PERKONGSIAN HADITH RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat memberikan keuntungan yang luar biasa bagi umat Islam. Hal ini kerana, di bulan ini setiap amalan yang dilakukan akan digandakan pahala oleh Allah s.w.t. 

Antara amalan yang sering dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w menjelang bulan Ramadhan ialah bertadarus al – Quran (mempelajari dan mengajarkan al – Quran) dan bersedekah. Sedekah yang paling afdal dilakukan adalah sedekah pada bulan Ramadhan seperti duit, makanan dan sebagainya.

Marilah kita bersama – sama menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t agar ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top