SALAM NUZUL AL-QURAN

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tepat 17 Ramadhan pada setiap tahun, kita semua akan mengingati peristiwa Nuzul al-Quran. Peristiwa ini menggambarkan tentang penurunan ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril.


Dengan memperingati peristiwa ini, kita dapat memupuk serta menanamkan rasa cinta yang mendalam terhadap al-Quran yang menjadi sumber rujukan utama bagi seluruh umat Islam.


Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan pada hari yang penuh berkat. Betapa bertuahnya kita umat Islam kerana terpilih menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w yang dapat melihat dan membaca al-Quran yang dipenuhi dengan isi – isi terbaik. 

Berdasarkan firma Allah s.w.t yang bermaksud

Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada malam penuh berkat

FAKTA RINGKAS MENGENAI NUZUL AL-QURAN

  1. Pada 17 Ramadhan, wahyu Allah s.w.t diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s.
  2. Malaikat Jibril a.s memeluk dan merangkul baginda dengan kuat serta berkata Iqra’ yang bermaksud bacalah.
  3. Usia Nabi Muhammad ketika peristiwa Nuzul al-Quran adalah 41 tahun.
  4. Lokasi Gua Hira’, Jabal Nur dimana al-Quran mula diturunkan adalah 6 kilometer dari Makkah.
  5. Tempoh penurunan al-Quran secara beransur – ansur adalah selama 23 tahun. 

Sayangilah al-Quran dengan sepenuhnya kerana ianya kalam Allah s.w.t dan sebagai panduan hidup manusia untuk menjadi lebih baik.

 

Bersama RH Qiroat Centre dalam mengembangkan Qiroat 10 Toriq Shatibiyyah dan Toriq Toyibbah.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top