بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sepanjang tahun, kita sebagai umat Islam akan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pada 12 Rabiulawal dengan penuh rasa kerinduan yang mendalam terhadap baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w telah berlakunya banyak peristiwa – peristiwa ajaib (Irhas). Irhas ialah satu perkara yang luar biasa yang hanya diberikan kepada bakal nabi Sahaja.
PERISTIWA – PERISTIWA YANG BERLAKU SEMASA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
- Ibu nabi Muhammad s.a.w melihat cahaya keluar daripada badan nabi Muhammad s.a.w. Cahaya Itu telah menyinari sehingga ke istana Busra di Syria yang menyerupai anak panah seumpama pelangi di langit.
2. Sewaktu kelahiran nabi Muhammad s.a.w, baginda berada dalam keadaan terbaring dengan kedua tangan baginda diangkat ke langit seolah – olah orang yang sedang berdoa.
3. Tambahan pula, Nabi Muhammad s.a.w lahir dalam keadaan sudah bersunat dan tidak mempunyai lebihan tali pusat
4. Berhala – berhala yang terdapat di sekitar telah runtuh dan musnah secara tiba – tiba
"Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba - tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata: Telah lahir Nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikannya daripada berhala - berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui"
(Riwayat dari Abdul Muttalib)
5. Berlaku gegaran di istana Kisra (Parsi) yang menyebabkan 14 tiang serinya runtuh
6. Telah terpadam api yang disembah oleh orang – orang Majusi di negara Parsi. Dikatakan bahawa api tersebut tidak pernah padam selama seribu tahun
Marilah kita bersama – sama memperbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda. Semoga kita semua mendapatkan syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w pada hari akhirat kelak.