بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah pada 21 Mac 2026. Bulan ini adalah bulan untuk menyambut kemenangan umat Islam yang berpuasa selama satu bulan.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya kita dapat menyempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Bulan ini juga digalakkan untuk bermaaf – maafan sesama kita sekiranya terdapat kekhilafan.
ADAB – ADAB PADA HARI RAYA:
- Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru.
2. Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
3. Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha pula tidak disunatkan makan dan minum sehingga selesai solat.
4. Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain.
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
“Nabi SAW melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya.”
(al-Bukhari 943)
