بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bulan Jamadil Akhir merupakan bulan keenam dalam kelendar Islam. Bulan ini juga diertikan sebagai pengakhiran musim sejuk dan dingin. Dari segi bahasa, “Jumad” bermaksud kering atau beku manakala perkataan “Akhir” pula bermaksud pengakhiran dan penghabisan.
PERISTIWA YANG BERLAKU BULAN JAMADIL AKHIR
- Kelahiran Saidatina Fatimah ( anak perempuan Nabi s.a.w ) pada 20 Jamadil Akhir dan kematiannya pada 3 Jamadil Akhir pada tahun ke 11 Hijrah.
- Wafatnya khalifah Saidina Abu Bakar as – Siddiq pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos tahun 634 Masihi ketika berumur 63 tahun.
- Perlantikan Saidina ‘Umar al- Khattab sebagai khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.
- Berlakunya peperangan Yarmuk yang diketuai oleh Khalid bin al- Walid beserta seramai 45,000 orang tentera menentang tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang pada tahun ke 13 Hijrah.
Pada bulan ini tiada amalan yang khusus yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w tetapi kita mestilah sentiasa memperbanyakkan amalan kepada Allah s.w.t.