بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bulan Zulhijjah atau bulan mengerjakan ibadah Haji, akan tiba dalam masa sehari dua ini. Kepada umat Islam, terutamanya pada 10 hari terawal bulan ini adalah sangat istimewa bagi kita kaum Muslim.
Bagi mereka yang melakukan ibadah korban pula, disunatkan TIDAK memotong kuku dan rambut apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah
Keistimewaan 10 hari pertama bulan Zulhijjah:
- Pahala yang lebih besar daripada jihad
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga. Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.
Riwayat Bukhari
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedekah musim haji. Himpunan amalan-amalan lain lain hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)
Menurut al-Imam Ibn Hajar
- Hari yang paling baik dalam setahun
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
Atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyahì menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan”
