Pengenalan
Pada setiap tahun umat Islam akan mengingati peristiwa nuzul Al-Quran yang telah berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada kelahiran Nabi Muhammad s.a.w bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Peristiwa nuzul Al-Quran ini merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril dan seterusnya secara berperingkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa itu telah terlaku di Gua Hira’.
Firman Allah s.w.t :
"Ramadan yang padanya diturunkan alQuran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah." -
Maksud nuzul dari segi bahasa adalah menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Manakala dari segi teknikal pula, Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.
Al-Quran merupakan sebuah kitab yang diberikan oleh Allah s.a.w kepada Nabi Muhammad s.a.w yang mempunyai pelbagai keistimewaan padanya. Antara keistimewaannya:
- Sebagai penenang hati
Hadis riwayat Uthman bin Affan ra., bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa yang membaca Al-Qur'an, maka hatinya akan tenang dan jiwanya akan terhibur."
(Riwayat Tirmidzi
2. Sebagai penghibur ketika dalam kesedihan
Hadis riwayat Abu Darda ra., bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa yang membaca Al-Qur'an, maka Al-Qur'an akan menjadi penghibur baginya."
(Riwayat Tirmidzi
3. Sebagai penyembuh segala penyakit
Hadis riwayat Anas ra., bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa yang sakit, maka hendaklah dia membaca Al-Qur'an, karena Al-Qur'an adalah penyembuh baginya."
(Riwayat Tirmidzi
KELAS TADARRUS DI RH QIROAT CENTRE
Pada bulan Ramadhan ini, RH Qiroat Centre juga mengadakan kelas taddarus Al-Quran secara berkumpulan bersama guru Arab iaitu:
- Kelas percuma Qiroat Aasim Toriq Toyibbah 30 juzuk
- Kelas percuma Qiroat Abu Jaafar Toriq Toyibbah 30 juzuk
- Kelas Qiroat Kisaei Toriq Toyyibah 30 juzuk
- Kelas Qiroat Ibn Kathir Toriq Syatibiyyah 30 juzuk
Majlis khatam perdana bagi kesemua kelas tersebut akan diadakan pada 7 April 2024 bersama 25 Ramadhan . Marilah bersama RH Qiroat Centre untuk berdoa pada majlis khatam tersebut. Semoga doa kita semua diterima oleh Allah s.w.t.
