MARHABAN YA RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada tahun 2025, seluruh umat Islam akan menyambut Ramadhan pada bulan Mac. Disamping itu, setelah sekian lama kita semua akan menyambut Ramadhan dan Aidilfitri dalam bulan yang sama.

Apabila menjelang Ramadhan pastinya setiap umat Islam berasa sangat teruja untuk menyambutnya kerana bulan ini dipenuhi dengan keberkatan dan keampunan.

Selain itu, bulan Ramadhan juga dikenal sebagai Syahrun Azhim (Bulan yang Agung), Syahrul Mubarak (Bulan Keberkatan), Syahru Nuzulil Qur’ an (Bulan al – Quran Diturunkan), Syahrul Yuzdaadu fiihi Rizqul Mu’min (Bulan Rezeki untuk orang – orang Mukmin) dan banyak lagi.

Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.”

KEINDAHAN BULAN RAMADHAN:

  1. Bulan diturunkan al – Quran

Allah s.w.t berfirman,"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al - quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan petunjuk tersebut dan pembeda (antara yang benar dan yang batil)".

2. Bulan dibuka pintu – pintu syurga seluas – luasnya dan ditutup pintu neraka

Jika awal Ramadhan tiba, maka syaitan-­syaitan dan jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Sedangkan pintu-pintu surga dibuka, dan tidak satu pintu pun yang ditutup. Lalu ada seruan (pada bulan Ramadhan); Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu. Pada setiap malam Allah s.w.t memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka."

3. Bulan yang dipenuhi dengan keberkatan

Rasulullah s.a.w bersabda: "Telah datang Bulan Ramadhan, bulan penuh berkah, maka Allah mewajibkan kalian untuk berpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, para syaitan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan."

4. Bulan yang diberikan keampunan oleh Allah s.w.t

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah s.w.t, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

5. Bulan yang terdapat malam Lailatul Qadar

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar."

AMALAN YANG DIGALAKKAN PADA BULAN RAMADHAN

  1. Puasa Ramadhan

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa

2. Solat Terawih

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang melakukan solat malam (Terawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah s.w.t semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu

3. Memperbanyakkan membaca al-Quran

Daripada Ibnu Mas‘ud r.a Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab ALLAH (al-Quran), maka baginya satu hasanah (kebaikan) dan satu hasanah itu sama dengan 10 kali lipatnya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.“

4. Bersahur

Perbezaan yang paling ketara antara puasa kita dan puasa mereka (ahli kitab) adalah bersahur, sesungguhnya mereka tidak bersahur dan kita disunatkan untuk bersahur”.

5. Memperbanyakkan sedekah

Anas r.a bertanya kepada Nabi s.a.w: “Sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Rasulullah s.a.w: Sedekah di bulan Ramadhan.

6. Memberikan makanan kepada orang yang berpuasa

Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

KENIKMATAN YANG DIPEROLEHI OLEH ORANG YANG BERPUASA

  1. Bagi orang berpuasa, Allah s.w.t menjanjikan pengampunan terhadap dosa – dosa mereka yang lalu. Para ulama berpendapat bahawa hanya dosa kecil sahaja yang terhapus, manakala bagi dosa besar memerlukan taubat kepada Allah s.w.t.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“.

2. Doa akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t bagi orang yang berpuasa. Waktu yang paling mustajab doa pada bulan Ramadhan adalah ketika menjelang waktu berbuka puasa.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: Orang yang berpuasa hinggalah dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.”

3. Pada bulan Ramadhan, Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala terhadap amalan sunat sepertimana amalan fardu bagi orang yang berpuasa. Bagi amalan fardu pula, Allah s.w.t akan mengandakan kepada 70 kali.

Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah s.a.w pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya: Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”

4. Pada bulan Ramadhan juga, syaitan dan jin akan diikat dan dirantai oleh Allah s.w.t.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”

Sepanjang Ramadhan ini, RH Qiroat Center (RHQC) menyediakan banyak program tadarus al Quran dan program infaq. Marilah bersama RH Qiroat Center dalam menyebarkan lebih banyak kebaikan.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top