بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tahun baru Islam*, 1 Muharram pada 7 Julai 2024 yang lepas telah berlalu
Insha’Allah kini, kita akan bertemu 10 Muharram (Hari Asyura) pada hari Selasa ini, padanya kita disunatkan berpuasa.
Mari lah kita berpuasa besok, 15 hb Julai 2024, bersamaan 9hb Muharam dan juga sunat berpuasa hari Isnin. Bagi seseorang yang berpuasa pada hari Asyura, ia akan memiliki ganjaran yang amat besar berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah bahawa Rasullullah bersabda:
Puasa pada Hari Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya
Riwayat Ibn Majah
Disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram berserta dengan puasa hari ‘Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi yang juga berpuasa pada 10 hb Muharam.
Masya’Allah besarnya ganjaran puasa hari Asyura ni kan.
Jom sama-sama kita hidupkan sunnah Nabi saw