بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hadith ini selalu dikaitkan dengan anjuran memperbanyakkan membaca dan mempelajari al-Quran, terutamanya ketika bulan puasa. Ini menunjukkan bahawa amalan yang digalakkan untuk umat Islam pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran.
Hadith ini menunjukkan bahawa Malaikat Jibril as mengulang bacaan Al-Quran bersama Nabi Muhammad s.a.w setahun sekali setiap bulan Ramadhan. Namun, pada tahun kewafatan Baginda Nabi s.a.w, Jibril as mengulanginya sebanyak dua kali.
Marilah kita bersama – sama menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t agar ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.
