PERKONGSIAN HADITH RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ibadah puasa sangat mencabar kepada umat Islam kerana harus meninggalkan makan dan minum. Akan tetapi ganjaran yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada orang yang berpuasa amatlah besar.  

Allah s.w.t telah menyediakan pintu khas untuk memasuki syurga yang dinamakan ar – Rayyan yang hanya khusus kepada orang yang berpuasa sahaja. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru orang – orang yang berpuasa untuk memasuki pintu tersebut. Perkataan ar – Rayyan berasal daripada perkataan Array. Dari segi bahasa bermaksud titisan air hujan yang pertama. Ini adalah kiasan kepada orang yang berpuasa apabila memasukinya maka hilanglah kehausan selama – lamanya.

Marilah kita bersama – sama menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t agar ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.

Leave a Comment

Scroll to Top