بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hadith ini menjelaskan bahawa sesiapa yang terlupa (tidak sengaja) bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan atau minum, maka puasanya tidak batal dan wajib disempurnakan. Sekiranya dia tersedar maka wajib dia meneruskan puasa sehingga waktu berbuka dan tidak perlu untuk qada’ puasa.
Hal ini kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai rezeki (kelonggaran / rahmah) yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya.
Marilah kita bersama – sama menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t agar ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.