بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ketika mensyarahkan hadith ini, Imam al-Nawawi berkata “Maknanya, perbezaan yang paling ketara antara puasa kita (umat Islam) dan puasa mereka (ahli kitab) adalah bersahur, sesungguhnya mereka tidak bersahur dan kita disunatkan untuk bersahur.
Disebabkan itulah, sebagai seorang muslim kita tidak digalakkan untuk meninggalkan bersahur. Bersahurlah walaupun dengan segelas air dan sebiji kurma kerana pada waktu bersahur itu ada keberkatan.
Marilah kita bersama – sama menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t agar ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.
