بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Seseorang yang melakukan amalan ikhlas kepada Allah s.w.t akan diberikan keampunan dan ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. Dan setiap amalan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan akan mendatangkan kemanisan dan ketenangan dalam diri ketika beribadah.
Keampunan dari Allah s.w.t yang dinyatakan adalah hanya kepada dosa – dosa yang kecil sahaja. Adapun dosa – dosa besar akan terhapus apabila seseorang itu melakukan taubat secara ikhlas dan bersungguh – sungguh kepada Allah s.w.t.
Marilah kita bersama – sama menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t agar ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.
