بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PERBEZAAN LAILATUL QADAR DENGAN HARI ARAFAH
Pada malam Lailatul Qadar: Segala sesuatu turun. Al-Quran diturunkan. Malaikat diturunkan. Rahmat mengalir dari langit.
Namun, Hari Arafah merupakan hari yang sepenuhnya berbeza, kerana ia bukan ketika malaikat turun, sebaliknya umat manusia bangkit menghadap Allah. Ia menyerupai Hari Kiamat dimana berjuta-juta jiwa berdiri dengan pakaian biasa, memohon belas kasihan di bawah langit.
Pada malam Lailatul Qadar, Allah telah menyembunyikan tarikh yang tepat. Ia mengkehendaki hambaNya untuk mencarinya, melalui amalan berpuasa pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Malam tersebut memberikan ganjaran kepada mereka yang berazam mencari.
Mengenai Hari Arafah, Allah memberitahu setiap orang tentang waktu yang tepat. Dia menjemput mereka yang patah hati, yang lelah, dan yang berat hati untuk hadir pada waktu yang sama demi rahmat yang terbuka.
