بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setelah mengharungi puasa selama sebulan tanpa makan dan minum serta melakukan perkara – perkara yang membatalkan puasa, umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu hari Raya Aidilfitri.
Hari Raya Aidilfitri merupakn hari yang disambut oleh seluruh umat Islam dengan sangat meriah sekali. Hari Raya Aidilfitri juga merupakan hari untuk bermaaf – maafan sesama keluarga dan menziarahi sanak saudara sekalian.
Berdasarkan sabda Nabi s.a.w
"Siapa yang mendirikan malam raya dengan penuh penghisaban, nescaya tiada mati hatinya pada hari matinya segala hati"
(Riwayat Ibn Majah)
"Hiasilah hari raya kamu dengan bertakbir"
(Riwayat at - Tabarani)
Aidilfitri diertikan juga sebagai kembali kepada fitrah berkaitan dengan bebas daripada dosa dan akidah yang lurus setelah sebulan menjalani puasa Ramadhan yang penuh dengan dugaan yang cabaran yang tinggi.
Disebabkan inilah, kita perlu mengekalkan momentum dan jati diri kita selepas ini sepertimana yang ditunjukkan dan dipraktikkan pada bulan Ramadhan yang lalu. Kita seharusnya sentiasa melakukan perkara – perkara yang baik dan meninggalkan perkara – perkara yang buruk yang boleh mendatang kemudaratan kepada kita semua.
Pada bulan Syawal kita digalakkan untuk melakukan puasa sunat selama 6 hari.Terdapat banyak kebaikan sekiranya kita melakukan puasa sunat 6 hari tersebut
"Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun"
(Riwayat Muslim)
Dikesempatan ini, RH Qiroat Centre ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh warga RH Qiroat Centre.