Thoriq.
Link kelas adalah seperti berikut: https://us06web.zoom.us/j/81218883245?pwd=96XSsSdRXJoVbIwbsghMmaaUw2VbZA.
Meeting ID: 812 1888 3245
Passcode: 30

RH Qiroat Centre (RHQC) ingin mengucapkan salam Israa Mi'raj kepada semua warga RH Qiroat Centre.
Semoga kita semua berada dalam lingkungan Allah s.w.t dan diberi kesempatan untuk melangkah ke bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

RH Qiroat Centre telah membuka 5 kelas bagi bulan ramadhan yang melibatkan tadarus al-Quran secara 30 Juzuk bagi Toriq Toyibbah.
Pembelajaran ini akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan 2025 nanti dan diajarkan oleh guru - guru Arab yang berpengalaman.
Usul dan peraturan akan mula diajar pada bulan Februari nanti. Sekiranya anda berminat boleh mendaftar pada link yang berikut:
Riwayat Qoloon: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc02encQR4YJxWw6AUwT1O4HnsWjMZ-h2DsSCTPSW-mhJyOBA/viewform?usp=header
Qiroat Ibnu Kathir: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSegUNwFas5dSTRavCFZ769C5eAkdD2esmUt5xqDuDn2lLZOUQ/viewform?usp=header
Qiroat Kisaei: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe-bzoWtUHq3bBmDzhvkkkkYUs0yByPagy7LsBUi7odXgmFSQ/viewform?usp=header
Qiroat Aasim: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfdgbUfCtR8A3U911W0WBiZA3DE0_3FZpSFX5Qm0gTRyVsCzw/viewform?usp=header
Qiroat Abu Jaafar: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfN1ixn7zq0JoAGUnCcZCsVIlzdsUo_Y9K9hu2l6NVaOxqmwQ/viewform?usp=header

RH Qiroat Centre (RHQC) baru sahaja membuka mendaftaran bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program Tajweed & Bacaan Tumpuan bagi Juzuk ke-30 yang bakal dijalankan pada bulan Ramadhan ini.
Program ini adalah secara beryuran iaitu RM 100.
Sekiranya anda ingin mendaftar sila tekan link dibawah:

Bulan Ramadhan akan menjelma dalam 58 hari lagi.
Marilah berdoa agar kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan lagi.
Bersama RH Qiroat Centre pada bulan Ramadhan dengan pelbagai program yang tersedia.

RH Qiroat Centre telah memperkenalkan satu program baru iaitu "QIROAT WITH PERSONAL GROUP".
Program ini membolehkan pelajar yang ingin belajar Qiroat dengan kumpulan pilihan sendiri sahaja.
Minimum kumpulan adalah seramai 7 hingga 12 ahli sahaja.

RH Qiroat Centre ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada seluruh warga RH Qiroat Centre.
Disamping itu, RH Qiroat Centre juga ingin mengucapkan selamat datang bulan Rejab, bulan yang penuh dengan keberkaan.
Disamping itu, marilah kita bersama - sama memperbanyakkan amalan pada bulan Rejab ini.

Sepanjang tahun 2024 ini, RH Qiroat Centre telah berkembang seiring berjalannnya waktu.
Pelbagai program yang dianjurkan oleh RH Qiroat Centre sepanjang tahun 2024 untuk memperkuatkan penguasaan terhadap qiroat kepada seluruh warga RH Qiroat Centre.
Disamping itu, RH Qiroat Centre turut menambah bilangan guru Arab bagi meneruskan dan meningkatkan proses pembelajaran di RH Qiroat Centre.
RH Qiroat Centre ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga RH Qiroat Centre yang sentiasa menjadikan RH Qiroat Centre sebagai pusat untuk mempelajari al-Quran.

RH Qiroat Centre (RHQC) akan mengadakan Twin Program bagi Qiroat Ibn Amir bagi sesi kali ini.
Twin Program adalah pembelajaran Qiroat Toriq Shatibiyyah dan Toriq Toyibbah secara serentak.
Program ini telah dilaksanakan sebelum ini dan mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan pelajar.

RH Qiroat Centre (RHQC) telah memperkenalkan program 'Twin Sanad' buat pertama kalinya.
Program ini membolehkan pembelajaran Qiroat secara berpasangan.
Yuran pembelajaran juga boleh dibahagikan kepada dua orang pembaca.
Sijil sanad akan diberikan kepada kedua - dua pembaca setelah khatam.

RH Qiroat Centre telah membuka satu kelas percuma iaitu " Jamak 10 Toriq Toyibbah bersama Templet " yang disyarahkan oleh RH.
Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar - pelajar bagi pemahaman terhadap jamak 10 Toriq Toyibbah secara lebih mendalam lagi.
Kelas diadakan seperti berikut:
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 - 9.00 mlm

RH Qiroat Centre (RHQC) telah membuka satu kelas percuma kepada warga RH Qiroat Centre iaitu kelas "Twin program riwayat Warsh Azraq".
Kelas ini adalah pembelajaran yang melibatkan Toriq Syatibiyyah dan Toriq Toyibbah secara serentak.
Kelas ini juga akan disyarahkan oleh Ustaz Amiri bagi menggantikan kelas sebelum ini iaitu kelas percuma Qiroat Hamzah.
Kelas akan berlangsung pada:
Hari: Selasa
Masa: 5.15 - 6.30 petang
Bagi mengikuti kelas ini, anda boleh memasuki link tersebut:

RH Qiroat Centre telah mengadakan satu majlis khatam al-Quran bagi Qiroat Hamzah yang disyarahkan oleh Ustaz Amiri pada 5 Ogos 2024.
Majlis khatam tersebut telah diadakan di kediaman RH iaitu Shah Alam.
Dengan ini, RH Qiroat Centre mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar - pelajar khatam. Semoga ilmu yang diperolehi dapat disebarkan kepada orang lain di luar sana.

RH Qiroat Centre telah mengadakan satu program percuma baru iaitu "QIROAT 10 JAMAK TORIQ SHATIBIYAH". Program ini akan bermula pada 22 Jun 2024 pada jam 9 sehingga 10.30 pagi. Program ini juga terbuka kepada semua muslimin dan muslimat.
Perincian kelas seperti berikut:
Hari: Sabtu
Masa: 9 - 10.30 pagi
Guru: Ustaz Roslee bin Abd Samat

RH Qiroat Centre telah membuka program percuma " Jamak 10 Toriq Toyibbah bersama Nota " yang disyarahkan oleh Syekhah Nekmah.
Program ini dianjurkan bagi memberikan pengetahuan kepada pelajara - pelajar tentang Toriq Toyyibah secara Jamak 10. Kelas ini diadakan pada:
Hari: Isnin, Selasa & Rabu
Masa: 12.00 - 1.30 tgh

RH Qiroat Centre menawarkan program baru iaitu "Twinning Program". Program ini melibatkan pembelajaran 1 Qiroat dalam Toriq Shatibiyyah dan Toriq Toyibbah secara serentak. Twinning Program dijalankan dengan beberapa guru - guru Arab seperti:
- Sheikh Dr. Hesyam / Qiroat Kisaei
- Syekhah Samya / Qiroat Aasim
- Syekhah Nekmah / Qiroat Kholaf Al Asyir

RH Qiroat Centre telah membawa masuk beberapa orang guru Arab bagi memantapkan lagi pembelajaran Qiroat dalam kalangan pelajar - pelajar RH Qiroat Centre diantaranya:
- Sheikh Abdullah
- Syekhah Nekmah
- Syekhah Salma
- Syekhah Faiza

RH telah mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya pada 23 April 2024. Rumah terbuka tersebut diadakan di kediaman RH sendiri. Ramai rakan - rakan, warga RH Qiroat Centre serta kakitangan RH Qiroat Centre yang turut serta memeriahkan suasana rumah terbuka itu.

RH telah menerangkan tentang topik Toriq Toyibbah dan Twinning Program didalam ucapan sempena majlis khatam Qiroat Hamzah di Masjid Sek 18.

RH Qiroat Centre ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua warga RH Qiroat Centre serta kepada semua muslimin & muslimat. Semoga Raya tahun ini dapat disambut bersama keluarga tercinta.

RH Qiroat Centre telah mengadakan majlis khatam perdana bagi sesi Ramadhan 2024. Majlis ini telah berlangsung pada 5 April 2024 bersamaan 25 Ramadhan pada jam 2 Petang.
Majlis khatam ini melibatkan beberapa Qiroat iaitu:
- Qiroat Ibn Kathir Toriq Syatibiyyah
- Qiroat Aasim Toriq Toyibbah
- Qiroat Kisaei Toriq Toyibbah
- Qiroat Abu Jaafar Toriq Toyibbah

Pada awal Februari yang lepas, RH Qiroat Centre telah melancarkan tabung "Infaq di Cairo" bertujuan untuk menyediakan juadah berbuka puasa bagi pelajar Malaysia dan Indonesia di Markaz Sheikh Nabil di Cairo, Mesir.
Pada 21 Mac sumbangan infaq telah dihantarkan kepada mereka untuk membeli lembu yang akan digunakan sebagai juadah berbuka mereka.
RH Qiroat Centre ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penginfaq yang bersama - sama menyumbangkan dana.

Sheikh Ahmad Ali seorang guru dari Mesir adalah merupakan guru kepada Sheikh Nadir dan juga guru RH ketika berada di Mesir selama 3 bulan.
Sheikh Nadir telah menjemput Sheikh Muhammad Ali untuk berkunjung ke rumah RH dan seterusnya menjamu selera di Mozers Bukit Jelutong.

Pada 1 Mac 2024, pihak pengurusan RH Qiroat Centre telah menutup ruangan pendaftaran bagi menyertai kelas taddarus Al-Quran 30 yang dijalankan pada bulan Ramadhan.
Berikut merupakan beberapa kelas yang dijalankan di RH Qiroat Centre sepanjang Ramadhan ini ialah:
- Kelas Qiroat Ibn Kathir Toriq Syatibiyyah = bermula 6 Mac 2024.
- Kelas Percuma Qiroat Aasim Toriq Toyyibah = 6 Mac 2024.
- Kelas Percuma Qiroat Abu Jaafar Toriq Toyyibah = 5 Mac 2024.
- Kelas Qiroat Kisaei Toriq Toyyibah = 8 Mac 2024.

RH Qiroat Centre telah mengadakan majlis pelancaran 3 serangkai iaitu pelancaran bagi webpage Islamic Hub, webpage Produk dan video Montaj RHQC.
Majlis ini diadakan pada 24/2/24 jam 8 malam secara atas talian.
Berikut link untuk video pelancaran:
Video pelancaran:
https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2024/03/pelancaran.mp4
Video pelancaran webpage:
https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2024/03/webpage.mp4
Video pelancaran montaj:
https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2024/03/montaj.mp4

RH Qiroat Centre akan mengadakan kelas beryuran pada bulan Ramadhan tahun 2024 bagi Toriq Toyibbah.
Kelas ini akan bermula pada 1 Ramadhan dan berakhir pada 25 Ramadhan. kelas ini berlangsung setiap hari selama 2 jam.
Yuran yang dikenakan adalah adalah RM 130.00.
Berikut merupakan kelas yang akan berlangsung:
- Qiroat Kisaei (syekhah rehab) : 11.30 - 1.30 p.m https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScFzsH_YL8YfrwiKm7xNuNfD_zLs4su54fMyfO44kGOGQcAmQ/viewform?usp=pp_url
- Riwayat Warsy Asbahani (syekhah mona) : 12.30-2.30 p.m https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf2kxCaJwcx2XPn2HWQ-dAgsCTHlJDHv_8VW7u7US3MX_Nf3w/viewform?usp=pp_url

RH Qiroat Centre akan mengadakan kelas beryuran pada bulan Ramadhan tahun 2024 bagi Toriq Syatibiyyah.
Kelas ini akan bermula pada 1 Ramadhan dan berakhir pada 25 Ramadhan. kelas ini berlangsung setiap hari selama 2 jam.
Yuran yang dikenakan adalah adalah RM 100.00.
Berikut merupakan kelas yang akan berlangsung:
- Qiroat Ibn Kathir (syekhah salam) : 1-3 p.m https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfsYNI70A8AGOj_i-BQdlU_9P0-Z9xy-4nMXwKA2xpZ3DXUHQ/viewform?usp=pp_url
- Riwayat Warsy (syekhah sara) : 1-3 p.m https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe4ivjNXnjbpYA3gi7xNBV-hJjtFy78c0DW2k6fdCSHMZwZ7w/viewform?usp=pp_url

RH Qiroat Centre akan mengadakan kelas percuma pada bulan Ramadhan 2024. Kelas ini akan bermula pada 1 Ramadhan sehingga 25 Ramadhan tahun 2024. Kelas ini akan berlangsung selama 2 jam pada setiap hari.
Untuk menyertai kelas percuma ini haruslah membayar RM 10.00 sebagai yuran pendaftaran.
Sekiranya ingin menyertai kelas tersebut boleh mengisi pada link yang tersedia:
- Qiroat Abu Jaafar Toriq Toyyibah (Sheikh Dr. Hesyam) 2-4 p.m https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSesoD4lU--iBtjcoRHGYL5Ob1EAlj_KM1FgyWk28UHDmCYE9A/viewform?usp=pp_url
- Qiroat Aasim Toriq Toyyibah (Syekhah Nekmah) 7-9 a.m https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdf_dVPZG5D-YqnS5ePC_Q7otWzfdUoLUaX3erNSTU-h01v8g/viewform?usp=pp_url

RH Qiroat Centre telah membuka satu kelas percuma yang terbaru iaitu kelas Tadarus riwayat Al-Susi Ibn Amir Toriq Syatibiyyah bersama Ustaz Amiri Ab. Ghani yang bermula pada 5 Februari. Kelas ini akan diadakan pada setiap hari Isnin pada pukul 8 sehingga 9 malam.

Isal alquro'k (Bahasa Arab) yang memberi maksud bertanya kepada guru pakar Qiroat. Melalui program ini para pelajar di RH Qiroat Centre boleh bertanyakan pelbagai soalan tentang Qiroat yang tidak difahaminya.
Program Isal alquro'k adalah tambahan cabang kepada program sokongan/integrasi RH Qiroat Centre. Dengan penambahan isal alquro'k , RH Qirota Centre mengharapkan pelajar - pelajar RH Qiroat Centre mantap dan cekap dalam bidang Qiroat yang dipilih. RH Qiroat Centre mengharapkan setiap graduan daripada RH Qiroat Centre boleh mengajar sekurang - kuranya kepada keluarga dan orang ramai.
RH Qiroat Centre memegang teguh dengan hadith Nabi s.a.w dibawah ini:
"Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

RH Qiroat Centre telah melantik guru baru untuk pelajaran Sirah iaitu Ustaz Muhd Thoriq Assahiddiq bin Che Ahmad
Sedikit maklumat tentang Ustaz Thoriq:
- Graduan Sarjana Usuluddin, UniSHAMS. Kedah.
- Graduan Sarjana Muda daripada Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir.
- Graduan Sarjana Muda daripada Maahad Qiroat Al-Azhar, Shoubra, Mesir.
- Merupakan seorang pensyarah Kuliyyah Usuluddin, Sains Al-Quran & Bahasa Arab (KUBRA), UniSHAMS
Beliau telah dijemput mengajar sirah daripada jam 11:00 pagi sehingga 12:30 tengahhari.
Penjelasan akan berkaitan dengan sirah - sirah para Nabi. Dan kelas akan bermula dengan penceritaan dengan Nabi Muhammad s.a.w lalu diteruskan dengan Nabi Adam a.s dan Nabi yang seterusnya.
RH Qiroat Centre menjemput warga RH Qiroat Centre dan semua oranguntubersama - sama memasuki program yang bermanfaat ini.

Pada 31 Januari, RH Qiroat Centre telah mengumumkan keputusan pemenang - pemenang kuiz Program Loyalty 2024.
Pemenang hadiah dari RH Qiroat Centre adalah:
HADIAH UTAMA = QIROAT AASIM (TORIQ SYATIBIYYAH) 30 JUZUK BERSIJIL SANAD
PEMENANGNYA:
- SITI JUNAIDAH BT ALI
- ANITA BT MAD SAOD
HADIAH KEDUA = KELAS TAJWEED 3 SESI BERSAMA SHEIKH MABROUK
PEMENANGNYA:
- ZARINA MOKHTAR
HADIAH KETIGA = 3 BUAH AL-QURAN QIROAT ABU JAAFAR
PEMENANGNYA:
- HALINA HARITH
- ZAITON AHMAD
- NOR FAZILAH JUANI
Link video untuk menyaksikan pemenang - pemenang:
https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2024/02/WhatsApp-Video-2024-02-03-at-11.55.03-AM.mp4

Kuiz Program Loyalty telah melabuhkan tirainya pada 20 Januari yang lepas. Berikut merupakan jumlah peserta yang mengikuti kuiz Program Loyalty yang dianjurkan oleh RH Qiroat Centre:
- PROGRAM LOYALTY - AL - QURAN ABU JAAFAR = 9 orang
- PROGRAM LOYALTY - KELAS TAJWEED 3 SESI = 6 orang
- PROGRAM LOYALTY - QIROAT AASIM 30 JUZUK BERSIJIL SANAD = 7 orang

Genap 50 hari lagi menjelangkan Ramadhan. Semoga kita semua dapat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini bersama - sama. Pelbagai amalan yang boleh dilakukan di bulan Ramadhan nanti diantaranya:
- membaca Al-Quran
- bersedekah
- mengeratkan silaturahim sesama kita

Pada 20 hb Januari 2024, RH Qiroat Centre telah siap sediakan 2 jenis poster untuk diedarkan ke masjid , tapak promosi ramai dan di kedai. Kedua - dua corak ini adalah milik RH Qiroat Centre.
Silalah berinfaq kerana di wang tersebut akan disalurkan ke banyak tempat mengikut keperluan bulanan dan atas budi bicara pihak pengurusan.

Pada 20 hb Januari 2024, RH Qiroat Centre telah siap sediakan 2 jenis poster untuk diedarkan ke masjid , tapak promosi ramai dan di kedai. Kedua - dua corak ini adalah milik RH Qiroat Centre.
Silalah berinfaq kerana di wang tersebut akan salurkan ke banyak tempat mengikut keperluan bulanan dan atas budi bicara pihak pengurusan.

Pada hari ini telah tamat tempoh bagi menjawab kuiz bagi Program Loyalty yang telah berlangsung pada 4 Januari yang lepas.
Antara hadiah yang ditawarkan adalah:
- 5 buah Al-Quran Qiroat Abu Jaafar
- 3 sesi kelas tajweed bersama Sheikh Mabrouk
- Qiroat Aasim 30 juzuk bersijil sanad

Sheikh Nabil dan Syekhah Karimah telah pulang ke Mesir setelah berada beberapa hari di Malaysia. RH juga turut sama-sama menghantar Sheikh Nabil dan Syekhah Karimah pulang.
Insha Allah Sheikh Nabil dan Syekhah Karimah akan bersama dengan RH Qiroat Centre pada bulan 7 atau 8 nanti.

Pihak pengurusan RH Qiroat Centre mengedarkan pautan link bagi kuiz Program Loyalty kepada semua warga RH Qiroat Centre. Melalui kuiz tersebut setiap orang boleh menjawab ketiga-tiga kuiz tetapi hanya layak memenangi satu hadiah sahaja daripada penyertaan kuiz tersebut.
Berikut link untuk kuiz Program Loyalty:
PROGRAM LOYALTY - AL-QURAN ABU JAAFAR https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSerc_sF_rDW3-vEpmKoLPUGD4XjH8Iq9iocDvIfsuVSxs8z3A/viewform?usp=pp_url
PROGRAM LOYALTY - KELAS TAJWEED 3 SESI https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScTdSKjTHiPLvFvX-Fo7XbnP9sJrGt1fY8aJlpxaFUi6G_fcw/viewform?usp=pp_url
PROGRAM LOYALTY - QIROAT AASIM 30 JUZUK BERSIJIL SANAD https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeL1LWEuXsmcCij1Nhzc3R0_3jyymuUjnY_SK2_Rc6wMmTC_Q/viewform?usp=pp_url
LINK INI HANYA BOLEH DIGUNAKAN PADA 4 JANUARI SEHINGGA 20 JANUARI SAHAJA

RH Qiroat Centre telah mengeluarkan dan mengedarkan melalui semua group Whatsapp jadual baru bagi 4 kelas percuma tajweed untuk semua warga RH Qiroat Centre.

Pelajar-pelajar di dalam program Tajweed Free masih dalam juzuk ke-10. Oleh itu, RH Qiroat Centre akan melanjutkan tajweed percuma 4 kelas seminggu sehingga 30 Jun 2024.
Terbuka kepada orang ramai untuk menyertai 4 kelas percuma tajweed.
Bagi yang sangat lemah dalam bidang bacaan tajweed, RH Qiroat Centre akan membuka 'kelas special tajweed' yang akan bermula dengan bacaan juzuk 30.
Sesiapa yang berminat boleh menyertai group tersebut melalui link (kelas percuma group tajweed):

RH telah mengucapkan tahun baru 2024 kepada semua warga RH Qiroat Centre. Dan pihak pengurusan RH Qiroat Centre juga telah membuat peringatan awal kepada semua warga RH Qiroat Centre mengenai kuiz Program Loyalty yang akan berlangsung pada 4 Januari yang akan mendatang.
Untuk makluman kuiz ini hanya boleh dijawab oleh warga RH Qiroat Centre yang menyertai program - program RH Qiroat Centre yang beryuran. Program ini dinamakan PROGRAM LOYALTY.

Selama tahun 2023 ini, RH Qiroat Centre telah memberikan penumpuan kepada beberapa perkara yang penting diantaranya menumpuan terhadap bacaan Al-Quran secara bertajweed. RH Qiroat Centre telah menyediakan 4 kelas percuma tajweed bagi setiap minggu secara percuma kepada pelajar-pelajar.
Tambahan pula, RH Qiroat Centre telah membuka laman sosial secara rasminya pada pertengahan tahun ini juga.
Seterusnya, RH Qiroat Centre sibuk dengan penyediaan kuiz bagi Program Loyalty bagi seluruh warga RH Qiroat Centre yang akan bermula pada 4 Januari sehingga 20 Januari.
Selain itu, RH Qiroat Centre juga telah mengadakan majlis khatam untuk pelajar-pelajar RH Qiroat Centre yang telah khatam bagi Qiroat- Qiroat pilihan mereka.

3 peserta telah khatam di rumah Syekhah Olfat iaitu:
- Puan Jamilah Binti Suken (Qiroat Ibn Khatir Toriq Syatibiyyah)
- Puan Zubaidah Binti Hj Mohamed Yassin (Qiroat Hamzah Toriq Syatibiyyah)
Mereka berdua telah tiba dari Singapura sehari sebelum majlis diadakan
3. Puan Norhayati Binti Hambal (Qiroat Kholaf Al-Ashir Toriq Toyyibah)
Setelah tamat mereka membaca khatam, Syekhah Olfat telah berdoa kepada semua yang hadir untuk diberkati Allah kehidupan dunia dan diakhirat. Syekhah juga mendoakan kita semua dapat berjumpa di syurga.
Selepas itu, majlis penyampaian sijil sanad telah berlangsung untuk ketiga -tiga peserta khatam.

Pada majlis khatam Qiroat Abu Jaafar anjuran Ustaz Amiri itu juga, RH telah berjumpa dengan guru-guru RH Qiroat Centre iaitu:
- Sheikh Ali
- Syekhah Shaima

RH telah berjumpa pemenang Hadiah Mega RH Qiroat Centre (Umrah 2024) di majlis khatam anjuran Ustaz Amiri.
Mereka adalah Puan Norhayati Binti Hambal (kanan RH) dan Puan Hamsah (kiri RH)

Pada majlis khatam Qiroat Abu Jaafar anjuran Ustaz Amiri di Kota Bharu, RH telah menerima cenderahati daripada Ustaz Amiri atas kesudian RH sebagai tetamu jemputan menghadiri majlis khatam tersebut.

RH telah menghadiri mahlis khatam bagi Qiroat Abu Jaafar anjuran Ustaz Amiri di Kota Bharu dan telah berjumpa ramai pelajar-pelajar RH Qiroat Centre di sana.
Ucapan terima kasih kepada Ustaz Amiri kerana telah menjemput RH ke majlis khatam tersebut. Dan juga tahniah diucapkan kepada peserta khatam.

RH bersama Syekah Olfat dan suaminya, Sheikh Samir telah pergi berjumpa dengan Sheikh Nabil dan Syekhah Karimah di Bangi pada pukul 5.30 petang.

Pihak pengurusan RH Qiroat Centre sibuk siapkan soalan-soalan kuiz bagi Program Loyalty. Kuiz ini akan berlangsung bermula 4 Januari sehingga 20 Januari 2024.
Antara hadiah yang disediakan adalah:
- Al-Quran percuma bagi Qiroat Jaafar sebanyak 5 buah (berlangsung pada bulan Ramadhan) https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSerc_sF_rDW3-vEpmKoLPUGD4XjH8Iq9iocDvIfsuVSxs8z3A/viewform?usp=pp_url
- Belajar tajweed percuma dengan memilih mana- mana surah untuk bacaan selama 1 jam (1 sesi). RH Qiroat Centre memberi 3 jam (3 sesi) secara percuma. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScTdSKjTHiPLvFvX-Fo7XbnP9sJrGt1fY8aJlpxaFUi6G_fcw/viewform?usp=pp_url
- Bersijil sanad Qiroat Aasim 30 juzuk Toriq Syatibiyyah (hanya mendapat sijil jika bacaan 75% keatas) https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeL1LWEuXsmcCij1Nhzc3R0_3jyymuUjnY_SK2_Rc6wMmTC_Q/viewform?usp=pp_url

RH Qiroat Centre telah melantik sebuah syarikat dan memansuhkan konten/kandungan website pertama RH Qiroat Centre dan akan digantikan dengan kandungan tentang produk-produk dan perkhidmatan yang disediakan di RH Qiroat Centre. Akan dimaklumkan kepada ramai pada awal tahun 2024.

RH telah melakukan rakaman video sebanyak 12 video untuk untuk kegunaan media sosial RH Qiroat Centre. Rakaman telah dilakukan bermula pukul 11 pagi sehingga pukul 7 malam. Dan setiap 1 video adalah berdurasi selama 10 minit dan video tersebut berbentuk landskap dan potrait untuk dimasukkan ke sosial media RH Qiroat Centre.

RH Qiroat Centre telah melancarkan akaun sosial media secara rasminya pada 9/9/2023. Berikut link untuk menyertainya:
Youtube:https://www.youtube.com/channel/UCHx9Vzz6h49ugPj5xuCHrKA
Tiktok: https://www.tiktok.com/@rhqiroatcentre_
Instagram:https://www.instagram.com/rh_qiroat_centre/
Facebook: https://www.facebook.com/RHQiroat.Official
Twitter: https://twitter.com/rhqiroatcentre
DIJEMPUT UNTUK LIKE< FOLLOW & SUBSCRIBE!

A.SYARAHAN PERCUMA
RH Qiroat Centre menjalankan 6 program percuma kepada orang ramai pada setiap minggu iaitu:
- Metodologi Qiroat 10
- Tadarrus Al-Quran
- Tadabbur
- I'rab
- Asas Tajweed
- Hadith Riyadus Solihin
B.TAJWEED 4 KALI SEMINGGU UNTUK MUSLIMAT
- Riwayat Hafs Toriq Syatibiyyah dengan Syekhah Samya
- Riwayat Hafs Toriq Toyyibah dengan Syekhah Rehab
- Riwayat Syukbah Toriq Syatibiyyah dengan Syekhah Rehab
- Riwayat Syukbah Toriq Toyyibah denagn Syekhah Rehab
C.DENGAN BAYT AL-FURQAN
- Kelas 50% percuma
- Kelas percuma sepenuhnya
D.PROGRAM PERCUMA BULAN RAMADHAN
- Perbentangan usul Qiroat oleh guru-guru RH Qiroat Centre
- Tadarrus Qiroat Jaafar Toriq Toyyibah
- Hadith 40 Imam Nawawi bersijil sanad
E.PENYELENGGARAAN DI RH QIROAT CENTRE
- Bayaran Zoom
- Penyediaan poster
- Kakitangan
- Software Artificial Intelligence (AI)
F.PEMBANGUNAN RH QIROAT CENTRE
- Mengembangkan syarahan percuma & nota - nota ke Bahasa Arab, Inggeris dan Mandarin
G.INFAQ PADA MUALAF & ORANG YANG KURANG PENGETAHUAN AGAMA & KURANG UPAYA
- Bacaan Al-Quran
- Cara mendirikan solat
- Tajweed
F.INFAQ PUASA
- Juadah berbuka ke Madrasah Sheikh Nabil
- Lebihan duit untuk perbelanjaan Sheikh Nabil menunaikan umrah
G. INGAQ AL-QURAN
- Secara kumpulan
- Secaraperseorangan
H.INFAQ MAKANAN KETIKA MAJLIS KHATAM RH QIROAT CENTRE
MARILAH BERINFAQ BERSAMA RH QIROAT CENTRE DI LINK DIBAWAH:

RH QIROAT CENTRE MENAWARKAN KURSUS TAJWEED PERCUMA UNTUK MUSLIMAT - (JULAI - DISEMBER 2023)
Pada bulan Julai 2023 RH Qiroat Centre memberi 4 kelas secara percuma setiap minggu kepada muslimat untuk membetulkan bacaan al Quran 30 juzuk yang dijangka tamat pada akhir 2023.
Dengan itu , RH QC membuka 4 kelas percuma
- Riwayat Hafs toriq Shatibiyah dengan Syekkah Samya.( sedang berjalan setiap Isnin malam)
- Riwayat Hafs toriq Toyyibbah dengan Syekkah Rehab
- Riwayat Syukbah toriq Syatibiyah dengan Syekkah Rehab
- Riwayat Syukbah toriq Toyibbah dengan Syekkah Rehab.
Riwayat Syukbah toriq Toyibbah dengan Syekkah Rehab.

RH QIROAT CENTRE MENAWARKAN KURSUS TAJWEED PERCUMA UNTUK MUSLIMAT - (JULAI - DISEMBER 2023)
Pada bulan Julai 2023 RH Qiroat Centre memberi 4 kelas secara percuma setiap minggu kepada muslimat untuk membetulkan bacaan al Quran 30 juzuk yang dijangka tamat pada akhir 2023.
Dengan itu , RH QC membuka 4 kelas percuma
- Riwayat Hafs toriq Shatibiyah dengan Syekkah Samya.( sedang berjalan setiap Isnin malam)
- Riwayat Hafs toriq Toyyibbah dengan Syekkah Rehab
- Riwayat Syukbah toriq Syatibiyah dengan Syekkah Rehab
- Riwayat Syukbah toriq Toyibbah dengan Syekkah Rehab.
Riwayat Syukbah toriq Syatibiyah dengan Syekkah Rehab

RH QIROAT CENTRE MENAWARKAN KURSUS TAJWEED PERCUMA UNTUK MUSLIMAT - (JULAI - DISEMBER 2023)
Pada bulan Julai 2023 RH Qiroat Centre memberi 4 kelas secara percuma setiap minggu kepada muslimat untuk membetulkan bacaan al Quran 30 juzuk yang dijangka tamat pada akhir 2023.
Dengan itu , RH QC membuka 4 kelas percuma
- Riwayat Hafs toriq Shatibiyah dengan Syekkah Samya.( sedang berjalan setiap Isnin malam)
- Riwayat Hafs toriq Toyyibbah dengan Syekkah Rehab
- Riwayat Syukbah toriq Syatibiyah dengan Syekkah Rehab
- Riwayat Syukbah toriq Toyibbah dengan Syekkah Rehab.
Riwayat Hafs toriq Toyyibbah dengan Syekkah Rehab

RH QIROAT CENTRE MENAWARKAN KURSUS TAJWEED PERCUMA UNTUK MUSLIMAT - (JULAI - DISEMBER 2023)
Pada bulan Julai 2023 RH Qiroat Centre memberi 4 kelas secara percuma setiap minggu kepada muslimat untuk membetulkan bacaan al Quran 30 juzuk yang dijangka tamat pada akhir 2023.
Dengan itu , RH QC membuka 4 kelas percuma
- Riwayat Hafs toriq Shatibiyah dengan Syekkah Samya.( sedang berjalan setiap Isnin malam)
- Riwayat Hafs toriq Toyyibbah dengan Syekkah Rehab
- Riwayat Syukbah toriq Syatibiyah dengan Syekkah Rehab
- Riwayat Syukbah toriq Toyibbah dengan Syekkah Rehab.
Riwayat Hafs toriq Shatibiyah dengan Syekkah Samya.
RH Qiroat Centre memandang berat terhadap bacaan yang berkualiti dari segi sebutan huruf, sifat huruf dam makhraj supaya warga RH Qiroat Centre membaca Al- Quran dengan betul dan cantik. Dengan itu, tumpuan pada tahun 2023 ini adalah BACAAN AL-QURAN DENGAN BETUL.
KENAPAKAH RH QIROAT CENTRE MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA BACAAN TAJWEED AL - QURAN YANG BETUL?
Ini adalah kerana, ramai warga RH Qiroat Centre telah mengenali dan membaca dari Toriq Syatibiyyah sehingga Toriq Toyyibah
RH Qiroat Centre telahpun membuat sehingga 10 Toriq Syatibiyyah kepada warga RH Qiroat Centre. Untuk Toriq Toyyibah pula , RH Qiroat Centre telah membuka pelbagai kelas dan membaca riwayat/Qiroat:
- Riwayat Qoloon
- Riwayat Warsh Asbahani
- Riwayat Warsy Azraq
- Qiroat Ibn Kathir
- Qiroat Aasim
- Qiroat Kisaei
- Qiroat Jaafar
- Qiroat Yaccub (baru bermula 2 sesi pada Oktober 2023)
- Qiroat Kholaf Al- Ashir
Hanya yang belum selesai untuk Toriq Toyyibah adalah:
- Qiroat Abu Amr
- Qiroat Ibn Amir
- Qiroat Hamzah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KERJASAMA DENGAN BAIT AL- FURQAN
Group Belajar Tajwid - Oktober 2023
Pada bulan Ogos 2023, RH Qiroat Centre telah menaja 25% dan duit arwah Kasmini binti Kasim 25%, RH Qiroat Centre menawarkan kepada warga RH Qiroat Centre. Dengan 3 program bersama Bait Al- Furqan, RH Qiroat Centre mengharapakan sesiapa yang hadir dapat berkongsi ilmu yang dipelajari daripada Bait Al- Furqan kepada kawan- kawan dan keluarga.
Group Belajar Tajwid - April 2023 (Ramadhan)
Pada bulan Ramadhan, bulan April tahun 2023, RH Qiroat Centre telah membuka peluang kepada warga RH Qiroat Centre secara percuma. Tajaan percuma untuk 3 kelas ini telah datang daripada wang arwah Kasmini bin Kasim (semoga roh beliau diampuni Allah dan ditempatkan bersama para solihin, Amin.)
Group Belajar Tajwid - Ogos 2022
Kerjasama dengan Bait Al- Furqan bermula pada Ogos 2022, Bait Al- Furqan telah menjalankan program ini sebanyak 3 sesi dan berharga RM 300.00. Sesi ini telah dihadiri oleh ramai termasuk kawan - kawan dari Singapura.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ADVANCE TAJWEED PADA BULAN JANUARI 2023
Bermula dengan advance tajweed iaitu misalnya mengenali berhenti pada huruf yang dhomah/ baris depan yang sebelumya terdapat huruf mad. Maka bacaan:
- Mad arid lis sukun dibaca 2/4/6 (3 bacaan)
- Mad arid lis sukun dibaca dengan isymam (3 bacaan)
- Membaca secara raum pada 2 harakat sahaja.(1 bacaan)
Jika sambung pada Surah An Fal dan Surah Taubah ada 15 cara bacaan
Jika berhenti pada 3 huruf sukun, kita perlu menguatkan bacaan secara Nabr

RH Qiroat Centre menyediakan 6 program secara percuma (Metodologi Qiroat 10 Toriq Toyyibah, Tadarus Qiroat Hamzah, Tadabbur Al-Quran, I'rab, Asas Tajweed dan Hadith Riyadus Solihin) bagi warga RH Qiroat Centre. Sekarang ini juga, RH Qiroat Centre sedang menjalankan 4 kelas percuma tajweed setiap minggu bagi muslimat sahaja sehingga 30/12/2023.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat & hebahan tentang aktiviti yang dijalankan di RH Qiroat Centre bolehlah memasuki group Telegram (WARGA RH QC Pengumuman) atau group WhatApps (Group Tutorial STUDENTS) di link dibawah:
Group Telegram: https://t.me/+hWgeqbt3eA83ZWI1
Bagi yang tidak mempunyai aplikasi Telegram, sila masuk ke link Group WhatApps Tutorial untuk maklumat terbaru: https://chat.whatsapp.com/Ld49bZTCOv4LnNibkXhMwY

RH Qiroat Centre telah mengembangkan sayap dengan menawarkan peluang untuk memasuki bersama RH Qiroat Centre untuk menjadi francaisi.
Tujuannya adalah supaya RH Qiroat Centre mendapat ramai lagi pelajar dan dapat mengembangkan ilmu Qiroat dan bagi mereka yang tidak mahir juga boleh membetulkan bacaan dalam program Tajweed.
SYARAT MENJADI FRANCAISI
RH Qiroat Centre meletakan 2 syarat sahaja bagi yang suka untuk menjadi francaisi:
A. MODAL
- Modal dibayar hanya sekali sahaja dan di timbal balik dengan 2x ganda nilai Qiroat oleh RH Qiroat Centre dengan Qiroat 10, toriq Shatibiyah atau toriq Toyibbah atau kedua - duanya. Setiap Qiroat akan diajar secara berasingan oleh guru - guru Arab di RH Qiroat Centre
- Modal yang berbayar, akan menentukan samaada Francaisi mahu mengambil pakej Toriq Syatibiyyah sahaja ataupun mahu mengambil kedua- duanya iatu Toriq Syatibiyyah dan Toriq Toyyibah.
B.YURAN PERKHIDMATAN
- Bayaran yuran perkhidmatan adalah ketika Francaisi membawa masuk pelajar ke program RH Qiroat Centre.
- Yuran ini akan ditetapkan mengikut riwayat/Qiroat yang diambil oleh pelajar daripada RH Qiroat Centre.
- Yuran bagi pelajar- pelajar di luar negara adalah 2x ganda apa yang dibayar oleh rakyat Malaysia.
C.KEBAIKAN/FAEDAH KEPADA FRANCAISI
Program ini menyenangkan Francaisi sebab Francaisi boleh terus beroperasi dengan adanya tenaga pengajar Arab yang berkelayakan di RH Qiroat Centre.
Setiap pelajar Francaisi ada pilihan untuk belajar Tajweed (membetulkan bacaan) atau memilih 1 daripada 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah atau Toriq Toyyibah untuk belajar.

RH Qiroat Centre telah menubuhkan website bernama RHQC ISLAMIC HUB pada 15/6/2023. Website ini ditubuhkan adalah untuk memperkenalkan lagi nama RH Qiroat Centre yang memperjuangkan bidang Qiroat pada mata dunia dan juga memudahkan warga RH Qiroat Centre dan semua untuk mengetahui tentang perkembangan yang terjadi di RH Qiroat Centre.

Ini satu lagi logo RH Qiroat Centre yang sama "tagline" yang menunjukkan RH Qiroat Centre sentiasa bersama warga RH Qiroat Centre dalam menjalankan apa-apa sahaja aktiviti.

Logo RH Qiroat Centre yang baru itu telah dimasukkan "tagline" BERSAMA RH QIROAT CENTRE. Ini bermakna RH Qiroat Centre sentiasa bersama warga RH Qiroat Centre dalam menjalankan apa - apa sahaja aktiviti.

Penukaran aplikasi pautan dari Zoom ke woov terdapat beberapa kelewatan dalam implementasi sistem baru woov yang percuma.

RH Qiroat Centre telah kembangkan koleksi - koleksi produk milik RH Qiroat Centre kepada produk fizikal seperti:
- Buku khatam RH Qiroat Centre
- Buku doa RH Qiroat Centre
- Sampul serbaguna
- Fail sijil sanad
- Telekung
- Sejadah

Mengadakan khatam kebiasaanya pada 27 Ramadhan untuk setiap satu Riwayat/ Qiroat yang dibaca sepanjang bulan Ramadhan.
Khatam Al-Quran perdana ini adalah bacaan tadarus Toriq Toyibbah.
Iklan kepada warga RH Qiroat Centre untuk menempah masa dan Qiroat bagi bulan Ramadhan. RH Qiroat Centre juga menawarkan kepada warga RH Qiroat Centre untuk bertadarus Al- Quran Toriq Toyyibah selama 25 hari dan khatam pada hari 27 di dalam Ramadhan.
Ramai yang menyertai program ini dan riwayat/Qiroat ditawarkan adalah:
- Riwayat Qoloon Toriq Toyyibah
- Qiroat Kisaei Toriq Toyyibah
- Qiroat Ibn Kathir Toriq Toyyibah
- Qiroat Jaafar Toriq Toyyibah (percuma)

Pentadbir harta arwah Kasmini binti Kasim telah menginfakkan semua duit simpanan pekerjaan kepada RH Qiroat Centre, maka RH Qiroat Centre telah membayar kepada Bait Al- Furqan untuk mendapatkan khidmat mereka untuk mengajar dengan duit arwah. Ini adalah program pertama yang mana RH Qiroat Centre menggunakan sepenuhnya wang peninggalan arwah Kasmini.
Semoga Allah mengampuni beliau dan rohnya ditempatkan bersama orang - orang yang beriman. Amin.

PERCUMA - HADITH 40 BERSIJIL SANAD
Program Hadith 40 Imam Nawawi bersijil sanad ini memakan masa selama 6 jam untuk mempelajari kesemuanya. Program ini sebenarnya beryuran sebanyak RM 100.00 kerana setiap hadirin akan diberikan sijil sanad. RH Qiroat Centre telah memberikan secara percuma kepada warga RH Qiroat Centre pada bulan Ramadhan ini.

PERCUMA - TADARUS AL-QURAN QIROAT JAAFAR
RH Qiroat Centre membuka Qiroat Jafar bertadarus beramai dan khatam di bulan Ramadhan secara percuma.
PERCUMA - HADITH 40 BERSIJIL SANAD IMAM NAWAWI
RH Qiroat Centre juga memberi kursus sanad Hadith 40 Imam Nawawi secara percuma.

Ramadhan untuk tahun 2023, kita menawarkan :
Toriq Toyibbah Riwayat Qoloon, Riwayat Warsh Asbahani Qiroat Ibnu Kathir, qiroat Kisaii, Qiroat Jaafar.

RH Qiroat Centre mulakan tahun dengan fokus kepada bacaan tajwid dan berbagai lagi undang-undang untuk membaca al Quran. RH Qiroat Centre memulakan dengan sesi advance tajwid, belajar teori, peraturan dan usul. Di ikuti latihan membaca dan pembetulan bacaan. RH Qiroat Centre membuka juga sesi preview adalah kerana pelajar boleh melihat kepada silibus yang akan diajar. Mereka akan mengetahui lebih lanjut tentang kursus ini sebelum RH Qiroat Centre membukanya kepada orang ramai. Pelajar- pelajar juga diberikan 3 sesi tutorial selepas setiap satu syarahan.

Pada tahun ini, RH Qiroat Centre telah membuka akaun Bank Islam.
Selain itu, RH Qiroat centre juga memperkenalkan 2 program sokongan utama iaitu:
- Program Integrasi
- Program Toturial
Disamping itu juga, Sheikh Nabil telah dilantik sebagai pemeriksa di RH Qiroat Centre.
RH Qiroat Centre juga telah menjalinkan kerjasama dengan Bayt Al- Furqan dan telah menyediakan beberapa kelas hasil daripada kerjasama tersebut.
Akhir sekali, tahun ini juga RH Qiroat Centre telah melancarkan majlis perasmian bagi Toriq Toyyibah yang telah dirasmikan oleh Yang Mulia Raja Azmi bin Raja Nazuddin (penasihat RH Qiroat Centre).
Pada penghujung tahun ini , RH Qiroat Centre juga telah mengadakan kuiz bagi program loyalti berbayar yang telah menyaksikan 2 orang pemenang telah dipilih bagi memenangi hadiah MEGA (mengerjakan umrah). Mereka adalah :
1.Puan Norhayati Binti Abdullah
2.Puan Hamsah Binti Jamhari

RH Qiroat Centre telah mengumumkan pemenang bagi program loyalty beryuran. Mereka ini yang telah berjaya menjawab kuiz yang disediakan oleh RH Qiroat Centre. Pemenang ini terdiri daripada 2 orang yang telah memenangi hadiah MEGA (mengerjakan umrah) iaitu:
- Puan Norhayati Binti Abdullah
- Puan Hamsah Binti Jamhari
Link video pemenang: https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/09/pemenang-hadiah-mega.mp4

RH Qiroat Centre telah melancarkan satu program loyalty beryuran yang mana boleh disertai oleh warga RH Qiroat Centre. Seluruh warga RH Qiroat Centre perlu menyertai kuiz yang disediakan oleh oleh RH Qiroat Centre bagi memenangi hadiah seperti:
- Hadiah Mega (mengerjakan umrah)
- Belajar Qiroat Aasim 30 juzuk secara percuma
- Belajar tajweed bagi 3 kelas percuma
Link: https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/06/LOYALTY-PROGRAM.mp4

Pada bulan September, RH telah mula mengajar Qiroat Kholaf al Asyir kepada Rumah Jauharah, Klang pada setiap Jumaat malam satu minggu sekali.
Qiroat Kholaf Al- Ashir yang diajar adalah Toriq Toyyibah.

RH telah dijemput oleh Rumah Ngaji Al - Jauharah bbb Sg Udang, Klang bagi membaca surah al Kahf bagi Qiraat Imam Khalaf Al-Ashir secara beramai - ramai pada 7 Oktober 2022.
Program ini telah disusun oleh Pn. Rossi dan juga Rumah Ngaji Al- Jauharah Sg. Udang, Klang.

Dengan mengenalkan Toriq Toyyibah, RH Qiroat Centre ingin memaklumkan bagi yang ingin mengambil Toriq Syatibiyyah 10 Qiroat (7x3 Ad Durah adalah dinamakan sughro).
Bagi yang ingin mempelajari kesemua 10 Toriq Toyyibah ia dinamakan Qiroat Kubro

RH Qiroat Centre telah membuka 4 Qiroat yang mudah di dalam bacaan Toriq Toyyibah. Ini adalah proses untuk warga RH Qiroat Centre MENGENALI DEGAN CEPAT TORIQ TOYYIBAH. Selain daripada Qiroat Aasim, RH Qiroat Centre juga membuka secara kumpulan Qiroat Kisaei dan 2 Qiroat Ad Durah iaitu Qiroat Jaafar dan Qiroat Kholafa Al-Ashir. Kesemua Qiroat ini telah dijalankan brsama guru- guru Arab Rh Qiroat Centre yang telah mempunyai 10 Qiroat Toriq Toyyibah.
MAKLUMAN
Setiap pembacaan Toriq Toyyibah mesti didahului oleh Toriq Syatibiyyah atau "foundation" kepada Toriq Toyyibah

Video ini adalah ringkasan kepada Toriq Toyyibah (Toriq Jazari) dan RH Qiroat Centre menjemput warga RH Qiroat Centre bersama- sama belajar dan memahami Toriq Toyyibah (Toriq Jazari). Dengan ini RH Qiroat Centre membuka bacaan secara kumpulan untuk membolehkan ramai mengetahui tentang bacaan Toriq Toyyibah (Toriq Jazari).
Link Video: https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/06/PERKEMBANGAN-TORIQ-TOYYIBAH.mp4

Sebaik sahaja tamat pelancaran Toriq Toyyibah di RH Qiroat Centre. Syarahan pertama adalah mengenai usul, peraturan dan tatacara membaca Qiroat Aasim Toriq Toyyibah (Toriq Jazari) dari Metodologi Qiroat 10 secara percuma. Qiroat Aasim telah dipilih kerana ramai yang telah mengetahui riwayat Hafs dan riwayat Syukbah. Riwayat Syukbah tidak ada banyak khilaf untuk Toriq Syatibiyyah dan Toriq Toyyibah (Toriq Jazari).
Iklan tentang Qiroat Aasim Toriq Toyyibah pada pertama kali dibentangkan di RH Qiroat Centre sebaik sahaja selepas pelancaran Toriq Toyyibah.
Link video:https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/10/video-ustaz-amiri.mp4

Dr. Syeikh Hesyam adalah seorang guru bersama RH Qiroat Centre dimana konsertium Mekah dan Madinah telah menjemput beliau sebagai seorang pembaca untuk Toriq Toyyibah (Toriq Jazari) secara jama'. Ini adalah kerana, konsertium yang ditubuhkan oleh Mekah dan Madinah adalah untuk menyerbarkan Toriq Toyyibah (Toriq Jazari) kepada dunia.
Dengan itu, Mekah dan Madinah telah menjemput semua wakil negara di dunia untuk menghantar wakil- wakil mereka ke dalam konsertium ini. Dari consertium ini hanya sebilangan yang membaca sementara yang lain diwujudkan di dalam group Telegram yang dinamakan Ah Fad Jazari (anak cucu cicit Imam Jazari). Recording bacaan telah dihantar ke group Telegram ini.
Insha Allah pada hujung tahun ini atau tahun hadapan, konsertium ini mengharapkan perkembangan bacaan Toriq Toyyibah (Toriq Jazari) diserapkan di setiap negara di seluruh dunia.
Kenapakah mereka fokus kepada mengembangkan Toriq Toyyibah (Toriq Jazari)?
Ini adalah kerana, Toriq Toyyibah (Toriq Jazari) tidak ramai yang mengetahuinya kerana kebanyakkan negara hanya membaca Toriq Syatibiyyah. Toriq Toyyibah (Toriq Jazari) juga adalah mutawattir dan mempunyai sijil sanad sehingga ke Nabi Muhammad SAW.
Link untuk ucapan penuh daripada Dr.Syeikh Hesyam mengenai perkembangan Toriq Toyyibah (Toriq Jazari) di Mekah dan Madinah
Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=nZ8DPJZwXkw&t=7s

OBJEKTIF RH QIROAT CENTRE MENGEMBANGKAN BACAAN QIROAT 10 TORIQ TOYYIBAH
RH Qiroat Centre telah mengikut jejak langkah Mekkah dan Madinah yang telah memilih wakil dari setiap negara di dunia untuk dijadikan consortium membaca jama' Toriq Toyyibah. Ini adalah hasrat Mekkah dan Madinah untuk mengembangkan Qiroat 10 Toriq Toyyibah kepada dunia. Ini adalah kerana, Toriq Toyyibah juga mempunyai pelbagai cara bacaan yang mencabar tetapi masih mutawattir kepada Nabi Muhammad SAW.

RH Qiroat Centre melancarkan pembacaan Toriq Toyibbah untuk 10 Qiroat . Pelancaran Toriq Toyibbah telah di sambut terus oleh syarahan pertama Qiroat Aasim dalam Methodologi Qiroat 10. Kini Toriq Toyibbah syarahan telah sampai ke 7 (Oktober 2023), iaitu Qiroat Nafiq, Qiroat Ibnu Kathir, Qiroat Abu Amr , Qiroat Ibnu Amir, Qiroat Aasim, Qiroat Hamzah dan Qiroat Kisaei.
Semua syarahan Qiroat 7 untuk Toriq Toyyibah dan 10 syarahan untuk Toriq Syatibiyyah telah diselesaikan dan recordingnya terdapat di Youtube dan Linktree RH Qiroat Centre.
RH Qiroat Centre membuka peluang kepada kumpulan untuk belajar Toriq Toyibbah supaya ramai tidak mengalami kesukaran dalam memahami khilaf - khilaf di dalam Toriq Toyyibah.
RH Qiroat Centre melengkapkan infrastruktur
- Guru-guru telah dihantar untuk mendapat sanad 10 Qiroat Toriq Toyibbah. Yang mana telah ada Toriq Toyyibah , di hantar mantapkan dan ambil sijil sanad.
- RH Qiroat Centre menyediakan Quran PDF yang disusun mengikut Qiroat yang disimpan di dalam group Telegram (khazanah) dan Quran yang di cetak bagi yang ingin memiliki hard copy.
- Pelajar-pelajar yang terdiri daripada guru dijemput bawah program infaq pelajaran di ajar secara percuma Toriq Toyibbah.
- Program Toriq Toyyibah ini telah diperkenalkan sepanjang tahun 2022 dan seterusnya.
Ketika pelancaran, sistem RH Qiroat Centre telah kukuh dengan Toriq Toyibbah. RH juga telah pergi belajar dengan Sheikh Soleh yang menulis Al- Quran Toriq Toyibbah sehingga diberikan tawaran ekslusif bagi membolehkan RH Qiroat Centre mencetak Al-Quran Toriq Toyibbah tersebut
Selepas pelancaran, RH Qiroat Centre mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil dan besar di buka bagi ramai mengenali bacaan Toriq Toyibbah. Kumpulan yang besar terdiri dari setiap kumpulan maksima 15 orang dan yang kecil 4 ke 6 orang.
Di Malaysia Toriq Toyibbah lebih dikenali sebali Toriq Jazari.
Link Youtube:
Link Linktree:

RH Qiroat Centre telah berkerjasama dengan Bayt al Furqan kerana menyukai cara SH Nadir mengajar tajweed Al- Quran yang fokus kepada setiap huruf dari segi makhraj dan semua-semua sifat-sifat huruf itu sendiri, Maka RH Qiroat Centre buka peluang untuk semua pelajar RH Qiroat Centre belajar bersama Bayt al Furqan.
Bagi yang ingin mengikuti recording tentang kerjasama bersama Bayt al Furqan sila klik link dibawah: https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/09/kerjasama-dengan-Bayt-al-Furqan.mp4
RH Qiroat Centre dengan kerjasama Bayt Al-Furqan telah menjalankan Kursus Online Asas Ilmu Tajweed.
Ada 3 sesi belajar dengan Bayt Al- Furqan. Satu sesi mengambil masa 10 hari untuk menghabiskan satu buku latihan.
Sesi kedua mengambil masa 10 hari juga untuk menghabiskan buku ke-2 latihan.
Sesi terakhir / ke-3 mengambil masa 10 hari untuk menghabiskan buku latihan.
- Kemasukkan 4 guru baru Sh Hazem, Sh Araffat, Sh Badwi, Sh Ragda

- PERCUMA - TADARUS AL-QURAN QIROAT JAAFAR
RH Qiroat Centre membuka Qiroat Jafar bertadarus beramai dan khatam di bulan Ramadhan.
RH Qiroat Centre membuka Qiroat Jafar bertadarus beramai dan khatam di bulan Ramadhan juga Qiroat kisaii.

RH Qiroat Centre membuka juga kelas percuma Hadith 40 Imam Nawawi bersanad yang di beri kepada ramai ketika bulan Ramadhan 2022
Tumpuan sekali ini di bulan Ramadhan 2022 adalah percuma usul untuk beberapa Riwayat dan Qiroat hanya dalam Toriq Toyyibbah ialah:
- Riwayat Warsh Asbahani
- Riwayat Warsy Azraq
- Qiroat Hamzah
- Qiroat Abu Amr
- Qiroat Aasim
- Qiroat Jaafar
- Qiroat Kisaii
- Qiroat kholaf al Asyir

Di bulan Ramadhan RH Qiroat Centre membuka peluang untuk pelajar bertadarus secara kumpulan yang beryuran. Qiroat/Riwayat yang ditawarkan oleh RH Qiroat Centre adalah:
- Riwayat Qaloon
- Qiroat Aasim
- Qiroat Abu Jaafar
- QiroatKisaei
- Qiroat Ibn Kathir

Di Bulan Ramadhan, sekitar April 2022, pertama kali kita menginfaq lembu ke Markaz Sh Nabil di Masjid Jafari di Mesir untuk berbuka puasa pelajar Malaysia dan Indonesia yang belajar dengan Markas Sheikh Nabil, lebihan dari pembelian lembu itu di infaqkan sebagai perbelanjaan saguhati Sh Nabil mengerjakan Umrah ketika Ramadhan.
Link: https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/06/video-ifftar-2023-1.mp4

- Sh Nabil Mohamad telah lama dikenali oleh RH. Beliau yang banyak menggalakkan RH utuk memulakan Qiroat Centre dan bersetuju untuk menjadi pemeriksa kepada RH Qiroat Centre. Hanya dengan pemeriksaan bacaan dan persoalan kepada usul dan peraturan, insya Allah setelah beliau berpuas hati, beliau berikan ijazah sanad beliau kepada pelajar yang lulus.
- Ramai pelajar dari RH Qiroat Centre yang menghadiri pemeriksaan ini. Ini adalah satu cara yang di amalkan di Mesir dan melalui cara pemeriksaan ini boleh mendapatkan sijil sanad. RH juga belajar dengan ramai guru dan kesemua 10 Qiroat Toriq Shatibiyah dan Toyibbah dengan guru-guru RH Qiroat Centre, juga melalui peperiksaan telah mendapat kesemua sijil sanad kedua-kedua Toriq dari Sheikh Nabil

OBJEKTIF PROGRAM SOKONGAN/INTEGRASI
Kenapa adakan program Integrasi ini, mungkin hanya RH Qiroat Centre sahaja yang praktikkan program Integrasi ini dengan tujuan supaya "semua pelajar RH Qiroat Centre mantap, cekap dengan usul dan peraturan juga cekap dalam bacaan Riwayat atau Qiroat yang dipilih. Maka dengan kekukuhan bacaan dan peraturan dapat menyebarkan ilmu yang di perolehi kepada ramai. Di lain perkataan nya, RH Qiroat Centre mendidik tenaga pengajar bersesuaian dengan Hadith Nabi iaitu
"sebaik-baik seorang itu yang belajar Al Quran dan mengajarkan nya."
(Hadith riwayat Bukhari)
RH Qiroat Centre telah membukakan program sokongan/integrasi untuk memantapkan kefahaman setiap pelajar yang belajar di RH Qiroat Centre.
- Pada 10 Januari 2022, RH Qiroat Centre telah mula melantik graduan RH Qiroat Centre yang telah bersanad untuk menjadi guru-guru Tutors untuk RH Qiroat Centre. Tujuannya RH Qiroat Centre adalah untuk memantapkan pelajar-pelajar RH Qiroat Centre yang telah belajar dengan guru - guru Arab, cekap dari segi peraturan, usul, cara membaca, method, theory, dalam Qiroat yang diambilnya.
- Maka bagi pelajar yang membayar yuran dengan guru-guru Arab, mantapkan bacaan Qiroat mereka dengan syarahan Metodologi Qiroat 10 untuk usul dan peraturan dan memantapkan lagi bacaan dari kelas - kelas tutorial. Ini dinamakan Program sokongan RH Qiroat Centre dan juga dipanggil program Integrasi.
- Sokongan ini adalah melalui tertubuhnya Tutors yang berkelayakan maka pelajar boleh bertanya apa yang tak faham secara santai sehingga ada praktikal bacaan. Usul dan peraturan juga di perbincangkan untuk mantapkan seorang pelajar. Program tutorial adalan sokongan kepada program integrasi

RH Qiroat Centre juga mempunyai syarahan daripada Ustaz Amiri dalam Metodologi Qiroat 10 yang sampaikan dalam Bahasa Melayu iaitu berkenaan peraturan, usul, cara membaca, method, theory, dalam Qiroat 10. Ketika ini (2023) kesemua Metodologi Qiroat 10 untuk Toriq Syatibiyyah telah selesai dan rakamannya ada di Youtube dan Linktree RH Qiroat Centre sebagai rujukan. Kini (2023) Metodologi fokus kepada Toriq Toyyibah iaitu yang telah diselesaikan Qiroat Imam Nafi', Qiroat Ibn Kahtir, Qiroat Abu Amr, Qiroat Ibn Amir, Qiroat Aasim dan Qiroat Hamzah. Dan pada 30 /9/2023 akan dimulakan bagi Qiroat Kisaei
Link Youtube:
Link Linktree:

RH Qiroat Centre telah membuka akaun Di Bank Islam, Bukit Jelutong untuk kegunaan RH Qiroat Centre setelah memperolehi sijil pendaftaran (SSM) pada Disember 2021.

RH Qiroat Centre telahpun mempunyai identiti yang berdaftar dengan SSM. RH Qiroat Centre juga telah mempunyai akaun bank sendiri. Banyak program yang ditawarkan oleh RH Qiroat Centre kepada warganya secara percuma. Disamping itu, dengan ramai tenaga pengajar RH Qiroat Centre kesemua 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah telah ditawarkan kepada pelajar-pelajar.

7 Program telah dilancarkan oleh RH Qiroat Centre secara percuma :
- Metodologi Qiroat 10 - Isnin ( 8.00 - 9.30 malam)
- Tadarrus Qiroat Hamzah- Selasa (5.15 - 6.30 petang)
- Tadabbur - Selasa ( 9.15 - 10.30 malam)
- I'rab - Rabu (8 - 9.30 malam)
- Waqaf Ibtida' (recording di dalam Youtube RH Qiroat Centre & Linktree) (Nota waqaf Ibtida' sebanyak 13 siri ada disimpan di dalam group Telegram khazanah RH Qiraot Centre).
Sekarang ini Waqaf dan Ibtida' telah diganti Asas Tajweed (2023) - Sabtu ( 10.30 - 12.00 tengah hari)
6. Hadith Riyadus Solihin - Sabtu ( 5.00 - 6.15 petang)
7. Solat dan wuduk - ( telah selesai, recording di dalam Youtube RH Qiroat Centre & Linktree dan praktikal wuduk dengan air dan tayammum juga di dalam recording yang sama.)

Pada akhir tahun 2021 meningkatnya tenaga kerja seramai 12 orang. Mereka telah dilatih dan dihantar untuk memperkukuhkan Qiroat -Qiroat. Yang mana belum mempunyai 10 Qiroat. Pihak RH Qiroat Centre meminta mereka menyelesaikan kesemua 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah. Guru - guru yang telah ada Toriq Syatibiyyah, diminta untuk meningkatkan Qiroat mereka kepada Toriq Toyyibah. Ada juga yang kurang arif untuk memberi penerangan tentang usul, peraturan dan takrirot, maka mereka ini juga belajar untuk meningkatkan kemahiran bagi menerangkan usul, peraturan dan takrirot.
Disamping itu. RH Qiroat Centre juga menetapkan bahawa setiap guru WAJIB MEMBUKA KAMERA ketika mengajar. Pilihan samaada mahu membuka kamera atau menutup kamera hanya untuk pelajar perempuan sahaja. Ini adalah kerana, RH telah mendapat pengetahuan dan bukti apabila seorang guru yang menutup kamera, beliau telah mengajar seorang lagi pelajar yang membayar kepadanya secara peribadi. Maka RH Qiroat Centre khuatir tumpuan menegur bacaan kepada pelajar RH Qiroat Centre diabaikan. Dengan itu, RH Qiroat Centre memohon pelajar-pelajar agar tidak membuat pembayaran terus kepada guru - guru RH Qiroat Centre samaada untuk diri sendiri/ kawan-kawan/keluarga. Perjanjian telah dilakukan antara RH Qiroat Centre dan guru-gurunya jika didapati mereka mengambil pelajar RH Qiroat Centre tanpa memberitahu, maka mereka boleh dipecat/buang dari RH Qiroat Centre.
Bagi sesiapa yang terbabit, RH Qiroat Centre memohon untuk mereka tidak memasuki mana - mana program percuma seperti syarahan percuma untuk orang ramai, Tajweed percuma, Hadith Percuma dan sebagainya.

2 lagu yang digunakan sepanjang RH Qiroat Centre beroperasi:
- Deen as salam oleh Mohamed Tarek https://youtu.be/wJeOf8dx5Lc
- Ya Maulana oleh Sabyan https://youtu.be/Ii1jvubIC8g

Puan Noor Hayati Hambal dan RH telah tamat Qiroat Hamzah Toriq Syatibiyyah, Jama' dengan Ustaz Amiri . Masjis khatam ini telah diadakan di rumah Ustaz Amiri di Kota Bharu, Kelantan.
Sejerus kemudian, Haji Yem, isteri dan kakak iparnya telah mengambil Qiroat Aasim.
Dr. Suzet, Puan Rose dan Puan Mazlina kini (2023) sedang mengambil Jama' 10 Toriq Syatibiyyah bersama Ustaz Amiri juga.

Pada 6/12/2021 Toriq Toyyibah diperkenalkan oleh RH Qiroat Centre kepada semua kumpulan di WhatApps dan Telegram.
Untuk perkenalkan Toriq Toyyibah dengan cepat maka RH Qiroat Centre telah membuka Qiroat -Qiroat diatas secara kumpulan iaitu:
- Qiroat Aasim
- Qiroat Kisaei
- Qiroat Kholaf Al Ashir
- Qiroat Jaafar

Pada 5/12/2021 SSM telah meluluskan pendaftaran RH Qiroat Centre dengan mendapat sijil penubuhannya.
Pada 3 /12/2021 RH Qiroat Centre menempah nama RH Qiroat Centre domain dengan Server Freak.

RH Qiroat Centre telah membuka 1 akaun Telegram yang dinamakan Qurantime bersama RH Qiroat Centre. Disini pengasas RH Qiroat Centre telah memasukkan 1/2 ayat dan dihuraikan. Juga RH ada memasukkan sepotong hadith untuk renungan bersama. Ketika ini 1/9/2023 huraian telah mencapai ke episod 410.
Link tentang Qurantime:https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/09/qurantime.mp4
Link ke group Qurantime:

Pihak RH Qiroat Centre telah mengadakan masjid bacaan Yassin oleh ustaz Hata (mantan imam masjid Negeri Selangor). Hampir 3 bulan Ustaz Amiri tidak menjalankan kelas kerana mengalami kecederaan di tangannya. Sehingga tahun 2023 kes mahkamah masih berjalan.

Ustaz Nazri telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan kritikal. RH Qiroat Centre telah mengadakan majlis bacaan Yassin secara online yang dipimpin oleh adik beradik beliau sendiri. Insha Allah pada Februari 2022, beliau telah kembali bersama RH Qiroat Centre untuk syarahan Asas Tajweed

RH Qiroat Centre telah melancarkan logo secara rasminya pada 2/09/2021 untuk kegunaan di setiap kegiatan yang dilakukan di RH Qiroat Centre.

Sepanjang tahun ini RH Qiroat Centre (2021) menjemput ramai guru - guru yang terkenal untuk memberi syarahan- syarahan utama untuk orang ramai secara percuma
- Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al- Hafiz -
- Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al- Hafiz - 4 doa terbaik rasul ketika solat ( sesi ke-2)
Jemputan ustaz - ustaz yang terkenal secara berkala telah dijemput untuk memberi syarahan yang berkaitan dengan topik semasa.

Ustaz Azizi Yacub adalah Imam Masjid Bukit Jelutong dan bersetuju untuk mengambil topik wuduk, solat berjemaah dan tarannum. Solat berjemaah juga diselang - selikan dengan masalah - masalah yang dihadapi oleh jemaah seperti terlupa bilangan rakaat, lupa bacaan Surah Fatihah dan pelbagai lagi. Topik wuduk dilaksanakan secara fizikal dengan air dan secara tayammum dengan debu. Kedua - dua video ini ada di dalam Linktree dan Youtube RH Qiroat Centre. Dan program ini telahpun selesai pada ketika ini (2023).
Bagi yang ingin mengikuti recording tentang solat berjamaah dan wuduk sila klik link dibawah:
Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=NFpvdXLMeqs&list=PLbRSIsxEinxUk-AuJkjf5R5VcDSy52V9C&t=4s
Link Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#237346205

2 program telah dimasukkan oleh RH Qiroat Centre:
Ustaz Nazri Shahrom - Wakaf dan Ibtida' telahpun selesai.
Bagi yang ingin mengikuti recording tentang Wakaf dan Ibtida' sila klik link dibawah:
Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=rm_d7kfc6Pk&t=72s
Link Linktree:
Nota- nota untuk Wakaf dan Ibtida' terdapat di group Telegram (khazanah)
Link Telegram: https://t.me/+fhyA8VnTYOI4Nzg1
Ketika ini (2023), Ustaz Nazri mengajar hari Sabtu dari pukul 10.30 - 12.00 tengah hari programnya Asas Tajweed yang menggunakan buku diatas.
Bagi yang ingin mengikuti recording tentang program asas tajweed sila klik link dibawah:
Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=gt-CUMs01sk&list=PLbRSIsxEinxW6mGwLSHbGztD7Onv2bDth&t=10s
Link Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#237098799

RH Qiroat Centre telah melancarkan montaj dan Linktree secara rasminya oleh penasihat RH Qiroat Centre iaitu Yang Mulia Raja Azmi bin Raja Nazuddin.
Bagi yang ingin mengikuti recording tentang montaj dan linktree sila klik link dibawah:
Link Montaj: https://www.youtube.com/watch?v=x91BMWvwqVQ&t=391s
Link Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre

Ustaz Fazrul adalah terkenal sebagai pentadabbur di tv Astro dalam program Qurantime dan World Qurantime. Program di Astro telahpun tamat 30 juzuk.
Ustaz Fazrul telah bersama RH Qiroat Centre mendatabbur daripada Surah Al- Fatihah sehingga . Ketika ini beliau sudahpun berhenti dengan RH Qiroat Centre tetapi telah menggantikan dengan Ustaz Harfiz yang menyambungkan pelajaran daripada Ustaz Fazrul.
Bagi yang ingin mengikuti recording tentang program tadabbur Al-Quran sila klik link dibawah:
Link Ustaz Fazrul
1.Link Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#237097780
2.Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=aMvNovRX4uQ&list=PLbRSIsxEinxU72V3uK5OAXWiKbvSSaHmk&t=325s
Link Ustaz Harfiz:
1.Link Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#237097780
2.Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=rWrQOZCw9bQ&list=PLbRSIsxEinxU72V3uK5OAXWiKbvSSaHmk&index=5

Pada 22 Julai kemasukkan Ustaz Syed Mohd Norhisyam bin Al- Idrus yang mensyarahkan kitab Riyadus solihin. Ketika ini tahun 2023 beliau tidak lagi bersama RH Qiroat Centre tetapi recordingnya masih ada di dalam Youtube dan Linktree RH Qiroat Centre. Syarahan hadith ini masih diteruskan oleh Dr. Fauzi Deraman.
Bagi yang ingin mengikuti recording tentang syarah hadith 40 Imam Nawawi sila klik link dibawah:
Link ke Ustaz Syed Mohd NorHisyam:
1.Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#237345875
2.Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=oQbiZlJxXf4&list=PLbRSIsxEinxU7fbZMMYJx2cR96H-UeRkg&t=3s
Link ke Dr.. Fauzi Deraman:
1.Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#262147619
2.Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=v_VnBWRUr7I&list=PLbRSIsxEinxWIl7jtNn-Ce6ZHI2nrX160&t=3s

Menginfaq beberapa orang pelajar untuk menamatkan Qiroat Aasim. Mereka ini selalunya dipilih kerana mempunyai kumpulan peribadi untuk mengajar atau mereka adalah tenaga pengajar kepada surau, masjid atau kumpulan. RH Qiroat Centre memegang teguh kepada hadith Nabi SAW "sebaik - baik seseorang yang mempelajari Al-Quran adalah orang yang mengajarkannya"

RH Qiroat Centre mengadakan khatam perdana untuk warga RH Qiroat Centre pada 27 Ramadhan 2021.
Link:https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/06/Khatam-perdana.mp4

RH Qiroat Centre menawarkan percuma syarahan/kelas berkaitan usul, peraturan dan teori oleh guru - guru RH Qiroat Centre dan Ustaz Amiri. Qiroat Toriq Syatibiyyah yang telah dibentangkan:
- Riwayat Qoloon
- Riwayat Warsy
- Qiroat Ibn Kathir
- Qiroat Abu Amr
- Qiroat Ibn Amir
- Qiroat Aasim
- Qiroat Kisaei
- Qiroat Jaafar (ad durah)
3 Qiroat Toriq Syatibiyyah dibaca secara bertaddarus dan diselesaikan dalam bulan Ramadhan:
- Qiroat Kisaei
- Qiroat Jaafar (ad durah)
- Riwayat Syukbah

Pemenang kuiz Program Loyalty 2021 untuk yang dikeluarkan pada bulan Februari diumumkan pada bulan Ramadhan.
Mereka adalah:
- Abuthahir bin Liakath Ali
- Abd Rahman bin Misran
- Megat Imran Ikram bin Megat Kamarruddin
- Zaiton Ahmad
- Nur Mawati binti Abdol
- Azreena binti Mohd Alwi
- Juita binti Mustafa
- Noorliza binti Mohd Latif
- Rahimah Azlee
- Azreena binti Mohd Alwi
- Siti Khadijah binti AbdullahKata
Link:https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/09/Pemenang-Quiz-Qiroat-.mov

PERTUKARAN WAKTU KELAS KETIKA RAMADHAN
Kesemua kelas waktu malam telah ditukarkan kepada waktu 5.00 - 6.00 petang.
MENYEMARAKKAN AKTIVITI RAMADHAN DENGAN PROGRAM PERCUMA
Pada bulan Ramadhan ini, kumpulan penginfaq telah diwujudkan bagi menyemarakkan dan membanyakkan aktiviti percuma RH Qiroat Centre sepanjang bulan Ramadhan.

Penerangan oleh Ustaz Amiri kepada setiap satu Riwayat dan Qiroat telah dibentangkan. Cara bacaan, usul, peraturan, teori, undang - undang khas (takrirot) kepada sesuatu Riwayat dan Qiroat diajar secara terperinci dengan nota - notanya.
Ketika ini, 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah telahpun selesai dan berada dalam recording Youtube dan Linktree RH Qiroat Centre. Semua syarahan ini masih ditaja oleh RH Qiroat Centre dan diberikan percuma kepada orang ramai.
Untuk syarahan Toriq Toyyibah, Qiroat Nafi', Qiroat Ibn Kathir, Qiroat Amr, Qiroat Amir, Qiroat Aasim telahpun selesai dan recording terdapat di Youtube dan Linktree RH Qiroat Centre.
4 September 2023 akan dijalankan syarahan bagi Qiroat Hamzah Toriq Toyyibah dan seterusnya.
Link Youtube:
Link Linktree: https://linktr.ee/rh.qiroat.centre?lt_utm_source=lt_share_link#237346205

Khatam kedua RH Qiroat Centre bagi Qiroat Aasim yang bersanad yang terdiri daripada pelajar - pelajar TCM yang diketuai oleh Haji Masri.
Link video khatam: https://rhqcislamichub.com/wp-content/uploads/2023/09/khatam_resized.mp4

Dibawah ini adalah Imam - Imam Qiroat bagi 10 Qiroat:
1.QIROAT NAFI'
- Riwayat Qoloon
- Riwayat Warsy
2.QIROAT IBN KATHIR
- Riwayat Bazzi
- Riwayat Qunbul
3.QIROAT ABU AMR
- Riwayat Duri
- Riwayat Susi
4.QIROAT IBN AMIR
- Riwayat Hisyam
- Riwayat Ibn Zakwan
5.QIROAT AASIM
- Riwayat Syukbah
- Riwayat Hafs
6.QIROAT HAMZAH
- Riwayat Khalaf
- Riwayat Khallad
7.QIROAT KISAEI
- Riwayat Abu Harith
- Riwayat Duri
8.QIROAT ABU JAAFAR (AD DURAH)
- Riwayat Wardan
- Riwayat Jammaz
9.QIROAT YACCUB (AD DURAH)
- Riwayat Ruwais
- Riwayat Rauh
10.QIROAT KHOLAF AL ASHIR (AD DURAH)
- Riwayat Ishaq
- Riwayat Idris

RH Qiroat Centre berbincang dan memasukkan:
- Ustaz Hakim bin Kamal (kelas I'rab)
- Ustaz Amiri bin Ghani (kelas Qiroat Hamzah)

Pemenang kuiz telah ditaja dibawah program Loyalty pada 10/2/2021. Ramai yang memenangi hadiah - hadiah ini di dalam bulan Ramadhan. Hadiah yang disediakan adalah:
- Tajweed percuma sehingga 5-10 kelas
- Tajaan Qiroat Aasim bersijil sanad ke Rasulullah SAW
- Hadith 40 bersijil sanad ke Imam Nawawi
- Tajaan Al-Quran
- Diskaun - diskaun diberi 50% kepada pelajar RH Qiroat Centre untuk menyertai program - program berunsur patnership ataupun program - program yang disediakan untuk RH Qiroat Centre.

Khatam pertama RH Qiroat Centre bagi Qiroat Aasim yang bersanad yang terdiri daripada pelajar - pelajar TCM yang diketuai oleh Haji Masri.

RH Qiroat Centre sibuk dengan mengambil guru - guru, membina sistem dalaman dan memberi syarahan - syarahan percuma melalui ustaz - ustaz Malaysia yang terkenal untuk memberi syarahan tentang Tadabbur, I'rab, Hadith, Tajweed dan lain - lain.

Setelah pembentukan RH Qiroat Centre 11 November 2020, program pertama yang dijalankan adalah Hadith 40 Imam Nawawi secara bersanad. Ketika ini program - program dijalankan secara online.
2.00 : Sambung Dari Hadith Akhir Semlm
4.00 : Berhenti Rehat
4.10 : Mula Sesi Hadith
5.30 : Soalan
5.40 : Doa Dan Bersurai
Hari Akhir Dan Mendapat Sanad Dari Ustaz.
Ketika Ustaz Kata Dia Berikan Sanad Hadith Yangg Diambil Dari Gurunya, Semua Jawab Kami Terima.
2.00 : Sambung Seterusnya Dari Hadith Akhir Minggu Lepas
4.00 : Berhenti Rehat
4.10 : Mula Sesi Hadith
5.30 : Soalan
5.40 : Doa Dan Bersurai
2.00: Sambung dr hadith akhir semlm
4.00: Berhenti rehat
4.10: Mula sessi hadith
5.30: Soalan
5.40: Doa dan bersurai
Contoh itiniri hadith bersanad
2.00 Ke 2.10 : Mula Majlis Hadith Dengan Pengenalan Kepada Ustaz
2.10 : Pengenalan Imam Nawawi Dan Seterus Nya Ke Hadith Pertama
4.00 : Berhenti Rehat
4.10 : Mula Sessi Hadith
5.30 : Soalan
5.40 : Doa Dan Bersurai
Contoh iteneri hadith bersanad

Contoh Sijil Hadith Bersanad
RH Qiroat Centre telah mengadakan kursus Hadith Imam 40 Nawawi bersijil sanad oleh Ustaz Muhamad Sarifudin bin Siddiq yang dijalankan selama 4 hari secara online setiap sabtu dan ahad dari pukul 2.00 - 5:30/6.00 petang. Beliau adalah seorang Hafiz dan kini memegang 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah dan Toriq Toyyibah, dan 4 shahzah . Beliau adalah pelajar dari Universiti Al Azhar, Cairo dalam bidang Jurisprudence dan kini menyiapkan Thesis Master di Universiti Al Azhar. Sanad hadith yang diperolehinya dari 2 orang Sheikh yang berbeza iaitu Sheikh Abdul Hakim dari Syiria dan Sheikh Hassan Shahin yang mana susur galur sanadnya paling hampir kepada Imam Nawawi iaitu keturunan yang ke-14. Sijil bersanad ini telah dihadiahkan kepada semua yang hadir selama 4 hari, mendengar dan membuka kamera.

Buku ini adalah nipis dan ringkas, harganya adalah RM 10.00 dimana kita boleh mendapatkan kesemua 40 Hadith Imam Bukhari.
Pada bulan November , RH Qiroat Centre berkembang dari 2 guru kepada 5 orang lagi. Pada masa yang sama, RH terus menemuduga lain- lain guru di Mesir.

RH Qiroat Centre juga mempunyai quran-quran Qiroat/riwayat bagi warga RH Qiroat Centre. Kesemu 10 Qiroat terdapat di RH Qiroat Centre. Walaubagaimanapun, pelaajar yang mempunyai quran ini WAJIB bertalaqqi dengan guru - guru yang bertauliah.
Bagi keterangan lanjut boleh hubungi RH:
017 377 6658

Tertubuhnya RH Qiroat Centre adalah untuk memberi penekanan kepada pembacaan yang betul. Maka RH Qiroat Centre mewujudkan
1. Mantap Tajweed. Ini adalah fokus untuk memperbetulkan dari segi tajweed, sifat, makhraj dan sebutan untuk bacaan Al-Quran
2. Belajar 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah.
3. Tawaran Bahasa Arab Fushaf dan A'miah secara penulisan, percakapan atau penafsiran.

RH Qiroat Centre ditubuhkan pada 11 November 2020 oleh pengasasnya iaitu Raja Hanaliza binti Raja Ahmad Tajudin ( RH )*. Pada peringkat awal RH Qiroat Centre memberi tumpuan kepada pengajian online untuk Qiraot AAsim, Riwayat Qoloon, Riwayat Warsh, Qiroat Ibnu Kathir (Toriq Syatibiyyah). Program ini dijalankan bersama guru- guru Arab, Mesir dan Syria.
Ketika ini Covid-19 sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia maka semua pengajian telah dilakukan secara online.
RH Qiroat Centre juga telah mengikuti modul mengajar secara online.

RH mula berbincang dengan Haji Masri (pengasas TCM) untuk mendapatkan pelajar untuk belajar di RH Qiroat Centre. Haji Masri bersetuju untuk memberi 30 daripada guru TCM

Penyediaan untuk penubuhan RH Qiroat Centre dimana RH mula menemuduga guru - guru Arab dari Mesir. Mereka perlu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dan mengetahui cara untuk memberi penerangan kepada usul, peraturan dan cara bacaan tentang mana-mana Qiroat yang menjadi pilihan pelajar.

Pelajar - pelajar daripada Masjid Negeri dan kawan - kawan RH mula belajar salah satu daripada 10 Qiroat dan ada yang tamat kesemua Qiroat Toriq Syatibiyyah. Sijil sanad mereka adalah daripada Sheikh Nabil.
Mereka terus menerus daripada tahun 2017 sehingga tahun 2020 meneruskan pelajaran dari semasa ke semasa belajar Qiroat apabila guru- guru Arab datang daripada Mesir.

Setelah beliau berada selama 1 bulan di Malaysia, kes Covid-19 bertambah teruk dan Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan dimana pergerakan hanya dibenarkan di kawasan yang sama. Dengan itu, pengajian secara semuka ditangguhkan dan semua pelajaran dilaksanakan secara online. Sheikh ini terpaksa pulang ke negaranya kerana Aidilfitri menjelang tiba dan Sheikh tersebut ingin menyambutnya bersama keluarga di Mesir. RH dan kawan - kawan telah mengumpulkan sejumlah wang untuk menghantar Sheikh itu pulang ke keluarganya dengan menggunakan Charter Flight dari Malaysia terus ke Cairo dan menjalankan kuarantin di hotel di Cairo. Bayaran untuk semua ini berjumlah RM 7,000 keatas. Tiket pulang ke Mesir yang dibeli pada awalnya tidak boleh digunakan lagi.

Oleh kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelas bersemuka telah ditukar kepada kepada kelas secara online.

Dengan kedatangan Sheikh ini, sebahagian daripada ramai kawan - kawan RH telah menghabiskan bacaan kesemua 10 Qiroat. Bagi mereka yang baru mengenali Qiroat masih mengambil Qiroat Aasim. RH ketika ini hanya mengulangi Qiroat - Qiroat Toriq Syatibiyyah sehingga habis 10 Qiroat. Pelajaran juga telah dilakukan secara online dimana ketika itu beliau telahpun pulang ke Mesir.

Berita tentang penyakit Covid-19 ini telah diwawarkan kepada dunia melalui kes - kes yang berbahaya daripada negara China.

Syekhah Karimah telah pulang Mesir dan membawa banyak buah tangan daripada pelajar - pelajarnya.

Majlis ini menyaksikan Syekhah Karimah mengkhatamkan pelajar - pelajar yang berbaki yang telah menamatkan 30 juzuk Qiroat- Qiroat pemilihan masing- masing di kediaman RH.

Syekhah Karimah teah mengkhatamkan Hajah Jauhariah (isteri Haji Ismail) bersama kawan - kawannya di kediaman beliau.

Majlis Khatam kali ketiga yang diketuai oleh Sheikh Nabil Muhammad, telah diadakan di kediaman RH pada Januari 2020 yang melibatkan kawan - kawan RH dari lain - lain tempat. Majlis ini adalah hasil kerjasama partnership dengan rakan di Mesir.

Kedatangan Sheikh Nabil dan isteri membuka peluang kepada ramai untuk meneruskan lain - lain Qiroat. Ramai yang mengambil Riwayat Warsy dan Qiroat Hamzah. Ada juga yang mengambil Qiroat Aasim. Ketika ini ramai kawan - kawan daripada pelajar - pelajar yang menyertai program Qiroat - Qiroat yang belum diambil.

Di tahun ini, ramai kita menyaksikan kawan - kawan RH telah mempunyai 5 atau lebih sijil sanad Qiroat. Kini kawan - kawan RH telah menyukai Qiroat dan menunggu Sheikh Nabil dan Syekhah Karimah datang bagi meneruskan pembelajaran Qiroat.

Semasa keberadaan RH dan kawan - kawan di rumah Sheikh Kamel, beliau juga telah menyediakan beraneka juadah untuk RH dan kawan-kawan menjamu selera beramai-ramai.

RH beserta Datin Khadijah, Datin Khalsum, Puan Mai dan Puan Maryam serta kawan - kawan yang lain telah melawat ke kampung Sheikh Kamel. Dikawasan rumah beliau mempunyai unta, lembu, keldai dan kambing. Beliau juga mempunyai banyak tanaman pokok kurma.

Sheikh Nabil dan Syekhah Karimah (isteri) kembali ke Mesir setelah berada di Malaysia untuk 2 minggu.

Majlis khatam bersama pelajar - pelajar yang telah tamat pelajaran mereka yang diketuai oleh Sheikh Nabil. Pelajar yang terlibat adalah dalam kalangan pelajar Sheikh Nabil dan Syekhah Karimah yang dahulu dan sekarang.

Sheikh Nabil dan Syekhah Karimah (isteri) telah datang bagi kali ke-2 ke Malaysia. Kawan - kawan RH telah mengambil tambahan Qiroat dengan Sheikh Nabil dan isteri sehingga ada yang mempunyai 7 ke 8 Qiroat.
RH telah mengulang Riwayat Warsy Toriq Syatibiyyah.

Ketika ini bertambah ramai kawan - kawan RH yang telah belajar 3 ke 4 Qiroat di dalam tahun 2018.

RH Qiroat Centre telah mengadakan majlis khatam al-Quran bersama Ustaz Sharifudin.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar - pelajar khatam dan semoga ilmu yang diperolehi diberkati oleh Allah s.w.t.

Syekhah Karimah kembali ke Mesir setelah mengajarkan RH dan kawan - kawan tentang Qiroat sehingga tamat 30 juzuk Qiroat yang dipilih.

Sheikh Kamel dan Sheikh Ahmed telah pergi mengajar di Ipoh. Sebelum berangkat ke lapangan terbang, mereka telah singgah di kediaman RH dan mereka juga telah bertemu dengan Syekhah Karimah yang ketika itu masih mengajar di kediaman RH.

Syekhah Karimah meneruskan mengajar pelbagai Qiroat kepada kawan - kawan RH sehingga mereka tamat. Majlis khatam juga telah diadakan pada 20 April 2018.

Kedatangan Sheikh Nabil dan isteri Syekhah Karimah (Ahlul Bait), RH telah belajar beberapa Qiroat disamping memantapkan lagi Qiroat yang pernah dipelajari.
1. Riwayat Qaloon Jama' 4 wajah
2. Qiroat Amir Toriq Syatibiyyah
3. Qiroat Ibn Kathir Toriq Syatibiyyah
4. Qiroat Abu Amru Toriq Syatibiyyah
5. Qiroat Kisaei Toriq Syatibiyyah
6. Qiroat Jaafar (Ad- Durrah) Toriq Syatibiyyah
7. Qiroat Yaccub (Ad- Durrah) Toriq Syatibiyyah
8. Qiroat Kholaf Al- Ashir (Ad-Durrah) Toriq Syatibiyyah

Walaupun Sheikh Nabil ke kembali semula ke Mesir, tetapi Syekhah Karimah masih berada di Malaysia untuk meneruskan pembelajaran Qiroat bersama RH dan kawan -kawannya.

Khatam pertama adalah di restoran Daifa, Sri Petaling yang menyajikan nasi Arab. Restoran ini amat eksklusif dan selalunya dikunjungi oleh VIP dan Sultan - Sultan.

Dengan kehadiran Sheikh Nabil dan isteri, maka RH sibuk dengan mencari pelajar untuk mempelajari Qiroat juga bagi pelajar lama untuk mengambil Qiroat baru. Bermulah era RH menyukai Qiroat dan berniat untuk meneruskan kepada 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah yang mutawattir ke Rasulullah saw.

Kedatangan Sheikh Nabil dan isteri pada akhir tahun 2017 untuk mengembangkan semua 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah. Ketika ini kawan - kawan RH telah mula menyukai Qiroat - Qiroat lain. Ramai yang mengambil lain- lain Qiroat seperti:
- Riwayat Qoloon
- Riwayat Warsy
- Qiroat Ibn Kathir
- Lain - lain.

RH telah mendapat sijil sanad untuk Qiroat Hamzah Toriq Syatibiyyah

Majlis khatam telah dilakukan di kediaman RH yang mana majlis tersebut telah diketuai oleh seorang sheikh dari Mesir.

Ketibaan guru Mesir pada awal Oktober untuk mula mengenalkan ilmu Qiroat kepada kawan - kawan masjid dan ketika ini hanya Qiroat Aasim iaitu Riwayat Syukbah dan Riwayat Hafs diperkenalkan. Toriq Toyyibah (al Fil & Al Zur'an) yang mudahnya iaitu membaca mad jaiz munfasil sebanyak 2 harakat juga diperkenalkan secara teori, guru Arab telah memberi makluman tentang adanya 10 Qiroat Toriq Syatibiyyah.

RH telah pergi ke Mesir pada 5 Mac 2017 sehingga 24 Mei 2017 bersanad
- Qiroat Asiim Toriq Shatibiyyah
- Qiroat Asiim Toriq Toyyibbah (Al Fil ) diperkenalkan juga kepada Al Zur'an
- Riwayat Qaloon Toriq Syatibiyyah
- Riwayat Warsy Toriq Syatibiyyah
- Qiroat Ibn Khathir Toriq Syatibiyyah

RH, Ustaz Amir dan kawan -kawan telah pergi ke tempat Nabi Musa memukul tongkatnya pada batu maka keluarlah 12 mata air.

Perjalanan yang panjang mengambil masa 2 jam ke tempat

RH dan kawan- kawan berdiri di hadapan bangunan Embassy di Kaherah.

Tempat - tempat lawatan di Mesir:
- Masjid Al Azhar (melebihi 100 tahun)
- Kota Salahuddin
- Makam Hussein (cucu Nabi saw)
- Makam Zainab (cucu Nabi saw)
- Makam Imam Shafie

RH dan kawan-kawan juga telah pergi melawat kawasan bersejarah seperti piramid.

RH dan kawan-kawan telah melakukan lawatan ke bukit yang dilukiskan gambar samiri.

RH dan kawan - kawan berada di hadapan bangunan di Nile Centre

RH dan kawan - kawan telah mengunjungi tempat bersejarah yang mana berlakunya peristiwa Nabi Musa melihat api.

2 guru Arab muallim Khalid dan muallim Mahmood yang mengajar RH dan kawan -kawan di Nile Centre

RH telah memulakan pembelajarannya daripada tahun 2013 sehingga tahun 2016 bersama Ustaz Khairi dan berjaya mendapatkan sanad bagi riwayat Hafs untuk Toriq Shatibiyyah dan Toriq Toyibbah.

RH telah mempelajari secara persendirian di rumah bersama dengan Ustaz Khairi bin Ramli bermula tahun 2013 sehingga tahun 2016.
RH telah mendapatkan sanad daripada Ustaz Khairi bagi riwayat Hafs untuk Toriq Shatibiyyah dan Toriq Toyibbah.

RH mengenali Masjid Negeri Selangor, Shah Alam pada 2011. Dan meneruskan pembelajaran disana dalam pelbagai peringkat.

RH telah menyambung kelas bacaan Al-Quran di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam.
2012 - belajar kelas menengah dan lulus = Ustaz Hatta
2013 - kelas lanjutan dan menyertai sekali lagi kelas menengah = Ustaz Khairi
2014 - belajar kelas tanjutan dengan Ustaz Kamal dan Sheikh Karim
2014 - convo
2015 - belajar tarannum = Ustaz Faizan

RH mula-mula mengenal Masjid Negeri selama pada hujung tahun 2011 dengan kursus intensif tajweed oleh Almarhum Imam besar Masjid Negeri Ustaz Mustafa.