AWAL MUHARAM 1447 HIJRIAH

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bulan Muharam merupakan permulaan bagi kalendar Islam, bulan ini juga bermaksud permulaan tahun yang baru bagi umat Islam. Pada bulan ini juga dilarang berlakunya peperangan dan pertumpahan darah.

Permulaan disini bukan hanya merujuk kepada perubahan masa tetapi ianya juga permulaan bagi seluruh umat Islam untuk melangkah dan memulai sesuatu yang lebih bermanfaat dan memberikan kebaikan kepada kita semua. 

"Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun"

PUASA SUNAT PADA BULAN MUHARAM

Berpuasa Tasu’a iaitu puasa sunat yang dilakukan sehari sebelum puasa Asyura iaitu pada 9 Muharam bagi memberikan dengan puasa kaum Yahudi

Rasulullah s.a.w bersabda, "Puasalah pada hari Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.

Amalan puasa juga sangat dianjurkan pada bulan Muharam kerana terdapat hari Asyura iaitu pada 10 Muharam yang berkaitan dengan peristiwa penting tentang penyelamatan terhadap Nabi Musa dan pengikutnya daripada ancaman Firaun oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadan adalah puasa di bulan Allah, Muharram.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Puasa Asyura dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Selain itu, berpuasalah juga pada hari putih (puasa Ayamul Bidth) iaitu pada 13, 14 dan 15 pada bulan Muharam.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top