بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ibadah puasa adalah ibadah yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t dan orang yang melakukannya sahaja. Ibadah puasa berbeza dengan ibadah lain kerana ianya melibatkan niat di dalam hati tanpa orang melihatnya. Dengan jelasnya, ibadah puasa merupakan amalan rahsia antara hamba dan RabbNya.
Sesungguhnya ibadah puasa adalah milik Allah s.w.t dan tidak ada cara bagi seseorang untuk merampas pahala puasa seseorang kerana pahala puasa akan kekal bersama pemiliknya.
Marilah kita bersama – sama menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t agar ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.
