Marhaban Muharram 1446H

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bulan Muharam, atau Tahun Baru Islam 1446 akan muncul tidak lama lagi.

 

Muharam adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati serta memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT.
Jumlah bulan dalam setahun yang ditetapkan Allah SWT ada 12 bulan semuanya. Ia diciptakan sejak Allah SWT menciptakan langit dan bumi lagi.

Apakah amalan yang baik untuk diamalkan pada bulan Muharam

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat pada waktu malam

Imam An-Nawawi turut menyatakan puasa paling afdal selepas puasa Ramadan adalah berpuasa pada bulan Muharam.
Menurut laporan, antara hari yang dianjurkan berpuasa adalah pada hari ‘Asyura iaitu puasa hari ke-10 dalam bulan tersebut.
Bagaimanapun, dalam mazhab Shafie, ulama menyatakan sunat untuk kita berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam.

Akan tetapi pada hari tersebut, orang-orang yahudi juga berpuasa kerana Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa AS dan Bani Israil daripada musuh mereka. Lalu Nabi SAW memerintahkan umat Islam agar melaksanakan puasa Tasu’a’ yang bermaksud hari yang ke 9 Muharram

Daripada Ibn Abbas RA, sabda Rasulullah SAW: Antara fadilat terbesar puasa pada 10 Muharam yang tidak sepatutnya diabaikan adalah diampunkan dosa seorang hamba itu bagi tempoh setahun yang lalu

Bulan Muharram disebut sebagai bulannya para Nabi, kerana sejumlah peristiwa bersejarah terjadi dalam bulan Muharram. Utamanya, peristiwa yang berkaitan dengan mukjizat para nabi dan keistimewaan lainnya. Berikut ini peristiwa-peristiwa yang terjadi di bulan Muharram:

 

  1. Diterimanya taubat Nabi Adam AS setelah diturunkan dari surga.
  2. Diangkatnya Nabi Idris AS ke tempat yang tinggi.
  3. Diturunkannya Nabi Nuh AS dari kapal, setelah banjir bandang.
  4. Diselamatkannya Nabi Ibrahim AS dari bakaran apinya Raja Namrud.
  5. Diturunkannya kitab Taurat pada Nabi Musa AS.
  6. Dikeluarkannya Nabi Yusuf AS dari penjara.
  7. Disembuhkannya kebutaan Nabi Ya’qub AS dari wasilah pakaiannya Nabi Yusuf AS.
  8. Disembuhkannya Nabi Ayyub AS dari sakit kulit yang berkepanjangan.
  9. Dikeluarkannya Nabi Yunus AS dari perut ikan Nun.
  10. Dibelahkan lautan bagi Bani Israil yang melarikan diri dari kejaran raja Firaun Mesir yang kejam.
  11. Diampuninya Nabi Daud AS dari kesalahannya.
  12. Diberinya Nabi Sulaiman AS kekuasaan berupa kerajaan.
  13. Diangkatnya Nabi Isa AS ke langit setelah dikepung bangsa Romawi.
  14. Diampuninya kesalahan yang telah lewat dan yang akan datang dari Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa-peristiwa tersebut membuat bulan Muharram menjadi mulia dan istimewa. Serta dapat menjadi renungan bagi umat Muslim untuk meneladani kisah para nabi yang telah terjadi.

 

Mari Bersama RH Qiroat belajar al Quran

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top