Pengenalan
RH Qiroat Centre ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1445H kepada semua warga RH Qiroat Centre dan seluruh muslimin & muslimat yang menyambutnya.
Tepat 1 Syawal, seluruh umat Islam seluruh dunia akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya Aidilfiri merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah berpuasa selama satu bulan. Hari Raya juga adalah hari untuk kita semua bermaafan sesama kita sekiranya wujud sesuatu persengketaan.
Amalan yang disarankan oleh Nabi s.a.w kepada umatnya untuk dilakukan pada bulan Syawal adalah dengan berpuasa selama enam hari.
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”
(Riwayat Muslim)
Amalan yang disarankan juga dilakukan pada bulan Syawal ialah mengeratkan silaturrahim.
تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا ، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ ، وَتُؤْتِى الزَّكَاةَ ، وَتَصِلُ الرَّحِمَ
"Sembahlah Allah, janganlah berbuat syirik pada-Nya, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan jalinlah tali silaturrahim (dengan orang tua dan keluarga)"
(Riwayat Bukhari)
Seterusnya amalan yang turut disarankan dilakukan pada bulan syawal ialah melangsungkan perkahwinan.
تَزَوَّجَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شَوَّالٍ وَبَنَى بِي فِي شَوَّالٍ فَأَيُّ نِسَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ أَحْظَى عِنْدَهُ مِنِّي
"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menikahiku pada bulan Syawal dan berkumpul denganku pada bulan Syawal, maka siapa di antara istri-istri beliau yang lebih beruntung dariku?".
(Riwayat Muslim)
Peristiwa yang berlaku pada bulan Syawal:
- Pernikahan diantara Nabi Muhammad s.a.w bersama Saidatina Aisyah ra dan juga pernikahan Nabi s.a.w bersama Ummu Salamah ra.
- Berlakunya perang Uhud pada tahun ke-3 setelah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah.
- Berlakunya perang Khandak pada tahun ke-5 setelah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah.
- Berlakunya perang Hunain pada tahun ke-8 setelah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah.
- Berlakunya perang Thaif pada tahun ke-8 setelah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah.
- Kelahiran Imam Bukhari pada hari Jumaat 13 Syawal pada tahun 194 Hijrah di Kota Bukhara, Uzbekistan dan wafat pada 1 Syawal (malam hari Raya Aidilfitri) lalu dimakamkan pada hari Raya Aidilfitri.
