BULAN SYAABAN

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bulan Syaaban merupakan bulan yang ke-8 dalam kalendar Islam. Bulan Syaaban juga terletak diantara bulan Rejab dan bulan Ramadhan. Ketibaan bulan Syaaban juga merupakan petanda bahawa umat Islam selruh dunia akan memasuki bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Didalam bulan Syaaban juga terdapat malam Nisfu Syaaban yang merupakan malam yang penuh dengan kebaikan padanya

Daripada Abu Musa al-Asya'ri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t menilik (hamba - hambaNya) pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampunkan seluruh hamba - hambaNya melainkan orang melakukan syirik dan orang munafik"

PERISTIWA BULAN SYAABAN:

Sama seperti bulan yang lain, di dalam bulan Syaaban juga terjadi banyak peristiwa diantaranya:

  1. Pemindahan arah kiblat daripada Baitulmaqdis ke kaabah iaitu pada tanggal 15 Syaaban.

2. Allah menurunkan ayat al-Quran untuk berselawat kepada Nabi.Berdasarkan firmaNya 

“Sesungguhnya Allah dan malaikat - malaikatNya berselawat untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".

3. Berlakunya ketetapan wajib puasa Ramadhan keatas umat Islam pada tahun ke-2 Hijrah.

4. Berlangsungnya perkhawinan diantara Rasulullah s.a.w dengan Saidatina Hafsah binti Umar.

AMALAN SUNAT DI BULAN SYAABAN

 

Sama seperti bulan Rejab, bulan Syaaban juga dianjurkan bagi umat Islam untuk melakukan dan memperbanyakkan amal ibadah untuk persiapan menjelang Ramadhan seperti:

  1. Memperbanyakkan puasa sunat

“Diriwayatkan daripada Aisyah r.a: Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa pada bulan tertentu selain Ramadhan sepanjang tahun lebih banyak daripada puasanya dalam bulan Syaaban dan baginda bersadba: Lakukanlah amalan - amalan sunat yang kamu mampu kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan jemu sehingga kamu merasa jemu".

2. Memperbanyakkan solat sunat

3. Memperbanyakkan membaca al-Quran

4. Memperbanyakkan bersedekah secara ikhlas

“Sesungguhnya orang - orang lelaki yang bersedekah dan orang - orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda - ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top