PUASA SUNAT SYAWAL

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setelah memasuki bulan Syawal, kebanyakkan kita akan sibuk dengan aktiviti seperti rumah terbuka dan jamuan hari Raya di semua kawasan masing – masing. Akan tetapi, aktiviti – aktiviti ini bukanlah penghalang untuk kita semua menjaankan puasa sunat 6 pada bulan Syawal.

Pada bulan Syawal kita digalakkan untuk melakukan puasa sunat selama 6 hari.Terdapat banyak kebaikan sekiranya kita melakukan puasa sunat 6 hari tersebut

"Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun"

PENCERAHAN USTAZ – USTAZ MENGENAI GANTI PUASA DAN PUASA SUNAT SYAWAL

 USTAZ AZHAR IDRUS

 

Beliau mengatakan bahawa terdapat dua pandangan ulama mengenai hal ini:

  1. Tidak boleh menggabungkan puasa sunat syawal dengan puasa qada’
  2. Boleh menggabungkan puasa sunat syawal dengan puasa qada

Kedua – dua pendapat ini adalah diterima kerana ianya daripada ulama – ulama yang mujtahid dan muktabar. Kita boleh memilih untuk mengikuti yang mana satu. Untuk yang lebih, adalah dengan mengasingkan puasa sunat syawal dengan puasa qada’ kerana bilangan hari yang kita puasa lebih banyak.

 USTAZ ABDUL SOMAD

 

Beliau mengatakan lebih afdal untuk mengasing puasa qada’ dengan puasa sunat syawal. Akan tetapi di dalam mazhab Shafie ada seseorang imam yang bernama imam Zakaria al- Ansari dikutip oleh Sheikh Atiyyah Saqr dalam kitab fatawa al azhar mengatakan siapa yang mengqada’kan puasa dalam bulan syawal automatik mendapatkan pahala puasa sunat syawal.

 

 SHEIKH MUHAMMAD HASSAN

 

Beliau mengatakan bahawa tidak boleh menggabungkan puasa qada’ dengan puasa sunat syawal. Hal ini kerana, puasa qada’ adalah bersifat wajib manakala puasa sunat syawal pula bersifat sunat. Beliau menambah sekiranya seseorang meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan disebabkan haid, sakit atau alasan yang lain mestilah menyelesaikan puasa qada’ Ramadhan dahulu lepastu barulah menjalankan puasa sunat syawal. 

 

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top