BULAN REJAB

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam kelendar Islam. Bulan ini adalah bulan yang sangat dimuliakan oleh umat Islam sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan yang akan mendatang.

Banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan ini yang memberikan kesan yang mendalam dalam jiwa umat Islam. Bulan Rejab ini dikenali juga sebagai bulan Haram dan mempunyai beberapa larangan terhadapnya.

KEISTIMEWAAN BULAN REJAB:

Antara amalan yang boleh dilakukan oleh umat Islam pada bulan Rabiul Awal adalah:

  1. Bulan yang dihormati oleh Nabi Ibrahim a.s dan orang Arab memuliakan bulan ini dengan tidak membenarkan berlakunya sebarang peperangan pada bulan ini.

عن أبي بكرة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: إن الزمان قد استدار كهيئته يوم خَلَق الله السموات والأرض، السنة: اثنا عشر شهرًا، منها أربعة حُرُم؛ ثلاثٌ متواليات: ذو القعدة، وذو الحجة، والمحرم، ورجب مُضر الذي بين جمادَى وشعبان

“Abu Bakrah berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Zaman (masa) terus berjalan dari sejak awal penciptaan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan antaranya ada empat bulan haram (suci), tiga bulan berturutan, iaitu Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam serta Rejab yang berada antara Jamadilakhir dan Syaaban.”

2. Bulan Rejab juga mempunya keistimewaan yang hebat apabila dikenali sebagai bulan Allah. Berdasarkan hadith Nabi s.a.w

عن عائشة,قالت رسول الله صلى الله عليه وسلم: ٳن رجب شهر الله

“Aisyah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Rejab merupakan bulan Allah s.w.t.”

PERISTIWA BULAN REJAB:

 

PERISTIWA ISRA’ MIKRAJ

 

Sepertimana yang diketahui oleh umat Islam, 27 Rejab telah terjadinya peristiwa Agung iaitu Isra’ Mikraj yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri umat Islam. Isra’ Mikraj ialah perjalanan Rsulullah s.a.w dari Makkah ke Baitul Maqdis dan dari Baitul Maqdis ke langit. Didalam peristiwa ini jugalah, Rasulullah s.a.w menerima perintah daripada Allah s.w.t mengenai ibadah solat. Justeru itu, telah diwajibkan keatas semua umat Islam melaksanakan ibadah solat lima waktu.  

 

PENGHIJRAHAN PERTAMA KE HABSYAH

 

Didalam bulan Rejab juga berlakunya penghijrahan umat Islam dari Makkah ke Habsyah. Hal ini kerana, para Sahabat telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w bahawa pihak Musyrikin Makkah telah memberikan tekanan keatas orang Islam, lalu Rasulullah s.a.w menyarankan agar umat Islam berhinrah ke wilayah Habsyah buat pertama kalinya. Raja Habsyah pada ketika itu bukanlah seorang Muslim tetapi raja tersebut dikenal sebagai seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang Islam.

 

PEMBEBASAN BAITUL MAQDIS BUAT KALI KEDUA

 

Baitul Maqdis sekali kali dapat dibebaskan oleh umat Islam daripada cengkaman orang kafir iaitu ketika dibawah pimpinan Salahuddin al-Ayyubi pada bulan Rejab tahun 583 Hijrah. Tentera dibawah kepimpinaab beliau berjaya mengalahkan tentera Salib yang telah menjajah kawasan tersebut setelah sekian lama.

AMALAN SUNAT DI BULAN REJAB

 

Melakukan ibadah merupakan perkara yang sangat digalakkan bagi semua umat Islam pada bila – bila sahaja. Akan tetapi pada bulan Rejab ini umat Islam menasihati memberikan tumpuan dengan melipatkan amalan bulan yang dicintai oleh Allah s.w.t ini. Memperbanyakkan amalan – amalan sunat pada bulan ini adalah digalakkan seperti:

  1. Menghidupkan Qiamullai dengan memperbanyakkan solat sunat
  2. Membaca al-Quran, beristighfar dan berselawat kepada Nabi s.a.w
  3. Digalakkan juga untuk melakukan puasa sunat
  4. Sentiasa bersedekah pada bulan ini

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top