PERKONGSIAN HADITH RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hadith ini menegaskan tentang keutamaan untuk mencari malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan. Jika seseorang tidak mampu atau letih untuk beribadah penuh selama 10 hari terakhir, Rasulullah s.a.w menekankan supaya mencari malam Lailatul Qadar pada 7 malam terakhir. 

Hadith ini memotivasi umat Muslim untuk bersungguh-sungguh meningkatkan ibadah di akhir Ramadhan. Hal ini kerana pada hari – hari terakhir ganjaran yang lebih besar akan diberikan oleh Allah s.w.t iaitu malam Lailatul Qadar (lebih baik daripada seribu bulan).

Marilah kita bersama – sama menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t agar ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top