Selamat Datang Bulan Zulkaedah

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bulan Zulkaedah merupakan bulan ke-11 dalam Islam selepas bulan Syawal. Zulkaedah berasal daripada perkataan Zu yang bermaksud “Yang empunya” manakala perkataan Qa’adah bermaksud “duduk”. Tambahan pula bulan Zulkaedah dikenal sebagai bulan berehat serta dipanggil sebagai bulan haram. Ini bermakna bulan bulan Zulkaedah antara bulan yang diharamkan untuk berperang. Bulan Zulkaedah merupakan salah satu bulan mulia seperti Muharram, Rejab dan Zulhijjah

Tiada amalan yang dikhususkan pada bulan Zulkaedah dan disebabkan itulah kita disarankan untuk melakukan pelbagai amalan yang dapat mendekatkan kita semua dengan Allah s.w.t. Antara amalan yang turut sama dilakukan pada bulan Zulkaedah adalah:

  1. Umrah

Mengerjakan umrah adalah keinginan semua orang yang mampu atau tidak mampu. Hal ini kerana, Rasulullah s.a.w tidak pernah melakukan umrah pada bulan lain kecuali pada bulan Zulkaedah sahaja. Ini disertakan hadith daripada Anas bin Malik r.a daripada Rasulullah yang bermaksud

اعْتَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَرْبَعَ عُمَرٍ، كُلَّهُنَّ فِي ذِي القَعْدَةِ، إِلَّا الَّتِي كَانَتْ مَعَ حَجَّتِهِ، عُمْرَةً مِنَ الحُدَيْبِيَةِ فِي ذِي القَعْدَةِ، وَعُمْرَةً مِنَ العَامِ المُقْبِلِ فِي ذِي القَعْدَةِ، وَعُمْرَةً مِنَ الجِعْرَانَةِ، حَيْثُ قَسَمَ غَنَائِمَ حُنَيْنٍ فِي ذِي القَعْدَةِ، وَعُمْرَةً مَعَ حَجَّتِهِ (رواه البخاري

"Rasulullah saw berumrah sebanyak empat kali, semuanya pada bulan Zulkaedah kecuali umrah yang dilaksanakan bersama haji beliau, iaitu satu umrah dari Hudaibiyah, satu umrah pada tahun berikutnya, satu umrah dari Ji'ranah ketika membagikan rampasan perang Hunain dan satu lagi umrah bersama haji"

2. Puasa

 

Amalan yang boleh dilakukan saat bulan Zulkaedah adalah berpuasa. Hal ini kerana, Abu Bakar Usman ad-Dimiyathy dalam karya I’anah at-Thalibin berkata puasa yang paling utama setelah puasa di bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan-bulan haram. Urutannya paling afdhal adalah puasa pada Rejab, kemudian Zulhijjah, Zulkaedah, dan terakhir puasa pada Syaban. (I’anah ath-Thalibin, 2/307)

Hal ini juga berdasarkan hadith Nabi Muhammad s.a.w sebagai berikut.

صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ بَعْدَهُ وَصُمْ أَشْهُرَ الْحُرُ

"Puasalah pada bulan Ramadhan, tiga hari setelahnya, dan pada bulan-bulan haram."

Sejarah membuktikan terdapat juga beberapa peristiwa yang pernah berlaku pada bulan Zulkaedah diantaranya:

  1. Peperangan Bani Quraizah dimana peperangan yang melibatkan Yahudi dan Islam pada tahun 5H
  2. Baiah al-Ridhwan yang melibatkan diantara kafir Quraisy dan Islam padaTahun 6H
  3. Perjanjian Hudaibiyah yang terjalin antara kafir Quraisy dan Islam pada Tahun 6H
  4. Perkahwinan Nabi ﷺ bersama Saidatina Maimunah binti al-Harith RA pada Tahun 7H

Leave a Comment

Scroll to Top