بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jamadil Awwal merupakan bulan ke-5 dalam senarai bulan Islam. Dalam sudut bahasa, bulan ini diertian sebagai kering dan beku. Hal ini kerana pada bulan ini orang Arab pada zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. Disebabkan itulah, bulan Jamadil Awwal dimaksudkan sebagai bulan permulaan musim sejuk.
Bagi bulan ini tiada amalan dan ibadah yang khusus yang telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w akan tetapi bulan ini telah dipenuhi dengan sejarah – sejarah yang hebat. Banyak peristiwa – peristiwa penting yang terjadi pada bulan ini yang dapat memberikan iktibar dan manfaat kepada seluruh umat Islam diantaranya:
- Peperangan Ajnadain pada 27 Jamadil Awwal. Peperangan ini telah membuka jalan kepada penyempurnaan Islam di bumi Syam.
- Pembukaan Kota Costantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada 20 Jamadil Awwal.
- Kelahiran Saidina Ali Bin Abi Thalib pada 8 Jamadil Awwal pada tahun 601 Masihi.
- Kelahiran Sayyidah Zainab (cucu Rasulullah s.a.w) lahir pada tanggal 5 Jamadil Awwal pada tahun 5 Hijriah.
- Kewafatan Fatimah Az-Zahra (puteri Rasulullah s.a.w) pada tanggal 13 Jamadil Awwal pada tahun 11 Hijriah.
- Kelahiran Imam Ali Zainal Abidin a.s (cicit Rasulullah s.a.w) pada tanggal 15 Jamadil Awwal pada tahun 38 Hijriah.